assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog yang tidak sebebrapa ini,,diharap semua pengunjung dapat menilai dan memberi pandangan bagi setiap entry saya kerana saya masih banyak kurangnya,setiap pandangan akan mengajar saya menjadi yang lebih sempurna dimasa hadapan,sekian terima kasih,enjoy...

Rabu, 21 Ogos 2013

bab 11,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



11.KETIBAAN DENGAN HIBA DIHATI!!!              

           Akhirnya bas tiba di terminal makmur,Kuantan,aku terkejut apabila bas berhenti,rupa-rupanya aku tidak sedar akibat terlalu khusyuk merenung gadis ini sehingga terleka bahawa bas sudah tiba di destinasi yang aku tuju iaitu Kuantan.Jam tanganku yang serba kekurangan yang aku beli dari deretan gerai yang berada di sebelah Terminal Makmur satu masa lalu sentiasa aktif menjalankan kerjanya saban hari tanpa satu kesilapanpun,jam itu menunjukkan jam sudah menunjukkan jam 5.15 pagi,aku bingkas bangkit apabila semua penumpang sudah mulai turun,hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang belum turun dari bas itu akibat masih mamai kerana baru tersedar dari tidur sejak dari Kajang tadi lagi,hah!! Kajang,aku lupa untuk memberitahu dan menelefon orang yang jauh disana untuk mengetahui keadaan ayahku disana,ini semua adalah angkara perasaanku yang selalu menatap gadis yang disebelahku ini,aku turun kemudian daripada gadis yang duduk disebelahku itu kerana dia berada di tempat duduk luar manakala aku pula berada di tempat duduk bersebelahan dengan tingkap,ini memudahkan dia keluar dahulu dariku,seturunnya aku dari bas itu aku lihat dia sedang mengambil beg baju yang diletakkan di bahagian tempat penyimpanan bagasi di bawah bas.Selajurnya aku terus menapak untuk naik ketingkat atas untuk ketandas agar aku dapat menyarungkan baju seragam sekolahku yang dari tadi aku biarkan baju kebanggaanku itu tersisip kemas didalam beg sandangku,aku dari tadi cuba menelefon Abang Mad untuk memaklumkan bahawa aku sudah tiba di Kuantan dan akan segera ke sekolahku di kawasan Jalan Tengku Muhammad di Kuantan,Akhirnya aku pasrah,panggilanku dari tadi dijawab oleh operator lalu aku menaip mesej yang menyatakan aku sudah tiba di Kuantan dan dalam perjalanan kesekolah,gadis yang duduk disebelahku tadi sudah hilang dari pandangan,selesai sahaja tugas aku di tandas,aku keluar dengan mengenakan baju korporat berwarna jingga dengan seluar slack berwarna hitam yang menyembunyikan lebihan baju yang aku sisipkan ketepi seluar itu untuk mengemaskan penampilanku ini,kasut yang sudah berusia setahun setengah ini tetap aku pakai walaupun sudah kelihatan lusuh tetapi aku lebih selesa sebegini,bukan aku tidak mampu untuk menukarnya Cuma aku sayang akan kasut ini,ia memberikan layanan yang sangat istimewa dan berjaya menangkis sebarang bahaya yang berkemungkinan besar boleh melukakan kakiku ini.



         Aku sebenarnya sudah lapar kerana sudah seharian aku tidak mengisi perut yang kekosongan ini akibat dari fikiranku yang melayang entah kemana,aku mundar mandir di kawasan bawah terminal untuk mencari kedai yang buka,kedai itu beroperasi 24jam sehari dan kelihatan kedai itu seperti kedai mamak,aku tidak hiraukan apa-apa pun asalkan aku dapat mengalas perutku ini,dengan langkah yang  longlai menapak setapak demi setapak kearah kedai itu lalu aku duduk disatu kerusi berhadapan dengan televisyen,aku memesan kopi panas dengan mee goreng untuk mengalas perutku kala itu,aku teringat akan hidangan yang selalu ayahku pesan ketika di kedai iaitu mee goreng dan kopi panas,masih segar diingatan semua itu seakan-akan baru semalam perkara itu berlaku,aku tersenyum sendirian apabila teringat kenangan manis dengan idolaku itu,seorang ayah yang sangat prihatin dan penyayang walaupun tidak jelas sifatnya itu kerana sering berjaya ditutup sikapnya itu,ingatanku itu hanyalah sekadar mengisi masa terluangku yang tersisa pada waktu itu untuk jam menginjak ke pukul 6 pagi sahaja.



     Sedang leka menikmati hidangan sambil menonton motivasi pagi oleh Prof Madya Dato’ Dr Fadzilah Kamsah di Tv3 aku terlihat bayang gadis yang duduk bersebelahan dengan ku tadi sepintas lalu dikaca televisyan yang memantulkan cahaya dari arah belakang,dengan laju aku memalingkan kepala kebelakang untuk melihat gadis itu,benar!dialah gadis yang duduk disebelahku sebentar tadi ketika perjalanan 5 jam dari Terminal Kajang,Selangor hingga Terminal Makmur Kuantan,Pahang sedang menapak dengan lemah lembut kearah restoran yang aku sedang makan sekarang,mungkin untuk bersarapan sebelum kesekolah fikiranku berbunyi sekadar berbisik,tapi kenapa dia pergi kesekolah pada hari selasa seperti ini sepertiku?Malah dari kajang pula?Fikiranku menyoalku dengan nada ingin tahu,mungkin dia juga mempunyai masalah sepertiku,ringkas fikiranku menjawab kembali soalan yang ditanya olehnya.Mulutku sebenarnya ingin memanggilnya dan mengajak dia bersama-sama menikmati sarapan denganku,Cuma diri aku yang menghalang mulut ini meluahkan kata hati kerana aku malu dan segan dengan gadis itu.Sedang asyik aku beranalogi sendirian,dia sudahpun tiba di tempat duduk yang boleh dikatakan agak hampir denganku itu,hanya berselang satu meja di belakangku juga menghadap kearah televisyen.Mata,telinga,kepala,semuanya terarah untuk menoleh kebelakang untuk melihat gadis itu tetapi hati yang menghantar isyarat keotak tidak mengizinkan semua itu.Selesai aku bersantap pada pagi itu,aku bangun untuk pergi membasuh tangan dan mengambil tisu dikaunter,selajurnya aku terus kemejaku kembali untuk menyiapkan diri untuk melapor di sekolah pada hari itu,anak mataku mernung kebelakang,ditempat gadis itu duduk,nyata dia sudah pergi lebih laju dari pergerakanku,Cuma dia tertinggal satu benda yang aku suka iaitu novel yang kerapkali aku pandang ketika di dalam bas tadi ‘aku bercerita’,karya Ramlee Awang Mursyid terbitan alaf 21.Aku renung dan bingkas ke meja gadis itu tadi lalu mengambil novel itu sambil mencari gadis itu disekeliling agar aku dapat pulangkan semula novel yang bukan kepunyaanku itu,mungkinkah novel ini sengaja diletakkan disini untuk diberikan kepadaku?mungkin barangkali dia sudah terlihat akan minatku terhadap novel itu sedari dalam bas tadi lagi dan memang berniat untuk meminjamkan kepadaku tetapi malu untuk bertanya sedemikian,sekadar berbisik mulutku mengeluarkan buah bicara,hening pagi yang sejuk keterlihatan diufuk timur kelihatan cahaya matahari yang sedang membuka tirainya pada pagi ini mengajak aku bergerak lebih laju mencari pengangkutan ke sekolahku,sambil menggalas beg bajuku kemas dibahagian belakang,baju korporat berwarna oren yang menjadi lambangku pada pagi itu,tetapi ditanganku masih memegang novel tinggalan gadis cantik itu,seakan segan untuk aku membacanya kerana aku bukanlah gemar untuk mmbaca buku,inikan pula sebuah buku yang tebal halamannya 500 mukasurat lebih,tetapi memang buku itu telah menarik perhatianku sejak tadi.


       CBG 2308,Nissan Sentra,teksi yang berwarna putih merah itu berhenti disebelahku ketika aku sedang mundar mandir dikawasan terminal itu “nak pergi mana dik?”, “Sekolah Menengah Vokasional cik, boleh ker?”,”Boleh-boleh,masuklah”.Lalu dengan pantas aku masuk kedalam kereta buatan british yang agak mahal itu,sebenarnya semua harga teksi di Kuantan ini sama harganya samada teksi yang berjenama atau tidak,disebabkan itulah aku berani untuk naik kedalam kereta mewah itu kerana aku tahu,tambangnya adalah tetap 12 ringgit dari terminal itu ke destinasiku.Didalam teksi itu,aku mendiamkan diri sambil membuka novel itu,dihelaian pertama terdapat satu nota kecil,tulisan yang berangkai senget kekanan itu pasti tulisan tangan gadis pemilik novel itu ia berbunyi,


 saudara,ambillah novel ini dan bacalah kalau ada masa,nampak macam saudara terlalu menyukakan novel ini,disebabkan itulah saya meninggalkan novel ini untuk tatapan saudara,jangan anggap ini sebagai pinjaman,anggaplah sebagai hadiah,moga kita bertemu lagi”.


