tangisan sunyiku tiada yang dengari,,
Malam
menjelang tiba tanpa kami semua sedari selepas seharian dengan aktiviti
masing-masing,ada yang bersembang,ada yang berborak dan sebagainya tetapi aku
tetap setia menanti dengan komputer riba kecilku yang menjadi saksi dan merakam
bukti yang terjadi di hadapan mata serta telah menjadi pencetus semangatku
untuk menaip kedalamnya untuk tontonan kamu semua.Kisah ini bukanlah direka
khas untuk tatapan anda semua malah bukan juga lahir dari ilham,ia terbina
dengan sendirinya mengikut kehendak takdir yang menentukan perjalanan hidup
seseorang.Selepas sesi perjumpaan dengan Pak Long pada hari itu tamat,beliau
ada mengamanatkan satu perkara kepada Abang Mad iaitu pada sesi kedua
nanti,ayahku tidak dibenarkan ikut serta ke rumahnya,dia harus dibiarkan
dirumah sahaja kerana katanya jikalau ayahku ikut serta,makhluk ghaib itu tidak
dapat dibawa ke sana kerana telah lari sebelum masuk kerumah itu dan satu lagi
cakapnya ialah,beliau sendiri akan menentukan tarikh sesi kedua dengan
panggilan telefon.
Setelah dua hari
kami menunggu panggilan itu,akhirnya masa yang ditunggu tiba pada waktu
tengahari pada hari kedua kami pulang dari rumah itu,Pak Long mengarahkan kami
datang tepat jam 8 pada malam itu kerana ada sesuatu yang hendak di perkatakan
dan ianya sangat penting,riak muka abang Mad sudah menjadi lain selepas
menceritakan kepadaku selepas panggilan telefon itu dan dia seperti ada sesuatu
yang tidak diberitahu,aku tahu dari benak fikiran dalamku bahawa perkara itu
tidak baik tetapi aku senyapkan sahaja kerana tidak ingin mencabar tahap
kesabaran Abangku itu,bicaranya terhenti selepas air mukanya berubah,aku serta
merta terpaku dan membiarkan perkara itu ditiup angin,entah mengapa,perasaan
ingin tahuku tidak meletus seperti selalu,mungkin perkara ini sukar dirungkai
dengan akal fikiran waras ataupun ianya adalah satu perkara yang negatif,aku
tolak kedua-dua usul yang dipersembahkan oleh mindaku dan sentiasa memegang
prinsip bersangka yang baik sahaja.Jarum jam ditanganku berganjak sedikit demi
sedikit dan aku hanya perhatikan jam pada waktu 6 petang,aku terkejut kerana
begitu pantas masa berlalu,jari yang senantiasa menaip ini tidak menampakkan
sebarang tanda kelesuan serta masih utuh memegang huruf-huruf yang terdapat di
komputer riba ini.Akhirnya aku biarkan cerita ini tergantung tanpa diselesaikan
babnya kerana aku terdengar seperti namaku di panggil dari jauh,ketika ini aku
sedang berada di bawah satu pohon rendang yang tidak bernama,terbaring di atas
buaian yang diikat rapi pada dahannya,angin sepoi-sepoi bahasa menyebabkan aku
leka dengan duniawi dan seperti berada di alam ku sendiri,aku menyahut
panggilan itu,lalu bergerak menuju ke halaman depan rumah tetapi sebelum itu
aku sempat memadamkan unggun asap yang dibina dari sabut kelapa itu yang
berfungsi sebagai penghalau nyamuk di waktu itu,rupa-rupanya Mak Ngah
memanggilku dari pintu depan dan mengarahkan aku untuk segera masuk kerumah
kerana waktu telah senja.Aku menolah ke awan sebelum masuk kerumah,lama juga aku
melihat keawan,memerhatikan ciptaan Tuhan yang maha agung,warna sore
kelihatan,jingga bercampur cerah menerobos ke celah awan,bulan sudah kelihatan Cuma
masih samar dek kerana tiada lagi pancaran dari matahari,aku teringat satu
perkara iaitu aku pernah terbaca satu artikel di dalam satu laman web yang
menceritakan mengenai warna jingga awan ini dengan syaitan laknatullah,yang
berbunyi seperti ini “syaitan akan menjadi kuat pada waktu senja kerana
frekuensi yang dikeluarkan pada waktu itu hampir sama dengan frekuensi syaitan
tetapi sekuat mana pun syaitan ini,apabila waktu azan maghrib dilaungkan ia
tetap lari” Subhanallah,betapa hebatnya tuhan pencipta alam ini.Aku terkejut
selepas bahuku dicuit manja oleh mak ngah yang mengeluarkan aku dari lamunanku “hoi!awat
hang nie?ingat kat marka hang ka?”sapanya yang mengejutkan aku “aihhh,tak ada
la,sapa la nak kat kami ni mak ngah”bidasku yang cuba menyembunyikan lamunanku
itu sambil berlalu pergi mencapai tuala untuk ke bilik air.
