Berangkatlah kami pulang,,
Cuti hari raya aidilfitri sudah semakin menyempit sedangkan
keadaan ayahku masih dalam keadaan yang membimbangkan walaupun sudah dikatakan
sudah kelihatan normal pada zahirnya tetapi pada batinnya hanya Allah sahaja
yang mengetahui hakikatnya.Abang dan kakakku sudah beberapa hari meminta
lanjutan cuti mereka atas alasan kecemasan dan sekarang mereka sudah tidak
boleh berbuat demikian,mereka juga harus pulang kerumah masing-masing untuk
meneruskan pekerjaan sama seperti aku,aku sudah tiga hari tidak hadir ke
sekolah,walaupun guru kelasku sudah memberi keizinan tetapi entah mengapa ayahku
seolah-olah menyuruhku kesekolah pada setiap hari,aku semakin risau akan
ayahku,sukar benar aku lepaskan tanggungjawab aku sebagai anak pada waktu dia
memerlukan seperti ini.Ayahku selalu berlagak ceria dan sihat didepanku apabila
dia inginku pulang ke rumah sewaku itu,aku tahu lakonan itu dilakukan dengan
terpaksa tetapi aku tetap melayan desakannya,aku lebih gemar mengangguk dari
memberi alasan yang menipu.Tinggal dua hari sahaja lagi cuti kami semua akan
tamat,kami dipanggil bersidang dengan kadar segera,Abang Mad ku sudah memohon
cuti yang panjang untuk perkara ini kerana sebagai seorang tentera amat mudah
untuk memohon cuti atas alasan kecemasan,aku pula semakin hari semakin
memikirkan berkenaan kondisi ayahku itu dan keperluan pelajaranku pada waktu
itu,peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebenarnya sedang melangkah dengan
sangat laju kearahku,hanya tinggal lebih kurang 3 bulan lagi untuk aku
menghadapi peperiksaan terpenting dalam hidupku itu,percubaan sijil pelajaran
malaysia pula hanya tinggal seminggu sahaja lagi,kegusaran hati ini tidak
pernah aku layan seadilnya,aku kerap kali menolak untuk memikirkan mengenai bab
itu.Hari silih berganti dengan cepatnya,sudah tiba masa kami semua berangkat ke
tempat yang kami perlu pergi.Mengikut kata putus yang kami semua telah
persetujui,ayahku akan dibawa ke rumah kak lin ku untuk menginap sementara
waktu kerana mengikut apa yang telah kami bincangkan,kami ingin melakukan
rawatan rapi keatas tahap kesihatan ayahku di Hospital Kajang.Jadi kami pun
bertolak pada tengahari itu,perjalanan itu seakan-akan lancar dengan keadaan kereta
yang sudah normal,abang iparku Awang yang sudah normal serta keadaan perjalanan
yang lancar,syukur ke hadrat Illahi kerana memudahkan perjalanan kami pada hari
itu.Abang Mad akan mengikut kami bertolak ke Kajang pada hari itu untuk
memantau keadaan ayahku pada setiap hari.
Aku pula
sering kali menyatakan hasrat aku untuk terus kekal bersama ahli keluargaku
untuk bersama-sama menjaga ayahku di Kajang tetapi sering saja ditolak atas
alasan yang seringkali tidak berjaya aku sangkal iaitu atas alasan
pelajaran,aku akur malah faham dengan keadaan diriku pada masa itu yang sememangnya
sudah banyak ketinggalan mengenai pelajaran.Aku mengambil tiket bas dari Kajang
ke Kuantan selepas setibanya aku di Kajang,aku harus masuk ke sekolah pada pagi
esoknya sebelum pulang ke rumah sewaku jikalau perjalanan aku itu tiada
penghalangnya.Jarum minit dan saat pada jam tanganku ligat melakukan
fungsinya,aku yang sedang berada didalam bas itu hampir sahaja tidak perasan
yang perjalananku itu sudah memakan masa selama tiga jam,hanya tinggal dua jam
lagi untuk aku lelapkan mata yang kelesuan ini.Aku tidak berjaya melelapkan
mata ini walau sesaat pun kerana aku seringkali terfikir bagaimanakah keadaan
ayahku pada waktu itu,di setiap perhentian seringkali aku menelefon ke
keluargaku untuk mendapat berita terkini,jarang-jarang panggilan telefonku
diangkat kerana mungkin mereka juga sedang lena diulit mimpi selepas seharian
memandu.Jalan yang dipenuhi dengan gunung ganang serta hutan rimba itu sering
aku pandang sambil memikirkan apa sahaja yang bermain difikiranku ini walaupun
waktu itu sudahpun pukul empat setengah pagi serta gelap gelita.Keadaan yang
sejuk dan muram itu menambahkan kerisauan aku pada saat itu,sudah beberapa kali
aku menutup dan membuka injap pengawalan penghawa dingin yang berada diatas kepalaku
ini untuk menghilangkan kebosananku.
Selepas sudah
buntu memikirkan apa yang harus aku lakukan aku nekad untuk pejamkan mata buat
seketika,bermacam gambaran tercalit dimata hitamku,aku tidak mahu melalui saat
yang sebegitu perit , dengan segera aku membuka kembali mata dan merenung ke
luar jendela,yang ku lihat hanyalah titisan embun dan desiran angin laju serta
sekali sekala terlihat kenderaan yang melintasi bas yang sedang bergerak dengan
sangat laju ini.