 Aku tercari-cari tandatangan atau nama gadis ini disegenap sudut nota ini,dia masih lagi kukenali sebagai seorang gadis yang tidak bernama.Aku melipat surat itu dan menyimpannya didalam dompetku.Jam sudah pukul 7 pagi dan aku sudah tiba di perkarangan sekolahku dan sedang melangkah menuju kekawasan asrama,kelihatan seorang dua pelajar sudah mulai menapak ke sekolah tetapi aku yakin bahawa ramai lagi rakanku yang tidak bangun,aku sebenarnya sudah dibuang dari asrama sejak 3 minggu yang lepas,sebelum raya lagi atas kesalahan yang aku sendiri lakukan,tetapi aku sering berkunjung keasrama kerana ramai kenalanku disini yang lebih akrab denganku,walaupun menjejakkan kaki diasrama ini adalah satu kesalahan bagiku tetapi itu semua aku tidak hiraukan,aku mungkin dikenakan hukuman yang berat jika aku tertangkap didalam asrama ini.Aku bergerak ke bilik lamaku Ehsan 1,memang benar telahanku,majoriti pelajarnya masih tidur Cuma segelintir sahaja sudah bangun dan mandi,aku menggerakkan mereka semua agar tidak terlewat ke sekolah hari itu,mereka terkejut melihat aku disitu,mungkin kerana aku sudah seminggu tidak hadir kesekolah agaknya. “Weh,mat,bila ko datang,selalu ko lambat sokmo gi sekolah,apa mimpi nie,dah seminggu tak datang sekolah,apahal bro?”laju sahaja soalan itu hinggap ditelingaku,aku kenal suara ini ini suara Nyah atau nama sebenarnya Nabil,sinopsis ringkas tentang lelaki ini,Nabil Roslan merupakan anak kelahiran bandar diraja Pekan serta tempat lahirnya tokoh negara seperti Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Najib serta ramai lagi,dia merupakan pelajar aliran Amalan Bengkel Mesin,ayah dan ibunya merupakan guru di sebuah sekolah di Pekan,Pahang,dia antara pelajar yang baik denganku di sekolah itu,mengenai masalah disiplin tidak perlu diceritakan kerana zaman remaja ini merupakan zaman tanpa sempadan,mempunyai perasaan ingin mencuba dan semangat yang berkobar-kobar,sama seperti aku.Soalan yang ditujukan kepadaku ini terus aku jawab dengan spontan, “Ada hal sikit a bro kat kampung,baru berapa hari aku tak gi sekolah”.Kelihatan mereka yang sedang tidur sudah mulai membuka mata mereka apabila aku membuka lampu,sesampainya aku di bilik itu,aku terus kekatil atas yang menempatkan Nabil,dialah orang pertama yang aku kejut selain dari ahli bilik yang lain,mereka bingkas bangun untuk bersiap-siap ke sekolah pada hari itu,Suria,Ijat,Lokman,Aseng,Duang, Ganu,Syed,Over,Lokman Ustaz, Haikal ,Toyol ,Jimbo ,dan    Bob,semua mereka merupakan ahli bilik Ehsan 1 sudah mulai menapak ke bilik mandi untuk bersiap-siap kesekolah,Nabil yang sebenarnya sudah siap dengan baju sekolah itu baru sahaja naik dari sarapan di dewan makan lalu menghulurkan sebatang rokok winston kepadaku semasa aku sedang duduk,aku mencapainya dan membakar rokok itu dan menghisapnya secara spontan “ko gi mana mat?nampak macam ko ada problem jer”, “Eh,tak ada lah,aku holiday,hahahaha” jawabku spontan untuk menutup segala kesulitan yang berada didada daripada diketahui oleh Nabil dan rakan-rakan yang lain,selesai mereka mandi dan bersiap,kami sempat duduk dibawah katil ‘double decker’ itu untuk berbual kosong sementara menunggu jam tepat pukul 7.20 untuk pergi kesekolah,ada yang terbaring,ada yang sedang menghisap rokok dan ada juga yang sedang berbual kosong sambil gelak ketawa di dalam bilik itu,pada jam tepat menunjukkan pukul 7.20,kami pun segera menapak menuruni tangga dan bergerak melalui susur gajah menuju ke kawasan sekolah dan kekelas masing-masing dan aku juga menuju kekelasku iaitu 5 Elektrik dan Elektronik 2,sahabat baikku di kelas juga pelik dan bertanyakan soalan yang sama seperti Nabil atas ketidakhadiranku yang lama di sekolah itu dan aku menjawab juga seperti apa yang aku nyatakan kepada Nabil,antara sahabat sekelas yang paling akrab denganku ialah Aseng atau nama sebenarnya Muhammad Naqiuddin Bin Mahmud,seoarang lelaki yang mempunyai perwatakan yang pelik serta mempunyai pendirian yang tidak tetap,kerapkali termakan dengan katakata sendiri,tetapi itulah kelemahannya tetapi dia juga mempunyai kelebihan sebagai antara pelajar yang mempunyai rekod yang baik kerana di setiap kesalahan yang dilakukan oleh kami berempat,dia sering bijak memutarbelitkan fakta dan melepaskan kami semua,dia merupakan kepala kami ketika kami berbincang mengenai pelajaran Sejarah,dia merupakan seorang pelengkap sempurna kumpulan kami.Mesti anda akan bertanyakan soalan mengenai siapakah lagi ahli kumpulan yang hanya dinyatakan berempat itu,rakan ku yang kedua ialah Abet atau nama sebenarnya Muhd Izzuddin bin Ramli,kelahiran darah orang Pekan,Pahang,seorang yang ceria dan peramah,mudah berkawan dengannya,dia seorang yang bagus,apa sahaja masalah yang dia miliki dalam pelajaran dia tidak lokek untuk bertanya malah kuat belajar,tetapi dia juga seorang yang bertindak tanpa berfikir dan kerapkali tertangkap dalam kesalahan disiplin,tetapi kadangkali dia jugalah yang akan mencari maklumat mengenai sesuatu kesalahan yang akan kami lakukan seperti ‘fly’,dan sebagainya,dia merupakan kekuatan yang kumpulan kami perlukan,orang ketiga yang akan saya nyatakan bukanlah calang-calang orang,dia antara 5 pelajar yang mengambil peperiksaan matematik tambahan di sekolah ini,seorang pakar matematik yang aku kira sangat bagus,dia ini juga seperti kami,tidak pernah berpecah apabila didalam kelas apabila belajar tetapi seringkali masalah disiplin akan timbul apabila kami berada di luar kelas,itulah hakikat seorang remaja yang nakal,persekolahan bermula mengikut rutinya setiap hari sama sahaja,aku kadangkala bosan untuk belajar tetapi itulah kewajipan dan tanggungjawab yang diserahkan kepadaku sebagai seorang pelajar.Habis sesi persekolah,aku perlu pulang segera kerumah sewaku untuk menyiapkan kerja sekolah yang sudah tertangguh sejak lama.Rumah sewa yang didiami oleh kami berlima iaitu Aku,Aseng,Caie,Nazil dan China itu merupakan tempat kedua aku selepas asrama,disitulah kami semua melakukan rutin harian sebagai pelajar yang telah dibuang dari asrama dengan setiap kesalahan yang kami sendiri lakukan.


    Bosan!aku bosan dengan kisah mengenai persekolahanku,aku sebenarnya ingin pulang ke Kajang dan bersama dengan keluargaku menjaga ayahku yang sedang sakit disana tetapi aku ditolak kesekolah ini untuk meneruskan saki baki pelajaranku dalam bidang yang ku ceburi ini.Sebulan,tinggal sebulan sahaja lagi tempoh aku untuk terus menimba ilmu disini dan esok merupakan hari peperiksaan percubaan SPM,satu peperiksaan yang sangat mencabar dan menentukan keputusan SPM sekiranya berlaku apa-apa didalam peperiksaan sebenar nanti,persetankan semuanya,aku ingin pulang!ingin pulang!!jeritan batinkan tiada yang dengari hanya hati bisa mengungkapnya semula ketika  berontaknya membuak.Hari silih ganti sepantas pergerakan awan diudara,siang malam kuredahi tanpa dengar suara yang tercinta nun jauh disana,aku memikirkan satu perkara sahaja sejak tiba dikuantan,iaitu mengenai ayahku yang berada jauh disana.Hari ini hari Jumaat,aku sudah tiba di rumah sewa dan mengemas barang-barangku untuk terus ke terminal untuk pulang ke Kajang.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Selasa, 7 Mei 2013

bab10,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



Berangkatlah kami pulang,,



    Cuti hari raya aidilfitri sudah semakin menyempit sedangkan keadaan ayahku masih dalam keadaan yang membimbangkan walaupun sudah dikatakan sudah kelihatan normal pada zahirnya tetapi pada batinnya hanya Allah sahaja yang mengetahui hakikatnya.Abang dan kakakku sudah beberapa hari meminta lanjutan cuti mereka atas alasan kecemasan dan sekarang mereka sudah tidak boleh berbuat demikian,mereka juga harus pulang kerumah masing-masing untuk meneruskan pekerjaan sama seperti aku,aku sudah tiga hari tidak hadir ke sekolah,walaupun guru kelasku sudah memberi keizinan tetapi entah mengapa ayahku seolah-olah menyuruhku kesekolah pada setiap hari,aku semakin risau akan ayahku,sukar benar aku lepaskan tanggungjawab aku sebagai anak pada waktu dia memerlukan seperti ini.Ayahku selalu berlagak ceria dan sihat didepanku apabila dia inginku pulang ke rumah sewaku itu,aku tahu lakonan itu dilakukan dengan terpaksa tetapi aku tetap melayan desakannya,aku lebih gemar mengangguk dari memberi alasan yang menipu.Tinggal dua hari sahaja lagi cuti kami semua akan tamat,kami dipanggil bersidang dengan kadar segera,Abang Mad ku sudah memohon cuti yang panjang untuk perkara ini kerana sebagai seorang tentera amat mudah untuk memohon cuti atas alasan kecemasan,aku pula semakin hari semakin memikirkan berkenaan kondisi ayahku itu dan keperluan pelajaranku pada waktu itu,peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebenarnya sedang melangkah dengan sangat laju kearahku,hanya tinggal lebih kurang 3 bulan lagi untuk aku menghadapi peperiksaan terpenting dalam hidupku itu,percubaan sijil pelajaran malaysia pula hanya tinggal seminggu sahaja lagi,kegusaran hati ini tidak pernah aku layan seadilnya,aku kerap kali menolak untuk memikirkan mengenai bab itu.Hari silih berganti dengan cepatnya,sudah tiba masa kami semua berangkat ke tempat yang kami perlu pergi.Mengikut kata putus yang kami semua telah persetujui,ayahku akan dibawa ke rumah kak lin ku untuk menginap sementara waktu kerana mengikut apa yang telah kami bincangkan,kami ingin melakukan rawatan rapi keatas tahap kesihatan ayahku di Hospital Kajang.Jadi kami pun bertolak pada tengahari itu,perjalanan itu seakan-akan lancar dengan keadaan kereta yang sudah normal,abang iparku Awang yang sudah normal serta keadaan perjalanan yang lancar,syukur ke hadrat Illahi kerana memudahkan perjalanan kami pada hari itu.Abang Mad akan mengikut kami bertolak ke Kajang pada hari itu untuk memantau keadaan ayahku pada setiap hari.


         Aku pula sering kali menyatakan hasrat aku untuk terus kekal bersama ahli keluargaku untuk bersama-sama menjaga ayahku di Kajang tetapi sering saja ditolak atas alasan yang seringkali tidak berjaya aku sangkal iaitu atas alasan pelajaran,aku akur malah faham dengan keadaan diriku pada masa itu yang sememangnya sudah banyak ketinggalan mengenai pelajaran.Aku mengambil tiket bas dari Kajang ke Kuantan selepas setibanya aku di Kajang,aku harus masuk ke sekolah pada pagi esoknya sebelum pulang ke rumah sewaku jikalau perjalanan aku itu tiada penghalangnya.Jarum minit dan saat pada jam tanganku ligat melakukan fungsinya,aku yang sedang berada didalam bas itu hampir sahaja tidak perasan yang perjalananku itu sudah memakan masa selama tiga jam,hanya tinggal dua jam lagi untuk aku lelapkan mata yang kelesuan ini.Aku tidak berjaya melelapkan mata ini walau sesaat pun kerana aku seringkali terfikir bagaimanakah keadaan ayahku pada waktu itu,di setiap perhentian seringkali aku menelefon ke keluargaku untuk mendapat berita terkini,jarang-jarang panggilan telefonku diangkat kerana mungkin mereka juga sedang lena diulit mimpi selepas seharian memandu.Jalan yang dipenuhi dengan gunung ganang serta hutan rimba itu sering aku pandang sambil memikirkan apa sahaja yang bermain difikiranku ini walaupun waktu itu sudahpun pukul empat setengah pagi serta gelap gelita.Keadaan yang sejuk dan muram itu menambahkan kerisauan aku pada saat itu,sudah beberapa kali aku menutup dan membuka injap pengawalan penghawa dingin yang berada diatas kepalaku ini untuk menghilangkan kebosananku.
   