Segar benar
keadaanku selepas mandi air bukit seperti itu,sejuk,tanpa klorin,terasa seperti
badan dicuci dengan sangat sempurna,baruku sedar yang perutku sudah berbunyi
semacam.Aku bergerak ke dapur selepas mandi dan bersiap-siap,aku mencapai roti
yang terdapat dimeja dapur itu pada waktu itu tanpa mempedulikan sesiapa yang
berada di dapur pada waktu itu,Abang Mad sudah memanggilku untuk pergi ke rumah
Pak Long,kali ini kami pergi hanya berlima tanpa diikuti oleh Pak Ngah dan
Ayahku,aku,adam,Aang Mad,Awang dan Pak Lang Zaki bergerak laju ke rumah pak
Long kerana ada sesuatu yang hendak dinyatakan katanya,sesampainya kami
disana,kami disapa seperti biasa,tetapi tanpa makanan raya hanya kopi sahaja
yang menjadi peneman pada waktu itu,nampak seperti Pak Long sudah dapat
menjangka kami sampai waktu itu kerana kalau ikut pada perjanjian,pukul 8 kami
akan tiba disitu,tetapi sekarang baru pukul 7.45 malam,tetapi kopi sudah siap
terhidang dan lampu halaman sudah dibuka sejak awal,aku hiraukan semua itu
kerana apabila difikirkan oleh otak,perkara ini seakan melanggar hukum fizik
dan hukum alam tetapi Allah Maha Besar,setiap anugerah-Nya bernilai,mungkin Pak
Long ini antara mereka yang bertuah yang telah mendapat makrifat Wallahualam.Tanpa
banyak bicara Pak Long meminta izin kami semua untuk memulakan perubatan,Pak
Long bergerak berdiri dari duduk secara perlahan-lahan,gerak langkahnya seperti
sedang bersilat Cuma perlahan,mulutnya sentiasa membaca ayat suci Al-Quran
tanpa henti,kadang-kalang berzikir,kami hanya melihat kaku tetapi aku tidak
tahu samada mereka yang lain merasa seperti aku atau tidak,aku merasakan bahawa
bulu kakiku tegak menghadap ke arah Pak Long,bermula dari kaki ia berganjak
ketangan,bulu roma halusku menegak kearahnya seakan satu tarikan magnet,aku
tidak merasa satu perkara yang mencurigakan pun kerana seakan satu aura telah
menerjah kedalam badanku kerana aku seperti bertenaga pada waktu itu,mungkin
inilah aliran elektromagnetik yang boleh dihasilkan badan seperti apa yang aku
baca dalam artikel mengenai sains perubatan satu masa dahulu Cuma hanya
segelintir manusia yang dapat mengawal tenaga itu dengan baik,aku leka melihat
aksi Pak Long.Selepas setengah jam Pak long dalam situasi sebegitu kami
terkejut melihat Pak Long jatuh tersembam ke lantai secara tiba-tiba,riak muka
orang tua itu hanya bersahaja,matanya tertutup tetapi mulutnya masih
berzikir.kami cuba menggerakkan Pak Long tetapi gagal,aku mendapat satu pesanan
ringkas dari kakakku yang berada dirumah yang menyatakan bahawa ayahku beraksi
pelik malam itu,kadang-kadang riak mukanya bengis lalu bertukar gembia lalu
menangis,sejujurnya aku katakan ayahku sebelum ini ada berperangai
sedemikian,dia seperti sudah putus asa dengan hidupnya,jika dia sedar dia
kerap menangis sambil memberitahu dan berpesan kepada kami agar sentiasa
menjaga diri,jaga rumahnya yang baru dibina itu,maafkan dia dan sebagainya,aku
kerap menangis pada waktu itu,aku lebih suka bersendirian,aku juga sangat sedih
dengan keadaan itu,kadangkala aku akan pergi ketandas dengan alasan mahu
membuang air tetapi aku menangis sambil membuka air dengan kuat agar tidak ada
orang akan dengar esakkan tangisku itu,aku merasa bersalah,aku seperti
berdendam dengan diriku ini,memang benar banyak salahku padanya tetapi dimana
semua kekuatanku.Pada ketika aku menulis ayat inipun sebenarnya aku sudah tidak
tahan dengan perasaanku yang berkecamuk ini,tiada tempat lain yang aku boleh
luahkan selain dari diari ini yang menjadi teman dikala sedih,marah,dan saat
gembiraku.