Disebelah
tempat dudukku ini adalah seorang wanita melayu yang berbaju kurung kelihatan
seperti seorang mahasiswi di sebuah universiti di Kuantan kerana perwatakan dan
ciri seorang pelajar ini sangat mudah untuk dikenali,aku tidak pernah terfikir
untuk menyapa malah menegurnya kerana diri aku ini tidak pandai atau malu dalam
pergaulan,aku lebih gemar bersendiri dan mendiamkan diri,tiba-tiba dia menoleh
kearahku yang sedang duduk tersandar dikerusi memandang keluar,matanya yang
kelihatan seperti orang mamai itu aku sedari sewaktu bas melintasi kawasan
yang terdapat lampu jalan,dia sebenarnya sudah banyak kali merenung kearahku
Cuma aku sahaja yang tidak mengendahkannya,dia sebenarnya mahu menanyakan
sesuatu tetapi mungkin kerana bunyi enjin bas dan radio didalam bas itu
membantutkan pertanyaannya,akhirnya dia membuka mulut dan bersuara seraya
memandang kearahku “dah dekat mana ni?”ringkas persoalannya memulakan
bicara,aku yang sebenarnya tidak pandai berkata-kata dengan perempuan ini
tergagap-gagap hendak menjawab soalan itu biarpun soalannya sangat mudah
“dah..dah..dekat maran..ni..ni”,berjaya juga aku menjawab soalan itu biarpun
dengan kepayahan.Dia menambah lebih banyak pertanyaan kepadaku,wanita yang
kelihatan sebaya denganku itu tidak dapat ku tatap rapi wajahnya kerana bas itu
tidak membuka sepasang lampu pun,yang aku dapat llihat wajahnya hanyalah ketika
bas itu melintasi lampu jalan tetapi hanya samar-samar,yang dapat ku terangkan
secara ringkasnya ialah dia agak cantik,tetapi itu hanyalah ringkasan sahaja,aku
tidak dapat memperincikan ringkasan itu dek kerana halangan yang tidak dapat
aku elakkan,,dia bertanya kepadaku lagi berkenaan perangaiku yang dilihatnya
sangat curiga serta seperti dalam masalah.Sebenarnya aku curiga berkenaan
perempuan ini,sebenarnya tempat duduk sebelahku ini kosong sejak aku bertolak
dari kajang,tapi apabila bas berhenti untuk mengisi minyak,perempuan ini ada
disebelahku,yang terlintas difikiranku hanyalah dia ini seorang perempuan yang
terlepas bas tapi berjaya mengejarnya atau dia berjanji untuk diambil di
kawasan ini,persepsi mudahku itu tidak menghadirkan sebarang curiga dihati
ku.Bas yang kami naiki itu sudah tiba di kawasan Gambang,bas ini kelihatan
ingin memberhentikan bas di satu stesyen minyak yang berada di kawasan ini,inilah
peluang aku untuk melihat secara lebih dekat wajah wanita yang mampir denganku
ini.Bas memberi isyarat untuk membelok ke kanan untuk masuk ke stesyen minyak
BHP disitu,aku sekali sekala menjeling kearah wanita ini.
Akhirnya bas ini berhenti dikawasan
minyak diesel dan membuka lampu didalam bas agar memudahkan penumpang untuk
turun bagi melakukan apa-apa seperti buang air,membeli makanan atau apa sahaja
tetapi hanya sebentar kerana ini bukan perhentian rehat dan rawat.Aku menoleh
ke berani ke arah kananku,wanita ini memang sebaya dengan ku,dia bertudung
labuh putih krim dengan baju batik sekolah berasrama penuh yang aku pernah
nampak di Kuantan,mungkin sekolah yang berprestij di Kuantan aku hanya mengagak,kulitnya
sawo matang yang bersih dari sebarang cela,tangannya dipakai sarung tangan
halus untuk membataskan sentuhan antara kami yang agak dekat,wajahnya tidaklah
cantik tetapi nur diwajahnya jelas kelihatan,aku hampir leka dengan keayuan
dirinya,dia secara spontan menoleh kearahku membuatkan aku menggelabah secara
tidak sengaja,”oit,mengelamun apa 2?”bualnya selamba, “tak ada apa,teringat kat
orang jauh je” aku menjawab “awek ke?”, “bukanlah,ayah sakit kat kajang”,
“owh,dia sakit apa?”, “tak tahulah” jawabku dengan niat memberhentikan persoalannya,akuu
bukan tidak gemar untuk menceritakan Cuma aku sendiri masih buntu dengan
jawapan kepada soalan itu,aku sedang dalam keadaan keliru dan kabur. Aku memang
ingin bertanyakan namanya Cuma masih belum berani untuk membuka persoalan
itu,entah kenapa,aku selesa berbual dengannya Cuma mata aku masih lagi belum
berani bertentang dengan matanya,memang itu adalah kelemahanku iaitu aku malu
dengan perempuan,aku malu untuk bercakap berdepan dengan perempuan.Aku lihat
sewaktu bas berhenti di stesyen minyak itu dia selalu menatap buku ditangannya,sebuah
novel tebal itu membuatkan aku teringin untuk membacanya,seringkali ada
peluang,aku akan meneliti muka buku yang dibacanya itu,sehinggalah dia perasan
dengan lirikan mataku ke buku itu,aku mengalih pandanganku serta merta agar dia
tidak sedar aku selalu merenungnya.


Tiada ulasan :
Catat Ulasan