            Selepas sudah buntu memikirkan apa yang harus aku lakukan aku nekad untuk pejamkan mata buat seketika,bermacam gambaran tercalit dimata hitamku,aku tidak mahu melalui saat yang sebegitu perit , dengan segera aku membuka kembali mata dan merenung ke luar jendela,yang ku lihat hanyalah titisan embun dan desiran angin laju serta sekali sekala terlihat kenderaan yang melintasi bas yang sedang bergerak dengan sangat laju ini.


           Disebelah tempat dudukku ini adalah seorang wanita melayu yang berbaju kurung kelihatan seperti seorang mahasiswi di sebuah universiti di Kuantan kerana perwatakan dan ciri seorang pelajar ini sangat mudah untuk dikenali,aku tidak pernah terfikir untuk menyapa malah menegurnya kerana diri aku ini tidak pandai atau malu dalam pergaulan,aku lebih gemar bersendiri dan mendiamkan diri,tiba-tiba dia menoleh kearahku yang sedang duduk tersandar dikerusi memandang keluar,matanya yang kelihatan seperti orang mamai itu aku sedari sewaktu bas melintasi kawasan yang terdapat lampu jalan,dia sebenarnya sudah banyak kali merenung kearahku Cuma aku sahaja yang tidak mengendahkannya,dia sebenarnya mahu menanyakan sesuatu tetapi mungkin kerana bunyi enjin bas dan radio didalam bas itu membantutkan pertanyaannya,akhirnya dia membuka mulut dan bersuara seraya memandang kearahku “dah dekat mana ni?”ringkas persoalannya memulakan bicara,aku yang sebenarnya tidak pandai berkata-kata dengan perempuan ini tergagap-gagap hendak menjawab soalan itu biarpun soalannya sangat mudah “dah..dah..dekat maran..ni..ni”,berjaya juga aku menjawab soalan itu biarpun dengan kepayahan.Dia menambah lebih banyak pertanyaan kepadaku,wanita yang kelihatan sebaya denganku itu tidak dapat ku tatap rapi wajahnya kerana bas itu tidak membuka sepasang lampu pun,yang aku dapat llihat wajahnya hanyalah ketika bas itu melintasi lampu jalan tetapi hanya samar-samar,yang dapat ku terangkan secara ringkasnya ialah dia agak cantik,tetapi itu hanyalah ringkasan sahaja,aku tidak dapat memperincikan ringkasan itu dek kerana halangan yang tidak dapat aku elakkan,,dia bertanya kepadaku lagi berkenaan perangaiku yang dilihatnya sangat curiga serta seperti dalam masalah.Sebenarnya aku curiga berkenaan perempuan ini,sebenarnya tempat duduk sebelahku ini kosong sejak aku bertolak dari kajang,tapi apabila bas berhenti untuk mengisi minyak,perempuan ini ada disebelahku,yang terlintas difikiranku hanyalah dia ini seorang perempuan yang terlepas bas tapi berjaya mengejarnya atau dia berjanji untuk diambil di kawasan ini,persepsi mudahku itu tidak menghadirkan sebarang curiga dihati ku.Bas yang kami naiki itu sudah tiba di kawasan Gambang,bas ini kelihatan ingin memberhentikan bas di satu stesyen minyak yang berada di kawasan ini,inilah peluang aku untuk melihat secara lebih dekat wajah wanita yang mampir denganku ini.Bas memberi isyarat untuk membelok ke kanan untuk masuk ke stesyen minyak BHP disitu,aku sekali sekala menjeling kearah wanita ini.


     

    Akhirnya bas ini berhenti dikawasan minyak diesel dan membuka lampu didalam bas agar memudahkan penumpang untuk turun bagi melakukan apa-apa seperti buang air,membeli makanan atau apa sahaja tetapi hanya sebentar kerana ini bukan perhentian rehat dan rawat.Aku menoleh ke berani ke arah kananku,wanita ini memang sebaya dengan ku,dia bertudung labuh putih krim dengan baju batik sekolah berasrama penuh yang aku pernah nampak di Kuantan,mungkin sekolah yang berprestij di Kuantan aku hanya mengagak,kulitnya sawo matang yang bersih dari sebarang cela,tangannya dipakai sarung tangan halus untuk membataskan sentuhan antara kami yang agak dekat,wajahnya tidaklah cantik tetapi nur diwajahnya jelas kelihatan,aku hampir leka dengan keayuan dirinya,dia secara spontan menoleh kearahku membuatkan aku menggelabah secara tidak sengaja,”oit,mengelamun apa 2?”bualnya selamba, “tak ada apa,teringat kat orang jauh je” aku menjawab “awek ke?”, “bukanlah,ayah sakit kat kajang”, “owh,dia sakit apa?”, “tak tahulah” jawabku dengan niat memberhentikan persoalannya,akuu bukan tidak gemar untuk menceritakan Cuma aku sendiri masih buntu dengan jawapan kepada soalan itu,aku sedang dalam keadaan keliru dan kabur. Aku memang ingin bertanyakan namanya Cuma masih belum berani untuk membuka persoalan itu,entah kenapa,aku selesa berbual dengannya Cuma mata aku masih lagi belum berani bertentang dengan matanya,memang itu adalah kelemahanku iaitu aku malu dengan perempuan,aku malu untuk bercakap berdepan dengan perempuan.Aku lihat sewaktu bas berhenti di stesyen minyak itu dia selalu menatap buku ditangannya,sebuah novel tebal itu membuatkan aku teringin untuk membacanya,seringkali ada peluang,aku akan meneliti muka buku yang dibacanya itu,sehinggalah dia perasan dengan lirikan mataku ke buku itu,aku mengalih pandanganku serta merta agar dia tidak sedar aku selalu merenungnya.

Isnin, 1 April 2013

bab 9,,sambungan hari raya yang hadir pebuh memori



tangisan sunyiku tiada yang dengari,,

   Malam menjelang tiba tanpa kami semua sedari selepas seharian dengan aktiviti masing-masing,ada yang bersembang,ada yang berborak dan sebagainya tetapi aku tetap setia menanti dengan komputer riba kecilku yang menjadi saksi dan merakam bukti yang terjadi di hadapan mata serta telah menjadi pencetus semangatku untuk menaip kedalamnya untuk tontonan kamu semua.Kisah ini bukanlah direka khas untuk tatapan anda semua malah bukan juga lahir dari ilham,ia terbina dengan sendirinya mengikut kehendak takdir yang menentukan perjalanan hidup seseorang.Selepas sesi perjumpaan dengan Pak Long pada hari itu tamat,beliau ada mengamanatkan satu perkara kepada Abang Mad iaitu pada sesi kedua nanti,ayahku tidak dibenarkan ikut serta ke rumahnya,dia harus dibiarkan dirumah sahaja kerana katanya jikalau ayahku ikut serta,makhluk ghaib itu tidak dapat dibawa ke sana kerana telah lari sebelum masuk kerumah itu dan satu lagi cakapnya ialah,beliau sendiri akan menentukan tarikh sesi kedua dengan panggilan telefon.


        Setelah dua hari kami menunggu panggilan itu,akhirnya masa yang ditunggu tiba pada waktu tengahari pada hari kedua kami pulang dari rumah itu,Pak Long mengarahkan kami datang tepat jam 8 pada malam itu kerana ada sesuatu yang hendak di perkatakan dan ianya sangat penting,riak muka abang Mad sudah menjadi lain selepas menceritakan kepadaku selepas panggilan telefon itu dan dia seperti ada sesuatu yang tidak diberitahu,aku tahu dari benak fikiran dalamku bahawa perkara itu tidak baik tetapi aku senyapkan sahaja kerana tidak ingin mencabar tahap kesabaran Abangku itu,bicaranya terhenti selepas air mukanya berubah,aku serta merta terpaku dan membiarkan perkara itu ditiup angin,entah mengapa,perasaan ingin tahuku tidak meletus seperti selalu,mungkin perkara ini sukar dirungkai dengan akal fikiran waras ataupun ianya adalah satu perkara yang negatif,aku tolak kedua-dua usul yang dipersembahkan oleh mindaku dan sentiasa memegang prinsip bersangka yang baik sahaja.Jarum jam ditanganku berganjak sedikit demi sedikit dan aku hanya perhatikan jam pada waktu 6 petang,aku terkejut kerana begitu pantas masa berlalu,jari yang senantiasa menaip ini tidak menampakkan sebarang tanda kelesuan serta masih utuh memegang huruf-huruf yang terdapat di komputer riba ini.Akhirnya aku biarkan cerita ini tergantung tanpa diselesaikan babnya kerana aku terdengar seperti namaku di panggil dari jauh,ketika ini aku sedang berada di bawah satu pohon rendang yang tidak bernama,terbaring di atas buaian yang diikat rapi pada dahannya,angin sepoi-sepoi bahasa menyebabkan aku leka dengan duniawi dan seperti berada di alam ku sendiri,aku menyahut panggilan itu,lalu bergerak menuju ke halaman depan rumah tetapi sebelum itu aku sempat memadamkan unggun asap yang dibina dari sabut kelapa itu yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk di waktu itu,rupa-rupanya Mak Ngah memanggilku dari pintu depan dan mengarahkan aku untuk segera masuk kerumah kerana waktu telah senja.Aku menolah ke awan sebelum masuk kerumah,lama juga aku melihat keawan,memerhatikan ciptaan Tuhan yang maha agung,warna sore kelihatan,jingga bercampur cerah menerobos ke celah awan,bulan sudah kelihatan Cuma masih samar dek kerana tiada lagi pancaran dari matahari,aku teringat satu perkara iaitu aku pernah terbaca satu artikel di dalam satu laman web yang menceritakan mengenai warna jingga awan ini dengan syaitan laknatullah,yang berbunyi seperti ini “syaitan akan menjadi kuat pada waktu senja kerana frekuensi yang dikeluarkan pada waktu itu hampir sama dengan frekuensi syaitan tetapi sekuat mana pun syaitan ini,apabila waktu azan maghrib dilaungkan ia tetap lari” Subhanallah,betapa hebatnya tuhan pencipta alam ini.Aku terkejut selepas bahuku dicuit manja oleh mak ngah yang mengeluarkan aku dari lamunanku “hoi!awat hang nie?ingat kat marka hang ka?”sapanya yang mengejutkan aku “aihhh,tak ada la,sapa la nak kat kami ni mak ngah”bidasku yang cuba menyembunyikan lamunanku itu sambil berlalu pergi mencapai tuala untuk ke bilik air.