Hiraukanlah
perasaan hati kecilku itu,kita berbalik semula kepada kisahku ini,aku tidak
membalas pesanan ringkas itu kerana kami sedang mengangkat Pak Long yang sudah
tidak sedar pada waktu itu lalu kami sandarkan pada dinding rumah,Pak Lang Zaki
melarang kami dari berbuat apa-apa malah mengarahkan kami agar turut berzikir
sekali dengan Pak Long,tidak sampai 5 minit kami berzikir kelihatan Pak Long
sudah mula sedar dari lamunannya tetapi menghadirkan diri sebagai Tok Guru
kepada Pak Long yang berasal dari Sungai Petani,Kedah.Pak Lang menyapa Tok Guru
yang sedang berada di dalam Pak Long itu seperti Pak Lang sudah lama mengenali
Tok Guru itu,dia menceritakan bahawa Pak Long sebenarnya sudah terlampau letih
dengan permainan syaitan durjana itu lalu kehilangan tenaga dengan cepat.Kami
semua faham dengan keadaan ini,kata Tok Guru itu,makhluk itu sungguh kuat,malah
sangat kuat sehingga hampir tidak boleh dilunaskan serta merta pada waktu
itu,sehingga sekarang kami hanya mendapat perkhabaran yang sama dengan pengubat
tradisional sebelum ini,kami hampa tapi tidak memperlihatkannya,dia meminta
izin untuk pergi kerana jika terlalu lama dalam jasad seseorang,buruk
padahnya,dia memberi salam lalu hilang terus dan kami menjawap salamnya
itu,selepas itu kelihatan Pak Long membuka matanya dan berbicara seperti Pak
Long yang lama,dia meminta maaf kepada kami kerana tidak dapat menyembuhkan
ayahku itu,tetapi ada satu penyataan menarik yang aku ingat dan ingin aku
selitkan disini iaitu “setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati Cuma kadangkala
kita lambat nak jumpa dengan ubat yang betul”, terpaku aku seketika mendengar
kata hikmah yang sarat dengan pengertian itu,aku beranalogi sendirian lagi
dalam suasana yang boleh dikatakan agak tegang itu memikirkan bahawa berapa
lamakah lagi akan kami temui penyembuh yang berkesan untuk ayahku ini,aku tidak
dapat menjawab pertanyaanku sendiri kerana masalah yang akan menentukan perkara
itu,bukan aku atau sesiapa.
