assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog yang tidak sebebrapa ini,,diharap semua pengunjung dapat menilai dan memberi pandangan bagi setiap entry saya kerana saya masih banyak kurangnya,setiap pandangan akan mengajar saya menjadi yang lebih sempurna dimasa hadapan,sekian terima kasih,enjoy...

Khamis, 28 Mac 2013

bab 5,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



Perjalanan jauh terpaksa kuredahi..

Suasana dingin dan angin sepoi-sepoi bahasa mengalu-alukan kami untuk bergerak pada pagi itu,jam di papan pemuka kereta menunjukkan bahawa sudah pukul dua setengah petang dan sepatutnya cuaca sudah mulai panas tetapi hari itu bahang kepanasan tidak dirasai langsung,aku menaiki kereta yang berada di tengah antara tiga kereta itu bersama dengan kakakku iaitu Kak Yam dan suaminya iaitu Awang,aku bertindak sebagai pemandu kedua sekiranya berlaku kecemasan yang tidak diingini,kereta pertama merupakan kereta Abang Mad yang bertindak sebagai juru arah kerana dia sudah biasa dengan jalan yang bakal dilalui kerana rumahnya terletak di Taiping dan dia sudah biasa dengan selok belok jalan menuju ke Perlis,kereta itu dinaiki oleh Abang Mad bersama Isterinya iaitu Kak Siti serta ayah,mak tiriku dan anaknya,kereta yang berada di belakang sekali pula ialah kereta Kak Ani dan anak-anak kecil yang lain berserta Kak Lin.Kami semua merasakan perjalanan itu akan lancar seperti yang kita semua inginkan.Setiap kereta diarahkan oleh abangku untuk memasang ayat-ayat suci kedalam pemain audio di dalam kereta masing-masing agar bole dijadikan pendinding kepada kami semua.

Malang tidak berbau,jiwaku yang sedang serabut memikirkan bermacam perkara ini tiba-tiba disampuk satu fikiran yang sentiasa bermain di jiwa dan otak,perkara yang aku fikirkan itu tidak lain tidak bukan berkenaan dengan kata-kata ustaz azhar yang datang kerumah kami pada 2 hari yang lalu iaitu “benda ni nak hapuskan satu keluarga korang”,perkara itu seolah-olah bermonolog bersendirian mengatakan perkara-perkara yang negatif yang aku sendiri tidak menginginkannya,selama sejam perjalanan aku masih lagi sukar untuk melelapkan mata biarpun mata ku sudah tidak larat lagi untuk menanggung bebanan yang sebegini berat tetapi entah kenapa aku masih pelik memikirkan keadaan diriku ini.Mulut kami tidak putus membaca ayat-ayat suci Al Quran kerana bimbang perkara yang berlaku berulang semula.Aku tiba-tiba tersentak dari tidurku seakan-akan ada sesuatu yang menyergahku dari pelbagai arah,mata kiri dan kanan seolah-olah telah dipanah satu halilintar yang menggelapkan seluruh pandangan,mulut yang sentiasa mengucapkan ayat-ayat suci sebentar tadi dikunci dengan seketat-ketatnya,aku seakan-akan ingin menjerit sekuat-kuatnya tetapi terhalang,pandanganku tiba-tiba tertumpu kearah satu benda yang entah datang dari mana tetapi masih samar kerana aku baru sahaja bangun dan masih dalam keadaan mamai,bau wangi yang sangat kuat dan percikan air hujan seolah olah membuatkan aku berasa sangat sejuk sehingga berlapis-lapis pakaian yang aku pakai dapat ditembusi angin sejuk itu,lembaga yang sedang merangkak di bahu jalan itu seakan akan satu binatang yang tidak pernah dikelaskan di dalam sebarang buku atau inskripsi di dunia ini,tubuhku menggeletar dan kejang seketika,peluh-peluh mula membasasi badanku,ingin sahaja aku lari dari keadaan ini tetapi tidak terdaya,tubuhku dikunci serta merta seakan-akan seorang manusia yang diletakkan di dalam satu bongkah kecil yang hanya muat-muat tubuhku sahaja,papp!! Terperanjat aku ketika tubuhku dikejutkan dengan satu terjahan yang sangat kuat itu,rupa-rupanya aku tertidur dan bermimpi ngeri sahaja,aku segera menyegarkan diriku dengan menghirup kopi panas yang berada di sebelah tempat dudukku itu,tanpa kusedari aku sudah berada di kawasan Genting Highland dan sudah hampir mahu senja,kereta yang sangat berat itu perlahan-perlahan mendaki bukit yang tinggi itu,ketiga-tiga kereta kami perlahan-lahan mendaki bukit itu tanpa banyak merungut.
Lapar betul rasanya perut ini tetapi aku hanya mendiamkan diri sahaja kerana tidak ingin mengganggu fokus abang iparku yang sedang memandu,kakakku juga sedang lena diulit mimpi,kami semua terlalu penat kerana memori di kampung yang terlalu perit itu.Abang Mad memberi isyarat kekanan untuk masuk ke kawasan rehat Genting Sempah,mungkin naluri hati abangku itu faham akan keinginan perut kami ini yang sudah lapar.Kami memberhentikan kenderaan masing-masing rapat agar mudah untuk berkomunikasi antara kami,ayahku sudah boleh berjalan ketika itu,kami semua berjalan menuju ke bahagian atas untuk mengisi selera kami semua.Wah,berselera sungguh kami semua ketika itu,selepas beberapa minit kami menjamu selera kami semua meneruskan semula perjalanan untuk segera sampai ke destinasi kami di Titi Tinggi,Perlis.Memang benar kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik dan disebabkan itulah aku menganggap semua perkara yang aku lalui ini adalah satu pengalaman yang boleh mengajar aku di masa hadapan untuk menjadi seorang modal insan yang berguna,biarpun bukan untuk negara tetapi sekurang-kurangnya cukup untuk membantu sesiapa yang berada di dalam kesusahan di masa hadapan.