         Segar benar keadaanku selepas mandi air bukit seperti itu,sejuk,tanpa klorin,terasa seperti badan dicuci dengan sangat sempurna,baruku sedar yang perutku sudah berbunyi semacam.Aku bergerak ke dapur selepas mandi dan bersiap-siap,aku mencapai roti yang terdapat dimeja dapur itu pada waktu itu tanpa mempedulikan sesiapa yang berada di dapur pada waktu itu,Abang Mad sudah memanggilku untuk pergi ke rumah Pak Long,kali ini kami pergi hanya berlima tanpa diikuti oleh Pak Ngah dan Ayahku,aku,adam,Aang Mad,Awang dan Pak Lang Zaki bergerak laju ke rumah pak Long kerana ada sesuatu yang hendak dinyatakan katanya,sesampainya kami disana,kami disapa seperti biasa,tetapi tanpa makanan raya hanya kopi sahaja yang menjadi peneman pada waktu itu,nampak seperti Pak Long sudah dapat menjangka kami sampai waktu itu kerana kalau ikut pada perjanjian,pukul 8 kami akan tiba disitu,tetapi sekarang baru pukul 7.45 malam,tetapi kopi sudah siap terhidang dan lampu halaman sudah dibuka sejak awal,aku hiraukan semua itu kerana apabila difikirkan oleh otak,perkara ini seakan melanggar hukum fizik dan hukum alam tetapi Allah Maha Besar,setiap anugerah-Nya bernilai,mungkin Pak Long ini antara mereka yang bertuah yang telah mendapat makrifat Wallahualam.Tanpa banyak bicara Pak Long meminta izin kami semua untuk memulakan perubatan,Pak Long bergerak berdiri dari duduk secara perlahan-lahan,gerak langkahnya seperti sedang bersilat Cuma perlahan,mulutnya sentiasa membaca ayat suci Al-Quran tanpa henti,kadang-kalang berzikir,kami hanya melihat kaku tetapi aku tidak tahu samada mereka yang lain merasa seperti aku atau tidak,aku merasakan bahawa bulu kakiku tegak menghadap ke arah Pak Long,bermula dari kaki ia berganjak ketangan,bulu roma halusku menegak kearahnya seakan satu tarikan magnet,aku tidak merasa satu perkara yang mencurigakan pun kerana seakan satu aura telah menerjah kedalam badanku kerana aku seperti bertenaga pada waktu itu,mungkin inilah aliran elektromagnetik yang boleh dihasilkan badan seperti apa yang aku baca dalam artikel mengenai sains perubatan satu masa dahulu Cuma hanya segelintir manusia yang dapat mengawal tenaga itu dengan baik,aku leka melihat aksi Pak Long.Selepas setengah jam Pak long dalam situasi sebegitu kami terkejut melihat Pak Long jatuh tersembam ke lantai secara tiba-tiba,riak muka orang tua itu hanya bersahaja,matanya tertutup tetapi mulutnya masih berzikir.kami cuba menggerakkan Pak Long tetapi gagal,aku mendapat satu pesanan ringkas dari kakakku yang berada dirumah yang menyatakan bahawa ayahku beraksi pelik malam itu,kadang-kadang riak mukanya bengis lalu bertukar gembia lalu menangis,sejujurnya aku katakan ayahku sebelum ini ada berperangai sedemikian,dia seperti sudah putus asa dengan hidupnya,jika dia sedar dia kerap menangis sambil memberitahu dan berpesan kepada kami agar sentiasa menjaga diri,jaga rumahnya yang baru dibina itu,maafkan dia dan sebagainya,aku kerap menangis pada waktu itu,aku lebih suka bersendirian,aku juga sangat sedih dengan keadaan itu,kadangkala aku akan pergi ketandas dengan alasan mahu membuang air tetapi aku menangis sambil membuka air dengan kuat agar tidak ada orang akan dengar esakkan tangisku itu,aku merasa bersalah,aku seperti berdendam dengan diriku ini,memang benar banyak salahku padanya tetapi dimana semua kekuatanku.Pada ketika aku menulis ayat inipun sebenarnya aku sudah tidak tahan dengan perasaanku yang berkecamuk ini,tiada tempat lain yang aku boleh luahkan selain dari diari ini yang menjadi teman dikala sedih,marah,dan saat gembiraku.


           Hiraukanlah perasaan hati kecilku itu,kita berbalik semula kepada kisahku ini,aku tidak membalas pesanan ringkas itu kerana kami sedang mengangkat Pak Long yang sudah tidak sedar pada waktu itu lalu kami sandarkan pada dinding rumah,Pak Lang Zaki melarang kami dari berbuat apa-apa malah mengarahkan kami agar turut berzikir sekali dengan Pak Long,tidak sampai 5 minit kami berzikir kelihatan Pak Long sudah mula sedar dari lamunannya tetapi menghadirkan diri sebagai Tok Guru kepada Pak Long yang berasal dari Sungai Petani,Kedah.Pak Lang menyapa Tok Guru yang sedang berada di dalam Pak Long itu seperti Pak Lang sudah lama mengenali Tok Guru itu,dia menceritakan bahawa Pak Long sebenarnya sudah terlampau letih dengan permainan syaitan durjana itu lalu kehilangan tenaga dengan cepat.Kami semua faham dengan keadaan ini,kata Tok Guru itu,makhluk itu sungguh kuat,malah sangat kuat sehingga hampir tidak boleh dilunaskan serta merta pada waktu itu,sehingga sekarang kami hanya mendapat perkhabaran yang sama dengan pengubat tradisional sebelum ini,kami hampa tapi tidak memperlihatkannya,dia meminta izin untuk pergi kerana jika terlalu lama dalam jasad seseorang,buruk padahnya,dia memberi salam lalu hilang terus dan kami menjawap salamnya itu,selepas itu kelihatan Pak Long membuka matanya dan berbicara seperti Pak Long yang lama,dia meminta maaf kepada kami kerana tidak dapat menyembuhkan ayahku itu,tetapi ada satu penyataan menarik yang aku ingat dan ingin aku selitkan disini iaitu “setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati Cuma kadangkala kita lambat nak jumpa dengan ubat yang betul”, terpaku aku seketika mendengar kata hikmah yang sarat dengan pengertian itu,aku beranalogi sendirian lagi dalam suasana yang boleh dikatakan agak tegang itu memikirkan bahawa berapa lamakah lagi akan kami temui penyembuh yang berkesan untuk ayahku ini,aku tidak dapat menjawab pertanyaanku sendiri kerana masalah yang akan menentukan perkara itu,bukan aku atau sesiapa.



           Kami pulang semula kerumah,kulihat ayahku sedang lena tidur dikerusi malas milik Pak Ngah itu,kurenung wajahnya dalam-dalam,aku sayang akan ayahku itu,ku berdoa dalam hati agar tidak ada apa yang akan terjadi kepadanya kerana aku tahu aku masih perlukan kasih seoranng ayah selepas kehilangan kasih seorang ibu sejak aku berusia tiga tahun lagi,taburan jasa ayahku bermain diingatan,kenangan manis kami,pesanan beliau,wajah gelak tawa beliau,latahan beliau mengalirkan air mataku sederas-derasnya,aku rindu semua itu,aku rindu akan dia yang lama,ingatlah wahai sahabat,kadangkala ayah tidak menunjukkan rasa kasih kerana egonya tetapi fikirkanlah kegembiraannya sewaktu kamu dilahirkan,senyum lebarnya ketika itu amat menyeronokkan,janganlah kita lawan setiap apa yang dipesan kerana kasihnya tidak terperi kuatnya,aku merasai semua itu apabila aku berada di dalam sebegini,mahukan kalian berfikir seperti ini hanya apabila keadaan sudah terlambat.Aku lihat kaki ayahku ketika itu,sudah kurus sekali,hanya tinggal tulang dan kulit sahaja,kulit lengannya tergoyang-goyang apabila dia bergerak,aku impikan ayahku yang lama,yang sihat,yang gemuk yang suka makan cili,yang minat mengajarku tentang apa yang aku tidak tahu,sebenarnya dialah idola kepada hidupku,aku masih teringat dikala peperiksaan upsr waktu aku d darjah 6 dulu,dia hadir pada pagi itu tidak membawa apa-apa selain keberkatan sedangkan aku lihat keluarga lain hadir dengan pelbagai barang,kismis,air zam-zam dan sebagainya,ayahku Cuma hadir membawa senyuman yang tidak pernah aku lihat,aku menjadi kuat,kukucup tangannya pada waktu itu pesanannya ringkas sahaja ‘kalau tak ada ilmu jangan harap orang aku pandang kita,jangan berusaha dengan harapkan sesuatu,berusaha sebab diri sendiri sebab kita yang tentukan hidup kita.Habis peperiksaan upsr aku mendapat 4a1b ketika itu,aku toleh kebelakang sambil melihat dia senyum kearahku sambil mengisyaratkan bagus,sebenarnya aku tidak meminta apa-apa daripadanya,cukuplah satu pelukan darinya tetapi kau gagal mungkin kerana egoku,biarkan aku melayan perasaanku ini pada waktu ini,lama aku termenung melihat wajah ayahku pada malam itu.Aku teringat apabila aku terima tawaran kemasukan ke sekolah menengah seri bera yang dianggap nombor satu di daerah ku ketika itu,betapa gembiranya aku ketika itu,gembiraku tidak dapat aku kongsikan dengan sesiapa,ayahku sudah berkahwin lain pada waktu itu,aku seperti keseorangan,apabila aku masuk ke asrama itu aku sedar bahawa aku kesepian di dunia ini,aku mula memandang serong kepada ayahku,kesalahan ini tidak dapat aku lupakan kerana sehingga kini aku masih meminta maaf kepada ayahku didalam doaku,MAAFKAN AKU AYAH.Kronogi kenanganku tidak berhenti,aku teringat akan peristiwa yang paling membuatkan aku gembira seakan-akan aku sudah berjaya mengapai puncak dunia.Hari tu adalah hari keluarnya keputusan pmr,aku masih berada di Kajang dirumah kakakku,aku menelefon sahabatku yang sudah mengambil keputusan ketika itu,aku gembira bercambur risau dengan keputusanku kerana ia masih belum diambil sehinggalah aku mendapat berita bahawa mereka terlihat ayahku diwaktu itu,tanpa berlengah aku mematikan panggilan itu dan menelefon ayahku,berderau darahku apabila aku dimarahi dengan teruk sekali,aku hampa,ayahku memberitahu bahawa aku teruk dalam peperiksaan,hibanya hati,aku mematikan panggilan itu selepas penat dileteri tetapi tidak sampai seminit ayahku menelefonku semula,aku serba salah hendak mengangkat panggilan itu kerana risau dileteri,”assalamualaikum,mu marah ka pak marah mu?mu dapat 5a3b,bukan x ada A langsing la,pak saja ja tadi,bila nak balik Kumai?”aku terkedu,ketika aku menaip mengenai ini,air mataku banyak sekali dan aku biarkan sahaja ia kering sendiri,sukar untuk aku ingat kembali peristiwa ini.