Kami pulang
semula kerumah,kulihat ayahku sedang lena tidur dikerusi malas milik Pak Ngah
itu,kurenung wajahnya dalam-dalam,aku sayang akan ayahku itu,ku berdoa dalam
hati agar tidak ada apa yang akan terjadi kepadanya kerana aku tahu aku masih
perlukan kasih seoranng ayah selepas kehilangan kasih seorang ibu sejak aku
berusia tiga tahun lagi,taburan jasa ayahku bermain diingatan,kenangan manis
kami,pesanan beliau,wajah gelak tawa beliau,latahan beliau mengalirkan air
mataku sederas-derasnya,aku rindu semua itu,aku rindu akan dia yang lama,ingatlah
wahai sahabat,kadangkala ayah tidak menunjukkan rasa kasih kerana egonya tetapi
fikirkanlah kegembiraannya sewaktu kamu dilahirkan,senyum lebarnya ketika itu
amat menyeronokkan,janganlah kita lawan setiap apa yang dipesan kerana kasihnya
tidak terperi kuatnya,aku merasai semua itu apabila aku berada di dalam
sebegini,mahukan kalian berfikir seperti ini hanya apabila keadaan sudah
terlambat.Aku lihat kaki ayahku ketika itu,sudah kurus sekali,hanya tinggal
tulang dan kulit sahaja,kulit lengannya tergoyang-goyang apabila dia
bergerak,aku impikan ayahku yang lama,yang sihat,yang gemuk yang suka makan
cili,yang minat mengajarku tentang apa yang aku tidak tahu,sebenarnya dialah
idola kepada hidupku,aku masih teringat dikala peperiksaan upsr waktu aku d
darjah 6 dulu,dia hadir pada pagi itu tidak membawa apa-apa selain keberkatan
sedangkan aku lihat keluarga lain hadir dengan pelbagai barang,kismis,air
zam-zam dan sebagainya,ayahku Cuma hadir membawa senyuman yang tidak pernah aku
lihat,aku menjadi kuat,kukucup tangannya pada waktu itu pesanannya ringkas
sahaja ‘kalau tak ada ilmu jangan harap orang aku pandang kita,jangan berusaha
dengan harapkan sesuatu,berusaha sebab diri sendiri sebab kita yang tentukan hidup
kita.Habis peperiksaan upsr aku mendapat 4a1b ketika itu,aku toleh kebelakang
sambil melihat dia senyum kearahku sambil mengisyaratkan bagus,sebenarnya aku
tidak meminta apa-apa daripadanya,cukuplah satu pelukan darinya tetapi kau
gagal mungkin kerana egoku,biarkan aku melayan perasaanku ini pada waktu
ini,lama aku termenung melihat wajah ayahku pada malam itu.Aku teringat apabila
aku terima tawaran kemasukan ke sekolah menengah seri bera yang dianggap nombor
satu di daerah ku ketika itu,betapa gembiranya aku ketika itu,gembiraku tidak
dapat aku kongsikan dengan sesiapa,ayahku sudah berkahwin lain pada waktu itu,aku
seperti keseorangan,apabila aku masuk ke asrama itu aku sedar bahawa aku
kesepian di dunia ini,aku mula memandang serong kepada ayahku,kesalahan ini
tidak dapat aku lupakan kerana sehingga kini aku masih meminta maaf kepada
ayahku didalam doaku,MAAFKAN AKU AYAH.Kronogi kenanganku tidak berhenti,aku
teringat akan peristiwa yang paling membuatkan aku gembira seakan-akan aku sudah
berjaya mengapai puncak dunia.Hari tu adalah hari keluarnya keputusan pmr,aku
masih berada di Kajang dirumah kakakku,aku menelefon sahabatku yang sudah
mengambil keputusan ketika itu,aku gembira bercambur risau dengan keputusanku
kerana ia masih belum diambil sehinggalah aku mendapat berita bahawa mereka
terlihat ayahku diwaktu itu,tanpa berlengah aku mematikan panggilan itu dan menelefon
ayahku,berderau darahku apabila aku dimarahi dengan teruk sekali,aku
hampa,ayahku memberitahu bahawa aku teruk dalam peperiksaan,hibanya hati,aku
mematikan panggilan itu selepas penat dileteri tetapi tidak sampai seminit
ayahku menelefonku semula,aku serba salah hendak mengangkat panggilan itu
kerana risau dileteri,”assalamualaikum,mu marah ka pak marah mu?mu dapat
5a3b,bukan x ada A langsing la,pak saja ja tadi,bila nak balik Kumai?”aku
terkedu,ketika aku menaip mengenai ini,air mataku banyak sekali dan aku biarkan
sahaja ia kering sendiri,sukar untuk aku ingat kembali peristiwa ini.