Isi perut,isi minyak,isi angin tayar dan segalanya kami isi untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh itu.Walaupun kurasa sudah dekat dua jam berada di atas kenderaan,tetapi kami masih lagi di dalam negeri Pahang dan masih perlu melalui beberapa buah negeri.Kami sekarang sudah sampai di Genting Highlands dan menuju ke Batang Kali untuk keluar dari negeri Pahang menuju ke Hulu Selangor.Suasana yang sejuk itu membuatkan fikiranku melayang-layang,keadaan berkabus di atas bukit yang diselubungi pokok-pokok yang sudah tua serta penampakan akar-akar rotan yang melilit pokok-pokok berlumba-lumba mendapatkan pancaran matahari sangat menenangkan minda.melalui jalan itu membuatkan hatiku berbicara sendirian”alangkah besar kuasa tuhan”.Masa seakan-akan mencemburui kami,dalam sedar tidak sedar kami sudahpun hampir dengan Hulu Selangor,dan sudahpun masuk pukul tujuh petang.mengikut perancangan kami,kami akan tiba di destinasi padam jam 12.00 malam itu jika tiada aral melintang.Melepasi Hulu Selangor tepat jam 7.30 malam dan ini menunjukkan bahawa kami sudah melalui separuh perjalanan,penat sungguh perjalanan ini,tidak ada hentinya.Satu persatu kampung,desa pekan,bandar kami lalui demi satu impian dan satu tujuan iaitu untuk menyembuhkan penyakit ayahku yang sangat kritikal itu.Kami melalui Kampung Air Panas untuk terus menuju ke pekan Kerling,disitu kami semua berhenti sebentar untuk melepaskan penat lelah dengan membasuh muka di kawasan yang ditepinya terdapat satu aliran air panas yang membuatkan kami semua terpegun dengan alam indah ciptaan tuhan yang sangat menakjubkan,kampung yang damai itu sangat menyegarkan.Perjalanan diteruskan melalui Kerling menuju ke Tanjung Malim bermakna kami semua telah melalui sempadan antara Selangor dan Perak,ini bermakna kami telah melalui 3 buah negeri iaitu negeri Pahang,Selangor,Perak dan terdapat 3 buah negeri lagi kami harus tuju sebelum tiba ke destinasi.