           Aku terkejut dengan jenaka ayahku,sudah lama aku impikan jenaka seperti ini,budak lain mengharapkan hadiah motorsikal,duit dan sebagainya tetapi aku hanya meminta jenaka dari ayahku ini sebagai hadiah,andai dapat aku bayar dengan apa pun jenaka ini akan aku usahakan pada waktu ini,tapi itu semua mimpi yang tak mungkin,aku masih tidak percaya dengan ayahku,dia melayanku seolah-olah aku masih budak kecil,sungguh manja,kata-katanya sangat lembut,aku kegirangan,jikalau lah ayahku berada di depan mata mahu sahaja aku peluk dia seeratnya ketika itu,ayahku adalah manusia yang terhebat dalam hidupku,dia berjaya menukarkan air mata sedihku kepada air mata kegembiraan.Aku pulang kekampung,aku tidak dilayan seperti didalam telefon itu ketika itu dihadapan mak tiriku,kelihatan ayahku sungguh manja dengan adik tiriku itu,aku sebak tetapi segera ku buang apabila mengingatkan kembali jenaka ayahku itu,petang itu dia mengajak ku keluar ke kedai menaiki motorsikal,aku pelik kenapa aku diajaknya,selalunya aku lansung tidak dipelawa,dia memberhentikan motorsikal dan mengajarku menunggang motorsikal,itulah hadiah keputusan cemerlangku pada waktu itu,aku memang sudah lama ingin belajar menunggang motorsikal dan selalu aku katakan padanya tetapi dia masih tidak membenarkan aku menunggang motorsikal itu,tetapi pada hari itu hajatku ditunaikan,walaupun bukan dengan pembelian barangan mahal,walaupun bukan dengan kemewahan,tapi dengan kasih sayang yang sangat menyenangkan,memang benar aku sudah tingkatan tiga pada waktu itu tetapi aku masih dilayan seperti aku berusia enam tahun yang ingin belajar menunggang basikal,ah syahdunya ketika itu,aku tidak sedar pada pukul berapa aku tertidur hari hari itu,tetapi semestinya aku tidur dengan penuh linangan air mata yang menangisi nasibku ini.

Sabtu, 30 Mac 2013

bab 8,sambungan hari raya yang hadir penuh memori





Peristiwa tak dijangka berlaku,,,,

Benarlah kata pujangga orang emas dahulu kala,malang tidak berbau.Kami sampai dirumah sekitar jam 12 malam selepas ke rumah Pak Long untuk merawat ayahku,aku yang sedang tidur lena pada malam itu kedengaran bunyi yang riuh Cuma aku diamkan sahaja dan melayan perasaan ngantukku.Aku bangun pagi seperti yang aku ceritakan di bab yang lepas dan selepas mandi serta bersiap,aku terkenang kembali kejadian riuh rendah pada hari semalam,aku kehairanan sendiri,fikiranku bercelaru dengan monolog-monolog yang negatif tetapi aku tepis semuanya kerana aku akan tetap dengan prinsipku iaitu sentiasa bersangka baik.Akhirnya benak fikiranku meletus untuk tahu yang lebih lanjut,aku mundar mandir di kawasan rumah itu,damai,memang damai sekali rasanya.Selajur aku ke kawasan belakang rumah,tidak ada apa yang ganjil di sekitar itu,pohon-pohon petai,rambutan,durian dan bermacam lagi meredupkan keadaan,aku berhenti di satu teduhan pokok rendang dan menghidupkan rokokku,dihatiku masih tecalit rasa hormat kepada orang yang lebih tua dari ku dan aku bertindak baik dengan menjauhi mereka apabila aku merokok,sedang aku asyik menghirup rokokku yang sudah menyala di bibir ini,aku terpandang sesuatu yang pada fikiranku pelik,ianya sekeping zink yang masih elok Cuma terdapat sedikit kesan karat,aku segera menghabiskan rokok itu,aku berjalan semula ke arah depan kawasan rumah dan melihat kearah bumbung,”awat la depa tukaq atap nie malam semalam?”aku bermonolog dalam hati,benarlah sangkaanku,atap yang berada diluar rumah itu adalah atap lama yang dipasang dirumah itu tetapi sekarang sudah ditukar,yang menjadikan ia satu kehairanan ialah hanya satu keping zink yang ditukar,bukan semua zink.Perasaan ingin tahu menembak tepat otakku untuk membuka mulut untuk bertanya,aku pergi ke beranda rumah dan melihat keluarga lelaki disertai ayahku,Abang Mad,Awang,Adam,Pak Long dan Pak Lang Zaki,aku melihat jam di tanganku,tepat jam 9.30 pagi,aku sekali lagi kehairanan “kenapalah Pak Lang ni mai awai sangat ni?”.Aku segera kedapur dan mendapatkan Mak Ngah dan bertanya mengenai segala yang bermain di mindaku saat itu.

Barulah aku tahu mengenai apa yang berlaku pada malam itu,selepas kami pulang jam 12,aku terus tidur,tetapi pada jam 3 pagi,satu angin kencang tanpa hujan telah menyerang rumah itu,terasa seperti taufan yang kuat telah membadai dengan sangat cepat,zink yang lain walaupun tidak dipaku masih tetap melekat pada kayu rumah itu kecuali atap zink yang berada di atas tempat tidur ayahku itu,,zinknya bagai dikopak sesuatu,yang aku dengar riuh rendah malam itu adalah akibat tragedi itu yang telah membangkitkan mereka semua dari tidur kecuali aku,mungkin aku terlalu penat sehingga aku tidak dapat memberi sebarang respon ataupun atas sebab lain Wallahualam dan persoalan mengenai mengapa Pak Lang Zaki tiba awal jugak telah berjaya dirungkai kan,ianya adalah selepas kejadian itu,Abang Mad cepat-cepat pergi memanggil Pak Lang Zaki untuk mendapatkan pertolongan.Khabarnya,pada jam 3 pagi tu,bunyi-bunyian aneh kedengaran dari setiap pelusuk rumah sebelum satu angin kuat membadai rumah itu,aku semakin dalam tekanan untuk mengetahui berita tentang itu,aku nekad bergerak ke arah Abang Mad,aku mendapat berita mengenai kejadian semalam,katanya dia sedar apabila ayahku memanggil namanya dan dia segera bangun,tambahnya lagi dia bangun sebelum tragedi itu,kronologi mengenai tragedi tersebut diterangkan secara ringkas,aku diberitahu bahawa apabila dia hendak pergi memanggil Pak Lang Zaki,keadaan luar rumah adalah seperti biasa,tiada deruman angin kuat,selipar dilihat seperti sebelumnya,daun-daun pokok masih berada pejal di tempatnya,air embun di daun juga tidak menunjukkan sebarang tanda yang pelik.Sesampainya dia di rumah Pak Lang,dia mendapati bahawa Pak Lang sudahpun bangun sebelum pintu rumahnyya diketuk dan sudah tahu mengenai kejadian di rumahku kerana bunyi zink yang jatuh telah membangkitkan dia dari lena,dia telah melihat ditingkap rumahnya dan melihat satu kabus putih yang bergerak laju melintasi rumah itu,dia segera menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum terdengar bunyi ketukan pintu rumahnya.Benarlah bahawa zink yang baru itu ditukar sebaik sahaja kejadian itu dan pada pukul 3 pagi itu juga.




Apabila Pak Lang Zaki sampai dirumah itu,jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi,seperti biasa,dia duduk berhadapan ayahku sambil berbual kosong,ditemani dengan semua keluargaku,hanya segelintir sahaja yang tidur termasuk aku,Pak Lang Zaki telah melihat keadaan ayahku pada ketika itu,ayahku bercakap seperti biasa,Cuma mata kecilnya tidak kelihatan,dia seperti bercakap tanpa melihat,ayahku dibaringkan,matanya telah ditutup oleh Pak Lang Zaki,Pak Lang Zaki telah meminta sepiring minyak masak dan bawang putih untuk digaulkan,selepas semua alatan siap,Pak Lang Zaki menggunakan minyak bawang putih itu untuk disapu ke arah mata ayahku,selebih minyak itu disapu di dada dan diurut di sekitar perut ayahku,keadaan kembali pulih buat masa itu,jarum jam telah berganjak ke jam 6 tanpa mereka sedari,mereka kearah luar rumah di sekitar beranda selepas berbual di dalam rumah pada jam 7 pagi,seteko kopi telah dihidangkan,mereka terus berborak sehingga waktu aku bangkit dari tidur.Sekarang waktu sudah pukul 2 petang,aku yang sentiasa dengan komputer ribaku telah berada di buaian kayu di luar rumah sejak dari jam 12 tengahari tadi,menaip-menaip dan terus menaip,risau jika aku bakal melupakan perkara ini.Aku tercampak dari lamunanku apabila namaku dipanggil berkali-kali untuk makan tengahari,kari ayam,ikan pekasam goreng,kerabu perut,sambal belacan,petai dan sayur pucuk ubi membuatkan selera aku kembali mencanak,sudah lama benar aku tidak merasai keenakkan makanan kampung seperti ini,aku yakin bahawa tidak semua orang dapat menikmati hidangan seperti ini aku diberitahu bahawa hidangan seperti ini merupakan makanan kerabat diraja pada satu masa dahulu,aku sebenarnya sudah tidak mengerti dan tidak ambil peduli tentang semua itu,hidangan yang rigkas itu kalau tidak kena pada orangnya mungkin bakal menjadikan mereka loya atau mula,kerana bau petai dan ikan masin yang pekat serta kari yang likat itu,tetapi bagi budak kampung seperti aku,aku sudah biasa malah makanan ini kuanggapkan sudah terlalu mewah,kami bersantap dengan sangat selera sekali,banyak perkara yang diborakkan,riuh rendah rumah itu seperti pesta,gelak tawa mereka semua sebenarnya menyembunyikan semua kegusaran,aku faham bahawa semuanya adalah untuk mengurangkan tekanan masing-masing serta atas nasihat Pak Lang Zaki yang berpesan agar kami semua lebih ceria untuk memberi satu elemen positif kepada ayahku itu.
Diwaktu usia seperti aku ini,aku sudah melihat berbagai ragam manusia di sekelilingku,samada baik dan tidak baik,sebenarnya yang menjadi kunci kepada pandangan positif hanyalah satu iaitu sentiasa bersikap baik,pesanan ini aku dapat sendiri daripada Pak Lang Zaki”jangan cepat sangat hang ak nilai orang,orang ni ada macam-macam jenis,ada masalah depa sendiri,kalau hang tengok depa ni macam haru ja kalut ja,jangan la pi marah depa,kita tak tau kalau kot-kot depa ada masalah sendiri,hang kena pikiaq yang positif dah lah,kompom hang tenang hati” amanat ringkas yang berisi padat itu menerjah ke pangkal neuron otakku,dengan pantas menghantar isyarat kehati mengenai betapa benarnya penyataan itu tetapi tidak pernah difikirkan olehku,mungkin juga kita semua,kemuliaan seseorang itu tiidak dapat dilihat hanya dari sekujur tubuh sahaja.Selesai makan,kami semua bergotong royong menyiapkan dan membersihkan saki baki kotoran di lantai dan di pinggan,aku mengambil masa yang singkat itu untuk berjumpa dengan Pak Lang Zaki yang sedang dalam perjalanan kembali kerumahnya,sebenarnya aku kagum dengan lelaki ini,aku mahu belajar sesuatu darinya Cuma aku masih malu atau segan.Aku mempelawanya menaiki motor aku untuk kuhantarkan beliau kerumahnya tetapi ditolak dengan alasan rumahnya hanya berada di hadapan itu,memang benar rumahnya sudah tidak jauh Cuma aku sekadar ingin mengambil sel positif dari badannya seperti aura,selepas itu,aku mundar mandir di kawasan sawah dengan motorsikal milik Pak Ngah itu,sekali sekala terlihat anak muda bermain dikawasan sawah dengan girang sekali,sekali sekala juga terlihat ular tedung selar melintas dihadapanku untuk pergi kesawah,fikiranku beranalogi mengenai betapa beraninya anak muda bermain di dalam sawah yang penuh dengan ular kedua berbisa di dunia itu,tetapi itulah yang istimewanya antara golongan bandar dan pendalaman,banyak bezanya yang lebih bersifat positif.

Jumaat, 29 Mac 2013

bab 7,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



pak long,,,

      Dalam 3 hari pertama berada di Perlis aku sudahpun memperoleh sedikit ilmu dan kesedaran dari pengalamanku yang ingin aku kongsikan iaitu sejauh mana ilmu kita janganlah kita bangga kerana ada ilmu yang lebih luas dari ilmu kita,yang kedua ialah sabar,sabar adalah kunci kepada penyelesai masalah ,memang banyaklah ilmu yang aku nak kongsikan tapi akan berperingkat-peringkat akan aku terangkan kerana jauh lagi kisah ini akan berlarutan.Selama tiga hari ini banyak perkara yang berlaku seperti perkenalan antara aku dan Pak Lang Zaki, keadaan ayahku yang menunjukkan sedikit petanda positif dan pelbagai perkara mistik yang berlaku.Pada sebelah malam hari,kami semua berborak di kawasan beranda rumah di tepi sawah padi dan kawasan ladang tebu yang sangat mendamaikan,disitulah ilham aku untuk membukukan perjalanan kami, pada mulanya aku hanya ingin menjadikan catitan ini untuk tatapan ahli keluarga sebagai kenangan tetapi pada akhirnya aku rasa sesuai untuk aku tontonkan untuk tatapan semua orang.Nak dijadikan tajuk sembang kami sekeluarga pada malam itu ialah mengenai kereta yang kami bawa semasa perjalanan kesini sangat berat melampaui berat yang dibawa dan disebabkan itulah masa yang diambil untuk sampai sangat lama,Kereta Abang Mad mengalami banyak masalah yang paling besar pada masa itu tetapi perjalanan itu tetap diteruskan jua,Abang Mad menceritakan bahawa pada ketika itu penyerap hentakan tayar belakang beliau rosak sehingga merosakkan tayar,memang pelik apabila difikirkan semula tetapi itulah orang panggil pengalaman,tanpa kejadian seperti ini,kita tidak akan belajar secara bagaimana menghargai kehidupan,Adam ,lelaki kelahiran sri lanka yang beragama islam itu pula menceritakan bahawa kereta yang dipandu beliau tidak dapat beroperasi seperti biasa,walaupun Honda Stream itu baru sahaja dibeli tahun itu,aku bersyukur kepada Illahi kerana membawa pengalaman ini kepadaku.Malam itu,kami semua sekeluarga lelaki membawa ayahku pergi ke rumah guru Pak Lang Zaki ,menaiki kereta Adam iaitu suami kepada Kak Ani,antara yang ikut serta ialah aku,Abang Mad,Awang,Pak Ngah,Adam,dan Pak Lang Zaki.Apabila dikereta pula masih ada perkara mistik yang berlaku,ayahku menjadi penat dan memerlukan bantuan alat pernafasan yang diberi oleh hospital iaitu Breath Inhaler,walaupun diberi ubat itu,ayahku masih tidak kembali normal,Pak Lang Zaki yang hanya tersenyum berkata tiba-tiba “hampa tok sah risau la,kita teruskan perjalanan ja”,kami pun teruskan perjalanan walaupun masih risau dengan keadaan ayahku pada waktu itu,perjalanan yang hanya mengambil masa sepuluh minit itu membawa kami ke satu kampung petani,dikelilingi sawah padi dan rumah-rumah papan yang tinggi-tinggi,damai sungguh keadaannya,Pak Lang Zaki mengarahkan Adam membelokkan kereta Honda Streamnya ke kanan untuk memasuki kawasan rumah Pak Long,rumah batu yang besar berwarna putih itu berada di tengah-tengah sawah padi itu mengagumkan benak fikiranku,jalan untuk memasuki kawasan rumahnya boleh dikatakan jauh juga kerana mengambil masa lima minit untuk ke perkarangan rumah kerana jalannya bukan tar tetapi batu kerikil yang sangat licin.Sesampainya kami disitu,keadaan ayahku kembali pulih seperti sediakala,hairan sungguh kami semua melihat keadaan itu.


      ”Assalamualaikum,Assalamualaikum”,Abang Mad memberi salam sebelum lampu depan terbuka dan salam disahut”Waalaikummussalam”,lalu pintu terbuka.”Masuklah’,pelawa Pak Long mengajak kami masuk ke rumah beliau.Wah!rumahnya sungguh cantik dengan dekorasi yang sederhana,radio lama terpampang segar diatas televisyen lame sambil didinding tersusun rapi bermacam-macam cakera padat filem Allahyarham P.Ramlee,syiling rumah yang bercirikan itali dan susunan pasu dan bunga hiasan amat menyegarkan minda,kami semua dihidangkan dengan air kopi dan bermacam-macam kuih muih,maklumlah sekarang masih bulan syawal atau raya,ketupat dan lemang juga dihidangkan bersama rendang daging.Pak Lang Zaki memulakan bicara mengenai ayahku itu “macam ni lah Pak Long,kami mai ni dengan hajat,nak mintak tolong pak long perati-peratikan sakit mertuanya Cik Usup nie”,dengan sopan santunnya Pak Lang Zaki memulakan bicara,”laaa,buleh aih,Pak Long nak cakap dulu noh,Pak Long bukan bomoh ka,dukun ka,Pak Long ni orang biasa ja noh”.Kami semua mengerti akan pertuturan Pak Long yang tidak ingin dikenali sebagai bomoh atau dukun itu kerana dia tidak suka dipanggil begitu,kami disuruh bersantap dahulu sebelum berbual,rendang daging itu memang sedap,”Pak Long duduk sorang ka kat sini?” tanya Abang Mad,”iya lah,anak-anak semua dah pi belajaq jauh-jauh,bini pon dah tak ada”,”ni sapa masak semua ni?”,”Pak Long la,ari tu Zaki mai tolong buat lemang ngan ketupat,awat,tak sedap ka?”,”ni lebih daripada sedap dah nie Pak Long” perbualan antara abangku dengan Pak Long membuka mataku,terkedu aku apabila mendengar masakan dan kuih muih ini semuanya dimasak oleh tangan Pak Long kerana kualiti makanannya lebih hebat dari semua makanan yang pernah aku rasai sebelum ini.


         Selesai kami bersantap,kami terus memulakan bicara mengenai penyakit ayahku itu,Pak Long sebenarnya sudah mengerti mengenai penyakit halus ayahku itu dan memberitahu bahawa dia sudah nampak makhluk halus itu keluar dari kereta sebelum kami membelok untuk memasuki rumahnya,wah!beranalogi fikiranku memutarkan butir-butir percakapan yang sememangnya tidak tercapai dek naluri dan pancaindera kita sebagai manusia biasa tetapi siapalah kita untuk mempersoalkan kebesaran kuasa pencipta alam kita ini,Pak long menanya kami semua selepas itu”ayah hampa nie tadi dia semput kan?epas masuk ja rumah ni dia lega kan?”spontan sahaja pertuturan itu dilafazkan,”ya ya ya,betoi betoi betoi”kami menjawab serentak,ternyata,kebolehan seperti inilah yang dipanggil deria keenam@sixth sense yang dikurniakan hanya kepada sesetengah orang,aku kaku membisu kerana aku hanya ditugaskan untuk membantu ayah aku pada ketika itu,perbualan semakin rancak selepas itu “awat semalam hampa berenti masa dalam perjalanan?hampa berenti kat ipoh kan?”tanya pak Long,”anak-anak lapaq sangat masa tu”,”patotnya hampa tok sah berenti,bawak bekai dari rumah ja,bila hampa berenti,menda tu hampa tau tak dia dok kejaq hampa,hampa berenti lagi cepat la dia sampai kat hampa”perbualan antara a.mad dan pak Long itu sangat rancak kedengaran,berbaur teguran dan nasihat.”la nie la,hampa pi balik,bagi pak hampa minum ayaq ni,tengok dia macamana,kalau tak lega jugak hampa pi panggil zaki ni mai tengok noh”pak Long memberhentikan bicara mengenai bicara itu,kami sekadar mengangguk faham,sejurus sahaja pak Long berkata sedemikian,beliau terus beredar meninggalkan kami lalu masuk ke satu bilik,selepas beberapa detik,kami melihat satu botol air mineral telah berada di tangannya,barulah aku tahu bahawa Pak Long ke dapur untuk mengambil botol itu.Tiba-tiba aku dipanggil dan disuruh membuka penutup botol itu,aku fikirkan bahawa aku hanya watak sampingan yang harus membisu,tetapi akhirnya bisa mencuri perhatian Pak Long,dengan pantas aku membuka penutup botol itu lalu memberikan kepada pak long semula,beberapa potong ayat suci dilafaz dan dihembus kearah botol air mineral itu dan ditutup semula,aq mencapai botol itu dan menyimpannya “ayaq ni hampa jangan langkah,jangan bagi sapa-sapo pon minu  kecuali bappak hampa ni noh”,kami mengiakan sahaja amanat pak long itu,selepas itu,kami menghabiskan saki baki makanan raya yang diperhidangkan kepada kami itu.Kami pulang sejurus selesai semua urusan disitu,keadaan ketika pulang sangat tenang,tidak ada satu masalah pun yang menimpa kami semua,kami tiba di rumah agak lewat,semua ahli keluarga sudah lena dibuai mimpi.Aku segera mencari satu sudut yang sesuai untuk merebahkan badan yang penat ini,tidak sampai lima minit,aku sudah lena didalam mimpiku sendiri.Pagi itu aku sekitar jam 3 pagi aku terdengar bunyi yang riuh rendah di sekitarku,aku berusaha membuka kelopak mataku tetapi gagal kerana aku sangat mengantuk,aku teruskan tidurku semula,sebangunnya aku pada pagi yang cerah itu barulah aku mendapat khabar berita mengenai kejadian riuh rendah pada malam itu….

Khamis, 28 Mac 2013

bab 6,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



destinasi tercapai

Perjalanan yang benar-benar menguji pemandu baru seperti aku akhirnya tiba ke destinasi yang dituju selama 12 jam itu,jam 3.15 pagi kami tiba di perkarangan rumah keluarga mertua Abang Mad walaupun sudah lewat kami tiba, tetapi keluarga mertua Abang Mad ini masih mesra melayan kedatangan kami,Malaysia memang terkenal dengan rakyat yang berbudi bahasa dan peramah.Kami dihidangkan dengan air kopi panas buatan asli dari Perlis,memang sangat sedap kopi yang dihidangkan ini.Ayahku masih sakit pada waktu itu,abang iparku Awang harus dipapah untuk memasuki rumah kerana beliau sudah tidak bermaya lagi.Pak Ngah@ayah mertua Abang Mad juga mempunyai sedikit ilmu yang boleh membantu menahan sakit ayah aku pada waktu itu,lalu dengan pantas Pak Ngah mencapai ayahku dan memegang anggota tubuhnya untuk memeriksa keadaan ayahku ketika itu,memang benar apa yang bermain di fikiranku,ayahku masih membawa makhluk halus itu kemari selepas kenyataan yang diberitahu oleh Pak Ngah.Abang iparku Awang berjaya disedarkan selepas meminum air bacaan ayat Al-Quran yang dibaca oleh Pak Ngah lalu disuruh berehat secukupnya kerana badan abang iparku itu baru sahaja dimasuki makhluk halus dan makhluk halus itu telah menggunakan tenaga abangku itu sepenuhnya,pada malam itu ayahku bisa tidur,kami semua yang kepenatan itu juga tidur dengan tenang.




Aq tidak sedar pukul berapa aku terbangun pada hari itu,yang aku sedar selepas aku membasuh muka,aku lihat jam sudahpun pukul 12,keluargaku yang lain sudah bangun dan melakukan aktiviti seperti memasak,berborak dan macam-macam lagi. “aih dikwang,orang dah siap mandi nak makan tengah hari hang baru nak pi sarapan” sapa Mak Ngah@mak mertua Abang Mad yang sangat mesra dengan aku,”hahaha,letih Mak Ngah aih”,jawabku dengan muka yang tersenyum manja.Disudut tepi beranda kelihatan Abang Mad,Awang,Ayahku dan Pak Ngah sedang berborak,rancak sungguh mereka berborak sehingga tidak kedengaran bunyi bunyian burung berkicau,aku pergi mendapatkan mereka dengan perasaan ingin tahu yang menebal.Rupa-rupanya mereka sedang berborak mengenai rawatan susulan untuk ayahku di satu kawasan yang berhampiran dengan situ,pada tengahari itu,keadaan ayahku berulang semula,beliau meracau dan bertindak tidak tentu arah,kami semua menjauhkan Awang dari situasi itu. Pak Ngah bingkas memanggil seorang rakannya yang hanya bersebelahan dengan rumah Pak Ngah yang bernama Pak Lang Zaki,orangnya muda,berkulit putih dan sempoi,setiap tutur katanya mempersonakan,tidak pernah aku berjumpa dengan orang seperti ini kerana setiap perbualannya menjadikan minda kita berfikir mengenai keunggulan Allah SWT,dia tidak gementar dan cemas dengan segala yang berlaku,dia mengambil segenggam beras bersama lada hitam dan bawang putih lalu digaulkan bersama dan ditumbuk,mulutnya yang berkumat-kamit entah membaca apa terus aku perhatikan dengan teliti,selepas beberapa ketika,bahagian kaki ayahku disapu dengan bahan yang ditumbuk sebentar tadi lalu satu respon positif diterima,ayahku boleh berkomunikasi seperti manusia normal semula tetapi menurut cerita Pak Lang Zaki,ayahku ini tidak akan berada dalam keadaan begini lama kerana dia sangat lemah,dia mengesyorkan untuk membawa ayahku pergi ke rumah gurunya iaitu Pak Long di kawasan dekat dengan Pekan Kangar,gurunya itu pernah menjadi Mufti di Perlis dan diceritakan mempunyai sedikit kelebihan kurniaan Allah.Terfikir aku bagaimana dia menjadi insan yang sebegini,rupa-rupanya gurunya bukan calang-calang orang.

bab 5,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



Perjalanan jauh terpaksa kuredahi..

Suasana dingin dan angin sepoi-sepoi bahasa mengalu-alukan kami untuk bergerak pada pagi itu,jam di papan pemuka kereta menunjukkan bahawa sudah pukul dua setengah petang dan sepatutnya cuaca sudah mulai panas tetapi hari itu bahang kepanasan tidak dirasai langsung,aku menaiki kereta yang berada di tengah antara tiga kereta itu bersama dengan kakakku iaitu Kak Yam dan suaminya iaitu Awang,aku bertindak sebagai pemandu kedua sekiranya berlaku kecemasan yang tidak diingini,kereta pertama merupakan kereta Abang Mad yang bertindak sebagai juru arah kerana dia sudah biasa dengan jalan yang bakal dilalui kerana rumahnya terletak di Taiping dan dia sudah biasa dengan selok belok jalan menuju ke Perlis,kereta itu dinaiki oleh Abang Mad bersama Isterinya iaitu Kak Siti serta ayah,mak tiriku dan anaknya,kereta yang berada di belakang sekali pula ialah kereta Kak Ani dan anak-anak kecil yang lain berserta Kak Lin.Kami semua merasakan perjalanan itu akan lancar seperti yang kita semua inginkan.Setiap kereta diarahkan oleh abangku untuk memasang ayat-ayat suci kedalam pemain audio di dalam kereta masing-masing agar bole dijadikan pendinding kepada kami semua.

Malang tidak berbau,jiwaku yang sedang serabut memikirkan bermacam perkara ini tiba-tiba disampuk satu fikiran yang sentiasa bermain di jiwa dan otak,perkara yang aku fikirkan itu tidak lain tidak bukan berkenaan dengan kata-kata ustaz azhar yang datang kerumah kami pada 2 hari yang lalu iaitu “benda ni nak hapuskan satu keluarga korang”,perkara itu seolah-olah bermonolog bersendirian mengatakan perkara-perkara yang negatif yang aku sendiri tidak menginginkannya,selama sejam perjalanan aku masih lagi sukar untuk melelapkan mata biarpun mata ku sudah tidak larat lagi untuk menanggung bebanan yang sebegini berat tetapi entah kenapa aku masih pelik memikirkan keadaan diriku ini.Mulut kami tidak putus membaca ayat-ayat suci Al Quran kerana bimbang perkara yang berlaku berulang semula.Aku tiba-tiba tersentak dari tidurku seakan-akan ada sesuatu yang menyergahku dari pelbagai arah,mata kiri dan kanan seolah-olah telah dipanah satu halilintar yang menggelapkan seluruh pandangan,mulut yang sentiasa mengucapkan ayat-ayat suci sebentar tadi dikunci dengan seketat-ketatnya,aku seakan-akan ingin menjerit sekuat-kuatnya tetapi terhalang,pandanganku tiba-tiba tertumpu kearah satu benda yang entah datang dari mana tetapi masih samar kerana aku baru sahaja bangun dan masih dalam keadaan mamai,bau wangi yang sangat kuat dan percikan air hujan seolah olah membuatkan aku berasa sangat sejuk sehingga berlapis-lapis pakaian yang aku pakai dapat ditembusi angin sejuk itu,lembaga yang sedang merangkak di bahu jalan itu seakan akan satu binatang yang tidak pernah dikelaskan di dalam sebarang buku atau inskripsi di dunia ini,tubuhku menggeletar dan kejang seketika,peluh-peluh mula membasasi badanku,ingin sahaja aku lari dari keadaan ini tetapi tidak terdaya,tubuhku dikunci serta merta seakan-akan seorang manusia yang diletakkan di dalam satu bongkah kecil yang hanya muat-muat tubuhku sahaja,papp!! Terperanjat aku ketika tubuhku dikejutkan dengan satu terjahan yang sangat kuat itu,rupa-rupanya aku tertidur dan bermimpi ngeri sahaja,aku segera menyegarkan diriku dengan menghirup kopi panas yang berada di sebelah tempat dudukku itu,tanpa kusedari aku sudah berada di kawasan Genting Highland dan sudah hampir mahu senja,kereta yang sangat berat itu perlahan-perlahan mendaki bukit yang tinggi itu,ketiga-tiga kereta kami perlahan-lahan mendaki bukit itu tanpa banyak merungut.
Lapar betul rasanya perut ini tetapi aku hanya mendiamkan diri sahaja kerana tidak ingin mengganggu fokus abang iparku yang sedang memandu,kakakku juga sedang lena diulit mimpi,kami semua terlalu penat kerana memori di kampung yang terlalu perit itu.Abang Mad memberi isyarat kekanan untuk masuk ke kawasan rehat Genting Sempah,mungkin naluri hati abangku itu faham akan keinginan perut kami ini yang sudah lapar.Kami memberhentikan kenderaan masing-masing rapat agar mudah untuk berkomunikasi antara kami,ayahku sudah boleh berjalan ketika itu,kami semua berjalan menuju ke bahagian atas untuk mengisi selera kami semua.Wah,berselera sungguh kami semua ketika itu,selepas beberapa minit kami menjamu selera kami semua meneruskan semula perjalanan untuk segera sampai ke destinasi kami di Titi Tinggi,Perlis.Memang benar kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik dan disebabkan itulah aku menganggap semua perkara yang aku lalui ini adalah satu pengalaman yang boleh mengajar aku di masa hadapan untuk menjadi seorang modal insan yang berguna,biarpun bukan untuk negara tetapi sekurang-kurangnya cukup untuk membantu sesiapa yang berada di dalam kesusahan di masa hadapan.


Isi perut,isi minyak,isi angin tayar dan segalanya kami isi untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh itu.Walaupun kurasa sudah dekat dua jam berada di atas kenderaan,tetapi kami masih lagi di dalam negeri Pahang dan masih perlu melalui beberapa buah negeri.Kami sekarang sudah sampai di Genting Highlands dan menuju ke Batang Kali untuk keluar dari negeri Pahang menuju ke Hulu Selangor.Suasana yang sejuk itu membuatkan fikiranku melayang-layang,keadaan berkabus di atas bukit yang diselubungi pokok-pokok yang sudah tua serta penampakan akar-akar rotan yang melilit pokok-pokok berlumba-lumba mendapatkan pancaran matahari sangat menenangkan minda.melalui jalan itu membuatkan hatiku berbicara sendirian”alangkah besar kuasa tuhan”.Masa seakan-akan mencemburui kami,dalam sedar tidak sedar kami sudahpun hampir dengan Hulu Selangor,dan sudahpun masuk pukul tujuh petang.mengikut perancangan kami,kami akan tiba di destinasi padam jam 12.00 malam itu jika tiada aral melintang.Melepasi Hulu Selangor tepat jam 7.30 malam dan ini menunjukkan bahawa kami sudah melalui separuh perjalanan,penat sungguh perjalanan ini,tidak ada hentinya.Satu persatu kampung,desa pekan,bandar kami lalui demi satu impian dan satu tujuan iaitu untuk menyembuhkan penyakit ayahku yang sangat kritikal itu.Kami melalui Kampung Air Panas untuk terus menuju ke pekan Kerling,disitu kami semua berhenti sebentar untuk melepaskan penat lelah dengan membasuh muka di kawasan yang ditepinya terdapat satu aliran air panas yang membuatkan kami semua terpegun dengan alam indah ciptaan tuhan yang sangat menakjubkan,kampung yang damai itu sangat menyegarkan.Perjalanan diteruskan melalui Kerling menuju ke Tanjung Malim bermakna kami semua telah melalui sempadan antara Selangor dan Perak,ini bermakna kami telah melalui 3 buah negeri iaitu negeri Pahang,Selangor,Perak dan terdapat 3 buah negeri lagi kami harus tuju sebelum tiba ke destinasi.


Melalui Slim River,melepasi Trolak,melintasi pekan Bidor,Tapah dan Gopeng,akhirnya kami sampai ke Bandar Ipoh,jam menunjukkan pukul 10 tengah malam,kami melilau dibandar itu seketika untuk mencari bahan makanan untuk santapan makan malam kami malam itu tetapi lain pula yang berlaku,di dalam kereta yang dinaiki aku terdapat satu peristiwa yang pelik lagi berlaku,secara tiba-tiba abang iparku yang memandu berasa lain macam dan beliau menceritakan kepada kami,beliau menyuruh aku menyentuh telinga kirinya “panasnya telinga abang” tergamam aku apabila memegang telinga kirinya,”cuba pegang belah kanan pula “eh,sejuk pulak”,abangku memberhentikan kenderaan ke bahu jalan,beliau menyuruhku memanggil abang-abangku kerana dia berasa sudah tidak tahan lagi katanya.Abang Mad dan abangku yang lain tiba,keadaan sudah kacau bilau pada masa itu abang iparku pada masa sudah tidak berdaya kerana dimasuki syaitan,memang benar cakap ustaz itu “badan hang lemah dan kurang pendinding amal ibadat senang untuk dimasuki anasir jahat”,minyak yang dibuat sebelum kami bergerak tadi digunakan untuk menyapu semua sendi-sendi di tubuh abang iparku itu,keadaan sudah kembali normal selepas beberapa minit,nyata kuasa Allah tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya.Abang iparku itu sudah tidak berdaya dan hanya baring di tempat duduk belakang,aku yang bertindak sebagai pemandu kedua memulakan tugas dengan memandu kereta itu menuju ke destinasi yang kami semua tuju.Selepas membeli sedikit makanan di kawasan Ipoh,kami semua tetap bersemangat dan sabar dengan ujian Allah ini dan meneruskan perjalanan.Jam ditangan kiriku menunjukkan pukul 11 tengah malam,nyata masa perjalanan yang kami rancang sudah lari,berbagai perkara yang pelik terjadi seperti perjalanan yang bersangkut-sangkut,kereta mengalami berat melampau sehingga menyebabkan kelajuan kereta menurun tiba-tiba,semua ini mungkin angkara syaitan durjana yang tidak serik-serik menyesatkan anak cucu Adam.Tidak mahu berhenti lama di Ipoh,abangku mengemudi kami menuju ke arah susur keluar ke lebuhraya utara-selatan yang dirasakan bakal melajukan perjalanan kami ke perlis,aku yang bertindak sebagai pemandu juga tidak boleh lari dari keadaan itu dan terus mengikut kereta di hadapan menuju ke arah lebuhraya utara-selatan itu.


Perjalanan itu menguji kemahiran pemanduanku,jalannya yang penuh dengan simpang-siur dan berbukit bukau ditambah dengan jarak penglihatan yang kurang kerana waktu malam dan hati yang berdebar sangat mencabar,mahu tidak mahu aku harus teruskan perjalanan agar kami semua tiba ke destinasi seperti yang kami semua impikan.Melalui kawasan yang hanya dikelilingi kawasan hutan itu sangat menyeramkan dan membuatkan banyak perkara yang tidak patut difikir bermain difikiran.Kami melalui di bahagian tepi Kuala Kangsar dan terus menuju ke daerah Changkat Jering serta Bagan Serai,kami semua masih bermain di negeri Perak dan akan melepasi sempadan antara Pulau pinang dan Perak tidak kurang dari 20 kilometer lagi,ini bermakna kami sudah melalui 4 negeri di Malaysia.Melepasi Pulau Pinang,kami semua tidak memasuki kawasan bandar kerana walaupun pada masa itu,kawasan bandar masih sesak dengan ragam manusia yang tidak puas dengan hiburan,negeri pembangkang itu kelihatan sangat meriah dan maju dalam pelbagai aspek,samada pelancongan mahupun ekonomi.”Ah,persetankan ke bandar itu,apa yang dituju masih jauh” bicaraku sendirian di dalam kereta itu dengan kakakku sudah tertidur di sebelah dan abang iparku yang terbaring di belakang,kelihatan lampu-lampu jambatan Pulau Pinang di kawasan Butterworth itu,ada terdetik dihati untuk pergi kesana buat kali kedua kerana keadaan di sana sangat seronok,kali pertama pergi melepasi jambatan Pulau Pinang itu ialah sewaktu pertandingan nasyid peringkat kebangsaan yang aku sertai pada tahun lepas.Perjalanan masih jauh dan aku yakin hanya pemandu-pemandu sahaja yang masih terjaga pada waktu itu dan yang lain sudah tidur didalam kereta masing-masing,iba-tiba aku terdengar suara dari tempat duduk belakang kereta perodua viva itu “ramainya member aku kat rumah”,seakan-akan ombak besar berada di hadapan mata,keadaan yang senyap sunyi itu tiba-tiba terdengar suara seperti abang iparku itu membuatkan aku ketakutan,seakan-akan bukan beliau yang mengungkapkan kata-kata itu dan sudah tidak perlu diterangkan lagi betapa takutnya perasaan aku ketika itu,hanya Allah dan Rasul menjadi sandaran pada masa itu,aku terus-terusan membaca ayat-ayat suci Al-Quran agar tenang hati ini walaupun badan aku sudah menggigil pada ketika itu.Melalui kawasan kelahiran mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu di Kepala Batas keadaan kembali normal seperti sebelumnya,senyap sunyi sahaja dan hanya terdengar deruman enjin kereta dan alunan ayat suci Al-Quran di pembesar suara radio kereta.


Tanpa disedari kami sudah berada di sempadan negeri antara Pulau Pinang dan Kedah,dan hampir dengan kawasan Sungai Petani.Kereta abang Mad berhenti di perhentin rehat dan rawat Sungai petani,mungkin untuk membuang air atau mengisi minyak,aku mengambil keputusan untuk pergi ke tandas dan membuang air kecil,lalu membeli apa-apa yang boleh menghilangkan rasa mengantuk aku ketika memandu nanti,aku membeli air red bull dan sedikit asam.Abang Mad sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan perhentian itu untuk meneruskan perjalanan ke kawasan Gurun.Setibanya kami di Gurun,kami mengambil susur kanan ke Alor Setar dan tidak mengikut susur kiri untuk berpatah balik ke Gerik,perjalanan diteruskan melalui Pendang ke Alor Setar untuk keluar dari kawasan negeri Kedah menuju ke Perlis.Selepas melalui kawasan Alor Setar,kami menuju pula ke kawasan Jitra,jam di papan pemuka kereta dan di tangan menunjukkan jam 1.30 pagi dan ini menunjukkan sudah hari raya Aidilfitri kedua dan membuktikan bahawa hari raya Aidilfitri pertama kami hanya dihabiskan di atas kenderaan.Sesampainya di Jitra kami mengambil keputusan keluar dari kawasan lebuhraya dan mengambil jalan biasa,melepasi tol,kami mengikut arah kereta Abang Mad menuju ke kawasan Changloon yang sinonim dengan panggilan pekan gula kerana disitulah kawasan tanaman tebu gula besar-besaran yang diusahakan seorang usahawan China.Di changloon,keadaan sungguh dingin dan menenangkan kerana di kawasan tepi-tepinya hanyalah tanaman tebu gula,setibanya di satu bulatan kami mengambil susur kiri menuju ke arah Kangar,sejak dari Jitra sebentar tadi sebenarnya kita sudah melepasi negeri Kedah menuju ke Perlis,mata memang sudah kalah ketika ini tetapi memikirkan destinasi yang dituju sudah sangat hampir walaupun masih berbaki 50 kilometer lagi.Dalam 10 kilometer,kami semua memasuki simpang ke kanan untuk pergi ke kawasan Chuping kerana tidak mahu memasuki bandar Kangar yang peenuh dengan lampu isyarat yang dirasakan mampu menjejaskan masa kami untuk segera sampai ke destinasi iaitu di simpang Kampung Ulu Pauh.

Melalui Felda Chuping dan Kampung Batu Tiga,kami sampai di persimpangan Pekan Chuping,di simpang itu kami mengambil susur kiri dan sampai di persimpangan seterusnya kami ambil susur kanan untuk menuju ke kawasan Empangan Timah Tasoh,tetapi masih banyak simpang yang kami perlu lalui,keadaan pada waktu itu memang tidak perlu dikatakan lagi kerana kami semua yang sudah tidak tidur selama beberapa hari dan kurang rehat serta melalui perjalanan yang sangat jauh ini sangat letih dan tidak bermaya,jam tepat menunjukkan jam 2.45,ramalan kami untuk sampai pada jam 12 meleset sama sekali,perjalanan bertambah selama 3 jam dari masa sebenar dan mungkin akan bertambah lagi.Tidak sampai 10 kilometer kami mengambil simpang ke kiri dan terus sampai ke Empangan Timah Tasoh yang hanya 3 atau 4 kilommeter sahaja lagi melalui Kampung Padang Malau,di persimpangan Kampung Padang Malau kami mengambil susur kanan dan destinasi yang kami tuju hanya berbaki 10 kilometer sahaja lagi dan kami semua sudah tidak sabar untuk segera sampai ke destinasi,jalan yang mencabar menyebabkan kami semua pemandu kurang mengantuk kerana harus fokus kepada jalan yang sangat rumit itu,untuk sampai ke destinasi kami masih perlu melalui satu simpang tiga terakhir dan akhirnya kami tiba di simpang tiga itu dan mengambil ke kanan mengikut arah papan tanda menuju ke kawasan Padang Besar.