Melalui Slim River,melepasi Trolak,melintasi pekan Bidor,Tapah dan Gopeng,akhirnya kami sampai ke Bandar Ipoh,jam menunjukkan pukul 10 tengah malam,kami melilau dibandar itu seketika untuk mencari bahan makanan untuk santapan makan malam kami malam itu tetapi lain pula yang berlaku,di dalam kereta yang dinaiki aku terdapat satu peristiwa yang pelik lagi berlaku,secara tiba-tiba abang iparku yang memandu berasa lain macam dan beliau menceritakan kepada kami,beliau menyuruh aku menyentuh telinga kirinya “panasnya telinga abang” tergamam aku apabila memegang telinga kirinya,”cuba pegang belah kanan pula “eh,sejuk pulak”,abangku memberhentikan kenderaan ke bahu jalan,beliau menyuruhku memanggil abang-abangku kerana dia berasa sudah tidak tahan lagi katanya.Abang Mad dan abangku yang lain tiba,keadaan sudah kacau bilau pada masa itu abang iparku pada masa sudah tidak berdaya kerana dimasuki syaitan,memang benar cakap ustaz itu “badan hang lemah dan kurang pendinding amal ibadat senang untuk dimasuki anasir jahat”,minyak yang dibuat sebelum kami bergerak tadi digunakan untuk menyapu semua sendi-sendi di tubuh abang iparku itu,keadaan sudah kembali normal selepas beberapa minit,nyata kuasa Allah tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya.Abang iparku itu sudah tidak berdaya dan hanya baring di tempat duduk belakang,aku yang bertindak sebagai pemandu kedua memulakan tugas dengan memandu kereta itu menuju ke destinasi yang kami semua tuju.Selepas membeli sedikit makanan di kawasan Ipoh,kami semua tetap bersemangat dan sabar dengan ujian Allah ini dan meneruskan perjalanan.Jam ditangan kiriku menunjukkan pukul 11 tengah malam,nyata masa perjalanan yang kami rancang sudah lari,berbagai perkara yang pelik terjadi seperti perjalanan yang bersangkut-sangkut,kereta mengalami berat melampau sehingga menyebabkan kelajuan kereta menurun tiba-tiba,semua ini mungkin angkara syaitan durjana yang tidak serik-serik menyesatkan anak cucu Adam.Tidak mahu berhenti lama di Ipoh,abangku mengemudi kami menuju ke arah susur keluar ke lebuhraya utara-selatan yang dirasakan bakal melajukan perjalanan kami ke perlis,aku yang bertindak sebagai pemandu juga tidak boleh lari dari keadaan itu dan terus mengikut kereta di hadapan menuju ke arah lebuhraya utara-selatan itu.


Perjalanan itu menguji kemahiran pemanduanku,jalannya yang penuh dengan simpang-siur dan berbukit bukau ditambah dengan jarak penglihatan yang kurang kerana waktu malam dan hati yang berdebar sangat mencabar,mahu tidak mahu aku harus teruskan perjalanan agar kami semua tiba ke destinasi seperti yang kami semua impikan.Melalui kawasan yang hanya dikelilingi kawasan hutan itu sangat menyeramkan dan membuatkan banyak perkara yang tidak patut difikir bermain difikiran.Kami melalui di bahagian tepi Kuala Kangsar dan terus menuju ke daerah Changkat Jering serta Bagan Serai,kami semua masih bermain di negeri Perak dan akan melepasi sempadan antara Pulau pinang dan Perak tidak kurang dari 20 kilometer lagi,ini bermakna kami sudah melalui 4 negeri di Malaysia.Melepasi Pulau Pinang,kami semua tidak memasuki kawasan bandar kerana walaupun pada masa itu,kawasan bandar masih sesak dengan ragam manusia yang tidak puas dengan hiburan,negeri pembangkang itu kelihatan sangat meriah dan maju dalam pelbagai aspek,samada pelancongan mahupun ekonomi.”Ah,persetankan ke bandar itu,apa yang dituju masih jauh” bicaraku sendirian di dalam kereta itu dengan kakakku sudah tertidur di sebelah dan abang iparku yang terbaring di belakang,kelihatan lampu-lampu jambatan Pulau Pinang di kawasan Butterworth itu,ada terdetik dihati untuk pergi kesana buat kali kedua kerana keadaan di sana sangat seronok,kali pertama pergi melepasi jambatan Pulau Pinang itu ialah sewaktu pertandingan nasyid peringkat kebangsaan yang aku sertai pada tahun lepas.Perjalanan masih jauh dan aku yakin hanya pemandu-pemandu sahaja yang masih terjaga pada waktu itu dan yang lain sudah tidur didalam kereta masing-masing,iba-tiba aku terdengar suara dari tempat duduk belakang kereta perodua viva itu “ramainya member aku kat rumah”,seakan-akan ombak besar berada di hadapan mata,keadaan yang senyap sunyi itu tiba-tiba terdengar suara seperti abang iparku itu membuatkan aku ketakutan,seakan-akan bukan beliau yang mengungkapkan kata-kata itu dan sudah tidak perlu diterangkan lagi betapa takutnya perasaan aku ketika itu,hanya Allah dan Rasul menjadi sandaran pada masa itu,aku terus-terusan membaca ayat-ayat suci Al-Quran agar tenang hati ini walaupun badan aku sudah menggigil pada ketika itu.Melalui kawasan kelahiran mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu di Kepala Batas keadaan kembali normal seperti sebelumnya,senyap sunyi sahaja dan hanya terdengar deruman enjin kereta dan alunan ayat suci Al-Quran di pembesar suara radio kereta.


Tanpa disedari kami sudah berada di sempadan negeri antara Pulau Pinang dan Kedah,dan hampir dengan kawasan Sungai Petani.Kereta abang Mad berhenti di perhentin rehat dan rawat Sungai petani,mungkin untuk membuang air atau mengisi minyak,aku mengambil keputusan untuk pergi ke tandas dan membuang air kecil,lalu membeli apa-apa yang boleh menghilangkan rasa mengantuk aku ketika memandu nanti,aku membeli air red bull dan sedikit asam.Abang Mad sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan perhentian itu untuk meneruskan perjalanan ke kawasan Gurun.Setibanya kami di Gurun,kami mengambil susur kanan ke Alor Setar dan tidak mengikut susur kiri untuk berpatah balik ke Gerik,perjalanan diteruskan melalui Pendang ke Alor Setar untuk keluar dari kawasan negeri Kedah menuju ke Perlis.Selepas melalui kawasan Alor Setar,kami menuju pula ke kawasan Jitra,jam di papan pemuka kereta dan di tangan menunjukkan jam 1.30 pagi dan ini menunjukkan sudah hari raya Aidilfitri kedua dan membuktikan bahawa hari raya Aidilfitri pertama kami hanya dihabiskan di atas kenderaan.Sesampainya di Jitra kami mengambil keputusan keluar dari kawasan lebuhraya dan mengambil jalan biasa,melepasi tol,kami mengikut arah kereta Abang Mad menuju ke kawasan Changloon yang sinonim dengan panggilan pekan gula kerana disitulah kawasan tanaman tebu gula besar-besaran yang diusahakan seorang usahawan China.Di changloon,keadaan sungguh dingin dan menenangkan kerana di kawasan tepi-tepinya hanyalah tanaman tebu gula,setibanya di satu bulatan kami mengambil susur kiri menuju ke arah Kangar,sejak dari Jitra sebentar tadi sebenarnya kita sudah melepasi negeri Kedah menuju ke Perlis,mata memang sudah kalah ketika ini tetapi memikirkan destinasi yang dituju sudah sangat hampir walaupun masih berbaki 50 kilometer lagi.Dalam 10 kilometer,kami semua memasuki simpang ke kanan untuk pergi ke kawasan Chuping kerana tidak mahu memasuki bandar Kangar yang peenuh dengan lampu isyarat yang dirasakan mampu menjejaskan masa kami untuk segera sampai ke destinasi iaitu di simpang Kampung Ulu Pauh.

Melalui Felda Chuping dan Kampung Batu Tiga,kami sampai di persimpangan Pekan Chuping,di simpang itu kami mengambil susur kiri dan sampai di persimpangan seterusnya kami ambil susur kanan untuk menuju ke kawasan Empangan Timah Tasoh,tetapi masih banyak simpang yang kami perlu lalui,keadaan pada waktu itu memang tidak perlu dikatakan lagi kerana kami semua yang sudah tidak tidur selama beberapa hari dan kurang rehat serta melalui perjalanan yang sangat jauh ini sangat letih dan tidak bermaya,jam tepat menunjukkan jam 2.45,ramalan kami untuk sampai pada jam 12 meleset sama sekali,perjalanan bertambah selama 3 jam dari masa sebenar dan mungkin akan bertambah lagi.Tidak sampai 10 kilometer kami mengambil simpang ke kiri dan terus sampai ke Empangan Timah Tasoh yang hanya 3 atau 4 kilommeter sahaja lagi melalui Kampung Padang Malau,di persimpangan Kampung Padang Malau kami mengambil susur kanan dan destinasi yang kami tuju hanya berbaki 10 kilometer sahaja lagi dan kami semua sudah tidak sabar untuk segera sampai ke destinasi,jalan yang mencabar menyebabkan kami semua pemandu kurang mengantuk kerana harus fokus kepada jalan yang sangat rumit itu,untuk sampai ke destinasi kami masih perlu melalui satu simpang tiga terakhir dan akhirnya kami tiba di simpang tiga itu dan mengambil ke kanan mengikut arah papan tanda menuju ke kawasan Padang Besar.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan