assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog yang tidak sebebrapa ini,,diharap semua pengunjung dapat menilai dan memberi pandangan bagi setiap entry saya kerana saya masih banyak kurangnya,setiap pandangan akan mengajar saya menjadi yang lebih sempurna dimasa hadapan,sekian terima kasih,enjoy...

Selasa, 7 Mei 2013

bab10,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



Berangkatlah kami pulang,,



    Cuti hari raya aidilfitri sudah semakin menyempit sedangkan keadaan ayahku masih dalam keadaan yang membimbangkan walaupun sudah dikatakan sudah kelihatan normal pada zahirnya tetapi pada batinnya hanya Allah sahaja yang mengetahui hakikatnya.Abang dan kakakku sudah beberapa hari meminta lanjutan cuti mereka atas alasan kecemasan dan sekarang mereka sudah tidak boleh berbuat demikian,mereka juga harus pulang kerumah masing-masing untuk meneruskan pekerjaan sama seperti aku,aku sudah tiga hari tidak hadir ke sekolah,walaupun guru kelasku sudah memberi keizinan tetapi entah mengapa ayahku seolah-olah menyuruhku kesekolah pada setiap hari,aku semakin risau akan ayahku,sukar benar aku lepaskan tanggungjawab aku sebagai anak pada waktu dia memerlukan seperti ini.Ayahku selalu berlagak ceria dan sihat didepanku apabila dia inginku pulang ke rumah sewaku itu,aku tahu lakonan itu dilakukan dengan terpaksa tetapi aku tetap melayan desakannya,aku lebih gemar mengangguk dari memberi alasan yang menipu.Tinggal dua hari sahaja lagi cuti kami semua akan tamat,kami dipanggil bersidang dengan kadar segera,Abang Mad ku sudah memohon cuti yang panjang untuk perkara ini kerana sebagai seorang tentera amat mudah untuk memohon cuti atas alasan kecemasan,aku pula semakin hari semakin memikirkan berkenaan kondisi ayahku itu dan keperluan pelajaranku pada waktu itu,peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebenarnya sedang melangkah dengan sangat laju kearahku,hanya tinggal lebih kurang 3 bulan lagi untuk aku menghadapi peperiksaan terpenting dalam hidupku itu,percubaan sijil pelajaran malaysia pula hanya tinggal seminggu sahaja lagi,kegusaran hati ini tidak pernah aku layan seadilnya,aku kerap kali menolak untuk memikirkan mengenai bab itu.Hari silih berganti dengan cepatnya,sudah tiba masa kami semua berangkat ke tempat yang kami perlu pergi.Mengikut kata putus yang kami semua telah persetujui,ayahku akan dibawa ke rumah kak lin ku untuk menginap sementara waktu kerana mengikut apa yang telah kami bincangkan,kami ingin melakukan rawatan rapi keatas tahap kesihatan ayahku di Hospital Kajang.Jadi kami pun bertolak pada tengahari itu,perjalanan itu seakan-akan lancar dengan keadaan kereta yang sudah normal,abang iparku Awang yang sudah normal serta keadaan perjalanan yang lancar,syukur ke hadrat Illahi kerana memudahkan perjalanan kami pada hari itu.Abang Mad akan mengikut kami bertolak ke Kajang pada hari itu untuk memantau keadaan ayahku pada setiap hari.


         Aku pula sering kali menyatakan hasrat aku untuk terus kekal bersama ahli keluargaku untuk bersama-sama menjaga ayahku di Kajang tetapi sering saja ditolak atas alasan yang seringkali tidak berjaya aku sangkal iaitu atas alasan pelajaran,aku akur malah faham dengan keadaan diriku pada masa itu yang sememangnya sudah banyak ketinggalan mengenai pelajaran.Aku mengambil tiket bas dari Kajang ke Kuantan selepas setibanya aku di Kajang,aku harus masuk ke sekolah pada pagi esoknya sebelum pulang ke rumah sewaku jikalau perjalanan aku itu tiada penghalangnya.Jarum minit dan saat pada jam tanganku ligat melakukan fungsinya,aku yang sedang berada didalam bas itu hampir sahaja tidak perasan yang perjalananku itu sudah memakan masa selama tiga jam,hanya tinggal dua jam lagi untuk aku lelapkan mata yang kelesuan ini.Aku tidak berjaya melelapkan mata ini walau sesaat pun kerana aku seringkali terfikir bagaimanakah keadaan ayahku pada waktu itu,di setiap perhentian seringkali aku menelefon ke keluargaku untuk mendapat berita terkini,jarang-jarang panggilan telefonku diangkat kerana mungkin mereka juga sedang lena diulit mimpi selepas seharian memandu.Jalan yang dipenuhi dengan gunung ganang serta hutan rimba itu sering aku pandang sambil memikirkan apa sahaja yang bermain difikiranku ini walaupun waktu itu sudahpun pukul empat setengah pagi serta gelap gelita.Keadaan yang sejuk dan muram itu menambahkan kerisauan aku pada saat itu,sudah beberapa kali aku menutup dan membuka injap pengawalan penghawa dingin yang berada diatas kepalaku ini untuk menghilangkan kebosananku.
   

            Selepas sudah buntu memikirkan apa yang harus aku lakukan aku nekad untuk pejamkan mata buat seketika,bermacam gambaran tercalit dimata hitamku,aku tidak mahu melalui saat yang sebegitu perit , dengan segera aku membuka kembali mata dan merenung ke luar jendela,yang ku lihat hanyalah titisan embun dan desiran angin laju serta sekali sekala terlihat kenderaan yang melintasi bas yang sedang bergerak dengan sangat laju ini.


           Disebelah tempat dudukku ini adalah seorang wanita melayu yang berbaju kurung kelihatan seperti seorang mahasiswi di sebuah universiti di Kuantan kerana perwatakan dan ciri seorang pelajar ini sangat mudah untuk dikenali,aku tidak pernah terfikir untuk menyapa malah menegurnya kerana diri aku ini tidak pandai atau malu dalam pergaulan,aku lebih gemar bersendiri dan mendiamkan diri,tiba-tiba dia menoleh kearahku yang sedang duduk tersandar dikerusi memandang keluar,matanya yang kelihatan seperti orang mamai itu aku sedari sewaktu bas melintasi kawasan yang terdapat lampu jalan,dia sebenarnya sudah banyak kali merenung kearahku Cuma aku sahaja yang tidak mengendahkannya,dia sebenarnya mahu menanyakan sesuatu tetapi mungkin kerana bunyi enjin bas dan radio didalam bas itu membantutkan pertanyaannya,akhirnya dia membuka mulut dan bersuara seraya memandang kearahku “dah dekat mana ni?”ringkas persoalannya memulakan bicara,aku yang sebenarnya tidak pandai berkata-kata dengan perempuan ini tergagap-gagap hendak menjawab soalan itu biarpun soalannya sangat mudah “dah..dah..dekat maran..ni..ni”,berjaya juga aku menjawab soalan itu biarpun dengan kepayahan.Dia menambah lebih banyak pertanyaan kepadaku,wanita yang kelihatan sebaya denganku itu tidak dapat ku tatap rapi wajahnya kerana bas itu tidak membuka sepasang lampu pun,yang aku dapat llihat wajahnya hanyalah ketika bas itu melintasi lampu jalan tetapi hanya samar-samar,yang dapat ku terangkan secara ringkasnya ialah dia agak cantik,tetapi itu hanyalah ringkasan sahaja,aku tidak dapat memperincikan ringkasan itu dek kerana halangan yang tidak dapat aku elakkan,,dia bertanya kepadaku lagi berkenaan perangaiku yang dilihatnya sangat curiga serta seperti dalam masalah.Sebenarnya aku curiga berkenaan perempuan ini,sebenarnya tempat duduk sebelahku ini kosong sejak aku bertolak dari kajang,tapi apabila bas berhenti untuk mengisi minyak,perempuan ini ada disebelahku,yang terlintas difikiranku hanyalah dia ini seorang perempuan yang terlepas bas tapi berjaya mengejarnya atau dia berjanji untuk diambil di kawasan ini,persepsi mudahku itu tidak menghadirkan sebarang curiga dihati ku.Bas yang kami naiki itu sudah tiba di kawasan Gambang,bas ini kelihatan ingin memberhentikan bas di satu stesyen minyak yang berada di kawasan ini,inilah peluang aku untuk melihat secara lebih dekat wajah wanita yang mampir denganku ini.Bas memberi isyarat untuk membelok ke kanan untuk masuk ke stesyen minyak BHP disitu,aku sekali sekala menjeling kearah wanita ini.


     

    Akhirnya bas ini berhenti dikawasan minyak diesel dan membuka lampu didalam bas agar memudahkan penumpang untuk turun bagi melakukan apa-apa seperti buang air,membeli makanan atau apa sahaja tetapi hanya sebentar kerana ini bukan perhentian rehat dan rawat.Aku menoleh ke berani ke arah kananku,wanita ini memang sebaya dengan ku,dia bertudung labuh putih krim dengan baju batik sekolah berasrama penuh yang aku pernah nampak di Kuantan,mungkin sekolah yang berprestij di Kuantan aku hanya mengagak,kulitnya sawo matang yang bersih dari sebarang cela,tangannya dipakai sarung tangan halus untuk membataskan sentuhan antara kami yang agak dekat,wajahnya tidaklah cantik tetapi nur diwajahnya jelas kelihatan,aku hampir leka dengan keayuan dirinya,dia secara spontan menoleh kearahku membuatkan aku menggelabah secara tidak sengaja,”oit,mengelamun apa 2?”bualnya selamba, “tak ada apa,teringat kat orang jauh je” aku menjawab “awek ke?”, “bukanlah,ayah sakit kat kajang”, “owh,dia sakit apa?”, “tak tahulah” jawabku dengan niat memberhentikan persoalannya,akuu bukan tidak gemar untuk menceritakan Cuma aku sendiri masih buntu dengan jawapan kepada soalan itu,aku sedang dalam keadaan keliru dan kabur. Aku memang ingin bertanyakan namanya Cuma masih belum berani untuk membuka persoalan itu,entah kenapa,aku selesa berbual dengannya Cuma mata aku masih lagi belum berani bertentang dengan matanya,memang itu adalah kelemahanku iaitu aku malu dengan perempuan,aku malu untuk bercakap berdepan dengan perempuan.Aku lihat sewaktu bas berhenti di stesyen minyak itu dia selalu menatap buku ditangannya,sebuah novel tebal itu membuatkan aku teringin untuk membacanya,seringkali ada peluang,aku akan meneliti muka buku yang dibacanya itu,sehinggalah dia perasan dengan lirikan mataku ke buku itu,aku mengalih pandanganku serta merta agar dia tidak sedar aku selalu merenungnya.

Isnin, 1 April 2013

bab 9,,sambungan hari raya yang hadir pebuh memori



tangisan sunyiku tiada yang dengari,,

   Malam menjelang tiba tanpa kami semua sedari selepas seharian dengan aktiviti masing-masing,ada yang bersembang,ada yang berborak dan sebagainya tetapi aku tetap setia menanti dengan komputer riba kecilku yang menjadi saksi dan merakam bukti yang terjadi di hadapan mata serta telah menjadi pencetus semangatku untuk menaip kedalamnya untuk tontonan kamu semua.Kisah ini bukanlah direka khas untuk tatapan anda semua malah bukan juga lahir dari ilham,ia terbina dengan sendirinya mengikut kehendak takdir yang menentukan perjalanan hidup seseorang.Selepas sesi perjumpaan dengan Pak Long pada hari itu tamat,beliau ada mengamanatkan satu perkara kepada Abang Mad iaitu pada sesi kedua nanti,ayahku tidak dibenarkan ikut serta ke rumahnya,dia harus dibiarkan dirumah sahaja kerana katanya jikalau ayahku ikut serta,makhluk ghaib itu tidak dapat dibawa ke sana kerana telah lari sebelum masuk kerumah itu dan satu lagi cakapnya ialah,beliau sendiri akan menentukan tarikh sesi kedua dengan panggilan telefon.


        Setelah dua hari kami menunggu panggilan itu,akhirnya masa yang ditunggu tiba pada waktu tengahari pada hari kedua kami pulang dari rumah itu,Pak Long mengarahkan kami datang tepat jam 8 pada malam itu kerana ada sesuatu yang hendak di perkatakan dan ianya sangat penting,riak muka abang Mad sudah menjadi lain selepas menceritakan kepadaku selepas panggilan telefon itu dan dia seperti ada sesuatu yang tidak diberitahu,aku tahu dari benak fikiran dalamku bahawa perkara itu tidak baik tetapi aku senyapkan sahaja kerana tidak ingin mencabar tahap kesabaran Abangku itu,bicaranya terhenti selepas air mukanya berubah,aku serta merta terpaku dan membiarkan perkara itu ditiup angin,entah mengapa,perasaan ingin tahuku tidak meletus seperti selalu,mungkin perkara ini sukar dirungkai dengan akal fikiran waras ataupun ianya adalah satu perkara yang negatif,aku tolak kedua-dua usul yang dipersembahkan oleh mindaku dan sentiasa memegang prinsip bersangka yang baik sahaja.Jarum jam ditanganku berganjak sedikit demi sedikit dan aku hanya perhatikan jam pada waktu 6 petang,aku terkejut kerana begitu pantas masa berlalu,jari yang senantiasa menaip ini tidak menampakkan sebarang tanda kelesuan serta masih utuh memegang huruf-huruf yang terdapat di komputer riba ini.Akhirnya aku biarkan cerita ini tergantung tanpa diselesaikan babnya kerana aku terdengar seperti namaku di panggil dari jauh,ketika ini aku sedang berada di bawah satu pohon rendang yang tidak bernama,terbaring di atas buaian yang diikat rapi pada dahannya,angin sepoi-sepoi bahasa menyebabkan aku leka dengan duniawi dan seperti berada di alam ku sendiri,aku menyahut panggilan itu,lalu bergerak menuju ke halaman depan rumah tetapi sebelum itu aku sempat memadamkan unggun asap yang dibina dari sabut kelapa itu yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk di waktu itu,rupa-rupanya Mak Ngah memanggilku dari pintu depan dan mengarahkan aku untuk segera masuk kerumah kerana waktu telah senja.Aku menolah ke awan sebelum masuk kerumah,lama juga aku melihat keawan,memerhatikan ciptaan Tuhan yang maha agung,warna sore kelihatan,jingga bercampur cerah menerobos ke celah awan,bulan sudah kelihatan Cuma masih samar dek kerana tiada lagi pancaran dari matahari,aku teringat satu perkara iaitu aku pernah terbaca satu artikel di dalam satu laman web yang menceritakan mengenai warna jingga awan ini dengan syaitan laknatullah,yang berbunyi seperti ini “syaitan akan menjadi kuat pada waktu senja kerana frekuensi yang dikeluarkan pada waktu itu hampir sama dengan frekuensi syaitan tetapi sekuat mana pun syaitan ini,apabila waktu azan maghrib dilaungkan ia tetap lari” Subhanallah,betapa hebatnya tuhan pencipta alam ini.Aku terkejut selepas bahuku dicuit manja oleh mak ngah yang mengeluarkan aku dari lamunanku “hoi!awat hang nie?ingat kat marka hang ka?”sapanya yang mengejutkan aku “aihhh,tak ada la,sapa la nak kat kami ni mak ngah”bidasku yang cuba menyembunyikan lamunanku itu sambil berlalu pergi mencapai tuala untuk ke bilik air.


         Segar benar keadaanku selepas mandi air bukit seperti itu,sejuk,tanpa klorin,terasa seperti badan dicuci dengan sangat sempurna,baruku sedar yang perutku sudah berbunyi semacam.Aku bergerak ke dapur selepas mandi dan bersiap-siap,aku mencapai roti yang terdapat dimeja dapur itu pada waktu itu tanpa mempedulikan sesiapa yang berada di dapur pada waktu itu,Abang Mad sudah memanggilku untuk pergi ke rumah Pak Long,kali ini kami pergi hanya berlima tanpa diikuti oleh Pak Ngah dan Ayahku,aku,adam,Aang Mad,Awang dan Pak Lang Zaki bergerak laju ke rumah pak Long kerana ada sesuatu yang hendak dinyatakan katanya,sesampainya kami disana,kami disapa seperti biasa,tetapi tanpa makanan raya hanya kopi sahaja yang menjadi peneman pada waktu itu,nampak seperti Pak Long sudah dapat menjangka kami sampai waktu itu kerana kalau ikut pada perjanjian,pukul 8 kami akan tiba disitu,tetapi sekarang baru pukul 7.45 malam,tetapi kopi sudah siap terhidang dan lampu halaman sudah dibuka sejak awal,aku hiraukan semua itu kerana apabila difikirkan oleh otak,perkara ini seakan melanggar hukum fizik dan hukum alam tetapi Allah Maha Besar,setiap anugerah-Nya bernilai,mungkin Pak Long ini antara mereka yang bertuah yang telah mendapat makrifat Wallahualam.Tanpa banyak bicara Pak Long meminta izin kami semua untuk memulakan perubatan,Pak Long bergerak berdiri dari duduk secara perlahan-lahan,gerak langkahnya seperti sedang bersilat Cuma perlahan,mulutnya sentiasa membaca ayat suci Al-Quran tanpa henti,kadang-kalang berzikir,kami hanya melihat kaku tetapi aku tidak tahu samada mereka yang lain merasa seperti aku atau tidak,aku merasakan bahawa bulu kakiku tegak menghadap ke arah Pak Long,bermula dari kaki ia berganjak ketangan,bulu roma halusku menegak kearahnya seakan satu tarikan magnet,aku tidak merasa satu perkara yang mencurigakan pun kerana seakan satu aura telah menerjah kedalam badanku kerana aku seperti bertenaga pada waktu itu,mungkin inilah aliran elektromagnetik yang boleh dihasilkan badan seperti apa yang aku baca dalam artikel mengenai sains perubatan satu masa dahulu Cuma hanya segelintir manusia yang dapat mengawal tenaga itu dengan baik,aku leka melihat aksi Pak Long.Selepas setengah jam Pak long dalam situasi sebegitu kami terkejut melihat Pak Long jatuh tersembam ke lantai secara tiba-tiba,riak muka orang tua itu hanya bersahaja,matanya tertutup tetapi mulutnya masih berzikir.kami cuba menggerakkan Pak Long tetapi gagal,aku mendapat satu pesanan ringkas dari kakakku yang berada dirumah yang menyatakan bahawa ayahku beraksi pelik malam itu,kadang-kadang riak mukanya bengis lalu bertukar gembia lalu menangis,sejujurnya aku katakan ayahku sebelum ini ada berperangai sedemikian,dia seperti sudah putus asa dengan hidupnya,jika dia sedar dia kerap menangis sambil memberitahu dan berpesan kepada kami agar sentiasa menjaga diri,jaga rumahnya yang baru dibina itu,maafkan dia dan sebagainya,aku kerap menangis pada waktu itu,aku lebih suka bersendirian,aku juga sangat sedih dengan keadaan itu,kadangkala aku akan pergi ketandas dengan alasan mahu membuang air tetapi aku menangis sambil membuka air dengan kuat agar tidak ada orang akan dengar esakkan tangisku itu,aku merasa bersalah,aku seperti berdendam dengan diriku ini,memang benar banyak salahku padanya tetapi dimana semua kekuatanku.Pada ketika aku menulis ayat inipun sebenarnya aku sudah tidak tahan dengan perasaanku yang berkecamuk ini,tiada tempat lain yang aku boleh luahkan selain dari diari ini yang menjadi teman dikala sedih,marah,dan saat gembiraku.


           Hiraukanlah perasaan hati kecilku itu,kita berbalik semula kepada kisahku ini,aku tidak membalas pesanan ringkas itu kerana kami sedang mengangkat Pak Long yang sudah tidak sedar pada waktu itu lalu kami sandarkan pada dinding rumah,Pak Lang Zaki melarang kami dari berbuat apa-apa malah mengarahkan kami agar turut berzikir sekali dengan Pak Long,tidak sampai 5 minit kami berzikir kelihatan Pak Long sudah mula sedar dari lamunannya tetapi menghadirkan diri sebagai Tok Guru kepada Pak Long yang berasal dari Sungai Petani,Kedah.Pak Lang menyapa Tok Guru yang sedang berada di dalam Pak Long itu seperti Pak Lang sudah lama mengenali Tok Guru itu,dia menceritakan bahawa Pak Long sebenarnya sudah terlampau letih dengan permainan syaitan durjana itu lalu kehilangan tenaga dengan cepat.Kami semua faham dengan keadaan ini,kata Tok Guru itu,makhluk itu sungguh kuat,malah sangat kuat sehingga hampir tidak boleh dilunaskan serta merta pada waktu itu,sehingga sekarang kami hanya mendapat perkhabaran yang sama dengan pengubat tradisional sebelum ini,kami hampa tapi tidak memperlihatkannya,dia meminta izin untuk pergi kerana jika terlalu lama dalam jasad seseorang,buruk padahnya,dia memberi salam lalu hilang terus dan kami menjawap salamnya itu,selepas itu kelihatan Pak Long membuka matanya dan berbicara seperti Pak Long yang lama,dia meminta maaf kepada kami kerana tidak dapat menyembuhkan ayahku itu,tetapi ada satu penyataan menarik yang aku ingat dan ingin aku selitkan disini iaitu “setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati Cuma kadangkala kita lambat nak jumpa dengan ubat yang betul”, terpaku aku seketika mendengar kata hikmah yang sarat dengan pengertian itu,aku beranalogi sendirian lagi dalam suasana yang boleh dikatakan agak tegang itu memikirkan bahawa berapa lamakah lagi akan kami temui penyembuh yang berkesan untuk ayahku ini,aku tidak dapat menjawab pertanyaanku sendiri kerana masalah yang akan menentukan perkara itu,bukan aku atau sesiapa.



           Kami pulang semula kerumah,kulihat ayahku sedang lena tidur dikerusi malas milik Pak Ngah itu,kurenung wajahnya dalam-dalam,aku sayang akan ayahku itu,ku berdoa dalam hati agar tidak ada apa yang akan terjadi kepadanya kerana aku tahu aku masih perlukan kasih seoranng ayah selepas kehilangan kasih seorang ibu sejak aku berusia tiga tahun lagi,taburan jasa ayahku bermain diingatan,kenangan manis kami,pesanan beliau,wajah gelak tawa beliau,latahan beliau mengalirkan air mataku sederas-derasnya,aku rindu semua itu,aku rindu akan dia yang lama,ingatlah wahai sahabat,kadangkala ayah tidak menunjukkan rasa kasih kerana egonya tetapi fikirkanlah kegembiraannya sewaktu kamu dilahirkan,senyum lebarnya ketika itu amat menyeronokkan,janganlah kita lawan setiap apa yang dipesan kerana kasihnya tidak terperi kuatnya,aku merasai semua itu apabila aku berada di dalam sebegini,mahukan kalian berfikir seperti ini hanya apabila keadaan sudah terlambat.Aku lihat kaki ayahku ketika itu,sudah kurus sekali,hanya tinggal tulang dan kulit sahaja,kulit lengannya tergoyang-goyang apabila dia bergerak,aku impikan ayahku yang lama,yang sihat,yang gemuk yang suka makan cili,yang minat mengajarku tentang apa yang aku tidak tahu,sebenarnya dialah idola kepada hidupku,aku masih teringat dikala peperiksaan upsr waktu aku d darjah 6 dulu,dia hadir pada pagi itu tidak membawa apa-apa selain keberkatan sedangkan aku lihat keluarga lain hadir dengan pelbagai barang,kismis,air zam-zam dan sebagainya,ayahku Cuma hadir membawa senyuman yang tidak pernah aku lihat,aku menjadi kuat,kukucup tangannya pada waktu itu pesanannya ringkas sahaja ‘kalau tak ada ilmu jangan harap orang aku pandang kita,jangan berusaha dengan harapkan sesuatu,berusaha sebab diri sendiri sebab kita yang tentukan hidup kita.Habis peperiksaan upsr aku mendapat 4a1b ketika itu,aku toleh kebelakang sambil melihat dia senyum kearahku sambil mengisyaratkan bagus,sebenarnya aku tidak meminta apa-apa daripadanya,cukuplah satu pelukan darinya tetapi kau gagal mungkin kerana egoku,biarkan aku melayan perasaanku ini pada waktu ini,lama aku termenung melihat wajah ayahku pada malam itu.Aku teringat apabila aku terima tawaran kemasukan ke sekolah menengah seri bera yang dianggap nombor satu di daerah ku ketika itu,betapa gembiranya aku ketika itu,gembiraku tidak dapat aku kongsikan dengan sesiapa,ayahku sudah berkahwin lain pada waktu itu,aku seperti keseorangan,apabila aku masuk ke asrama itu aku sedar bahawa aku kesepian di dunia ini,aku mula memandang serong kepada ayahku,kesalahan ini tidak dapat aku lupakan kerana sehingga kini aku masih meminta maaf kepada ayahku didalam doaku,MAAFKAN AKU AYAH.Kronogi kenanganku tidak berhenti,aku teringat akan peristiwa yang paling membuatkan aku gembira seakan-akan aku sudah berjaya mengapai puncak dunia.Hari tu adalah hari keluarnya keputusan pmr,aku masih berada di Kajang dirumah kakakku,aku menelefon sahabatku yang sudah mengambil keputusan ketika itu,aku gembira bercambur risau dengan keputusanku kerana ia masih belum diambil sehinggalah aku mendapat berita bahawa mereka terlihat ayahku diwaktu itu,tanpa berlengah aku mematikan panggilan itu dan menelefon ayahku,berderau darahku apabila aku dimarahi dengan teruk sekali,aku hampa,ayahku memberitahu bahawa aku teruk dalam peperiksaan,hibanya hati,aku mematikan panggilan itu selepas penat dileteri tetapi tidak sampai seminit ayahku menelefonku semula,aku serba salah hendak mengangkat panggilan itu kerana risau dileteri,”assalamualaikum,mu marah ka pak marah mu?mu dapat 5a3b,bukan x ada A langsing la,pak saja ja tadi,bila nak balik Kumai?”aku terkedu,ketika aku menaip mengenai ini,air mataku banyak sekali dan aku biarkan sahaja ia kering sendiri,sukar untuk aku ingat kembali peristiwa ini.


           Aku terkejut dengan jenaka ayahku,sudah lama aku impikan jenaka seperti ini,budak lain mengharapkan hadiah motorsikal,duit dan sebagainya tetapi aku hanya meminta jenaka dari ayahku ini sebagai hadiah,andai dapat aku bayar dengan apa pun jenaka ini akan aku usahakan pada waktu ini,tapi itu semua mimpi yang tak mungkin,aku masih tidak percaya dengan ayahku,dia melayanku seolah-olah aku masih budak kecil,sungguh manja,kata-katanya sangat lembut,aku kegirangan,jikalau lah ayahku berada di depan mata mahu sahaja aku peluk dia seeratnya ketika itu,ayahku adalah manusia yang terhebat dalam hidupku,dia berjaya menukarkan air mata sedihku kepada air mata kegembiraan.Aku pulang kekampung,aku tidak dilayan seperti didalam telefon itu ketika itu dihadapan mak tiriku,kelihatan ayahku sungguh manja dengan adik tiriku itu,aku sebak tetapi segera ku buang apabila mengingatkan kembali jenaka ayahku itu,petang itu dia mengajak ku keluar ke kedai menaiki motorsikal,aku pelik kenapa aku diajaknya,selalunya aku lansung tidak dipelawa,dia memberhentikan motorsikal dan mengajarku menunggang motorsikal,itulah hadiah keputusan cemerlangku pada waktu itu,aku memang sudah lama ingin belajar menunggang motorsikal dan selalu aku katakan padanya tetapi dia masih tidak membenarkan aku menunggang motorsikal itu,tetapi pada hari itu hajatku ditunaikan,walaupun bukan dengan pembelian barangan mahal,walaupun bukan dengan kemewahan,tapi dengan kasih sayang yang sangat menyenangkan,memang benar aku sudah tingkatan tiga pada waktu itu tetapi aku masih dilayan seperti aku berusia enam tahun yang ingin belajar menunggang basikal,ah syahdunya ketika itu,aku tidak sedar pada pukul berapa aku tertidur hari hari itu,tetapi semestinya aku tidur dengan penuh linangan air mata yang menangisi nasibku ini.

Sabtu, 30 Mac 2013

bab 8,sambungan hari raya yang hadir penuh memori





Peristiwa tak dijangka berlaku,,,,

Benarlah kata pujangga orang emas dahulu kala,malang tidak berbau.Kami sampai dirumah sekitar jam 12 malam selepas ke rumah Pak Long untuk merawat ayahku,aku yang sedang tidur lena pada malam itu kedengaran bunyi yang riuh Cuma aku diamkan sahaja dan melayan perasaan ngantukku.Aku bangun pagi seperti yang aku ceritakan di bab yang lepas dan selepas mandi serta bersiap,aku terkenang kembali kejadian riuh rendah pada hari semalam,aku kehairanan sendiri,fikiranku bercelaru dengan monolog-monolog yang negatif tetapi aku tepis semuanya kerana aku akan tetap dengan prinsipku iaitu sentiasa bersangka baik.Akhirnya benak fikiranku meletus untuk tahu yang lebih lanjut,aku mundar mandir di kawasan rumah itu,damai,memang damai sekali rasanya.Selajur aku ke kawasan belakang rumah,tidak ada apa yang ganjil di sekitar itu,pohon-pohon petai,rambutan,durian dan bermacam lagi meredupkan keadaan,aku berhenti di satu teduhan pokok rendang dan menghidupkan rokokku,dihatiku masih tecalit rasa hormat kepada orang yang lebih tua dari ku dan aku bertindak baik dengan menjauhi mereka apabila aku merokok,sedang aku asyik menghirup rokokku yang sudah menyala di bibir ini,aku terpandang sesuatu yang pada fikiranku pelik,ianya sekeping zink yang masih elok Cuma terdapat sedikit kesan karat,aku segera menghabiskan rokok itu,aku berjalan semula ke arah depan kawasan rumah dan melihat kearah bumbung,”awat la depa tukaq atap nie malam semalam?”aku bermonolog dalam hati,benarlah sangkaanku,atap yang berada diluar rumah itu adalah atap lama yang dipasang dirumah itu tetapi sekarang sudah ditukar,yang menjadikan ia satu kehairanan ialah hanya satu keping zink yang ditukar,bukan semua zink.Perasaan ingin tahu menembak tepat otakku untuk membuka mulut untuk bertanya,aku pergi ke beranda rumah dan melihat keluarga lelaki disertai ayahku,Abang Mad,Awang,Adam,Pak Long dan Pak Lang Zaki,aku melihat jam di tanganku,tepat jam 9.30 pagi,aku sekali lagi kehairanan “kenapalah Pak Lang ni mai awai sangat ni?”.Aku segera kedapur dan mendapatkan Mak Ngah dan bertanya mengenai segala yang bermain di mindaku saat itu.

Barulah aku tahu mengenai apa yang berlaku pada malam itu,selepas kami pulang jam 12,aku terus tidur,tetapi pada jam 3 pagi,satu angin kencang tanpa hujan telah menyerang rumah itu,terasa seperti taufan yang kuat telah membadai dengan sangat cepat,zink yang lain walaupun tidak dipaku masih tetap melekat pada kayu rumah itu kecuali atap zink yang berada di atas tempat tidur ayahku itu,,zinknya bagai dikopak sesuatu,yang aku dengar riuh rendah malam itu adalah akibat tragedi itu yang telah membangkitkan mereka semua dari tidur kecuali aku,mungkin aku terlalu penat sehingga aku tidak dapat memberi sebarang respon ataupun atas sebab lain Wallahualam dan persoalan mengenai mengapa Pak Lang Zaki tiba awal jugak telah berjaya dirungkai kan,ianya adalah selepas kejadian itu,Abang Mad cepat-cepat pergi memanggil Pak Lang Zaki untuk mendapatkan pertolongan.Khabarnya,pada jam 3 pagi tu,bunyi-bunyian aneh kedengaran dari setiap pelusuk rumah sebelum satu angin kuat membadai rumah itu,aku semakin dalam tekanan untuk mengetahui berita tentang itu,aku nekad bergerak ke arah Abang Mad,aku mendapat berita mengenai kejadian semalam,katanya dia sedar apabila ayahku memanggil namanya dan dia segera bangun,tambahnya lagi dia bangun sebelum tragedi itu,kronologi mengenai tragedi tersebut diterangkan secara ringkas,aku diberitahu bahawa apabila dia hendak pergi memanggil Pak Lang Zaki,keadaan luar rumah adalah seperti biasa,tiada deruman angin kuat,selipar dilihat seperti sebelumnya,daun-daun pokok masih berada pejal di tempatnya,air embun di daun juga tidak menunjukkan sebarang tanda yang pelik.Sesampainya dia di rumah Pak Lang,dia mendapati bahawa Pak Lang sudahpun bangun sebelum pintu rumahnyya diketuk dan sudah tahu mengenai kejadian di rumahku kerana bunyi zink yang jatuh telah membangkitkan dia dari lena,dia telah melihat ditingkap rumahnya dan melihat satu kabus putih yang bergerak laju melintasi rumah itu,dia segera menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum terdengar bunyi ketukan pintu rumahnya.Benarlah bahawa zink yang baru itu ditukar sebaik sahaja kejadian itu dan pada pukul 3 pagi itu juga.




Apabila Pak Lang Zaki sampai dirumah itu,jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi,seperti biasa,dia duduk berhadapan ayahku sambil berbual kosong,ditemani dengan semua keluargaku,hanya segelintir sahaja yang tidur termasuk aku,Pak Lang Zaki telah melihat keadaan ayahku pada ketika itu,ayahku bercakap seperti biasa,Cuma mata kecilnya tidak kelihatan,dia seperti bercakap tanpa melihat,ayahku dibaringkan,matanya telah ditutup oleh Pak Lang Zaki,Pak Lang Zaki telah meminta sepiring minyak masak dan bawang putih untuk digaulkan,selepas semua alatan siap,Pak Lang Zaki menggunakan minyak bawang putih itu untuk disapu ke arah mata ayahku,selebih minyak itu disapu di dada dan diurut di sekitar perut ayahku,keadaan kembali pulih buat masa itu,jarum jam telah berganjak ke jam 6 tanpa mereka sedari,mereka kearah luar rumah di sekitar beranda selepas berbual di dalam rumah pada jam 7 pagi,seteko kopi telah dihidangkan,mereka terus berborak sehingga waktu aku bangkit dari tidur.Sekarang waktu sudah pukul 2 petang,aku yang sentiasa dengan komputer ribaku telah berada di buaian kayu di luar rumah sejak dari jam 12 tengahari tadi,menaip-menaip dan terus menaip,risau jika aku bakal melupakan perkara ini.Aku tercampak dari lamunanku apabila namaku dipanggil berkali-kali untuk makan tengahari,kari ayam,ikan pekasam goreng,kerabu perut,sambal belacan,petai dan sayur pucuk ubi membuatkan selera aku kembali mencanak,sudah lama benar aku tidak merasai keenakkan makanan kampung seperti ini,aku yakin bahawa tidak semua orang dapat menikmati hidangan seperti ini aku diberitahu bahawa hidangan seperti ini merupakan makanan kerabat diraja pada satu masa dahulu,aku sebenarnya sudah tidak mengerti dan tidak ambil peduli tentang semua itu,hidangan yang rigkas itu kalau tidak kena pada orangnya mungkin bakal menjadikan mereka loya atau mula,kerana bau petai dan ikan masin yang pekat serta kari yang likat itu,tetapi bagi budak kampung seperti aku,aku sudah biasa malah makanan ini kuanggapkan sudah terlalu mewah,kami bersantap dengan sangat selera sekali,banyak perkara yang diborakkan,riuh rendah rumah itu seperti pesta,gelak tawa mereka semua sebenarnya menyembunyikan semua kegusaran,aku faham bahawa semuanya adalah untuk mengurangkan tekanan masing-masing serta atas nasihat Pak Lang Zaki yang berpesan agar kami semua lebih ceria untuk memberi satu elemen positif kepada ayahku itu.
Diwaktu usia seperti aku ini,aku sudah melihat berbagai ragam manusia di sekelilingku,samada baik dan tidak baik,sebenarnya yang menjadi kunci kepada pandangan positif hanyalah satu iaitu sentiasa bersikap baik,pesanan ini aku dapat sendiri daripada Pak Lang Zaki”jangan cepat sangat hang ak nilai orang,orang ni ada macam-macam jenis,ada masalah depa sendiri,kalau hang tengok depa ni macam haru ja kalut ja,jangan la pi marah depa,kita tak tau kalau kot-kot depa ada masalah sendiri,hang kena pikiaq yang positif dah lah,kompom hang tenang hati” amanat ringkas yang berisi padat itu menerjah ke pangkal neuron otakku,dengan pantas menghantar isyarat kehati mengenai betapa benarnya penyataan itu tetapi tidak pernah difikirkan olehku,mungkin juga kita semua,kemuliaan seseorang itu tiidak dapat dilihat hanya dari sekujur tubuh sahaja.Selesai makan,kami semua bergotong royong menyiapkan dan membersihkan saki baki kotoran di lantai dan di pinggan,aku mengambil masa yang singkat itu untuk berjumpa dengan Pak Lang Zaki yang sedang dalam perjalanan kembali kerumahnya,sebenarnya aku kagum dengan lelaki ini,aku mahu belajar sesuatu darinya Cuma aku masih malu atau segan.Aku mempelawanya menaiki motor aku untuk kuhantarkan beliau kerumahnya tetapi ditolak dengan alasan rumahnya hanya berada di hadapan itu,memang benar rumahnya sudah tidak jauh Cuma aku sekadar ingin mengambil sel positif dari badannya seperti aura,selepas itu,aku mundar mandir di kawasan sawah dengan motorsikal milik Pak Ngah itu,sekali sekala terlihat anak muda bermain dikawasan sawah dengan girang sekali,sekali sekala juga terlihat ular tedung selar melintas dihadapanku untuk pergi kesawah,fikiranku beranalogi mengenai betapa beraninya anak muda bermain di dalam sawah yang penuh dengan ular kedua berbisa di dunia itu,tetapi itulah yang istimewanya antara golongan bandar dan pendalaman,banyak bezanya yang lebih bersifat positif.

Jumaat, 29 Mac 2013

bab 7,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



pak long,,,

      Dalam 3 hari pertama berada di Perlis aku sudahpun memperoleh sedikit ilmu dan kesedaran dari pengalamanku yang ingin aku kongsikan iaitu sejauh mana ilmu kita janganlah kita bangga kerana ada ilmu yang lebih luas dari ilmu kita,yang kedua ialah sabar,sabar adalah kunci kepada penyelesai masalah ,memang banyaklah ilmu yang aku nak kongsikan tapi akan berperingkat-peringkat akan aku terangkan kerana jauh lagi kisah ini akan berlarutan.Selama tiga hari ini banyak perkara yang berlaku seperti perkenalan antara aku dan Pak Lang Zaki, keadaan ayahku yang menunjukkan sedikit petanda positif dan pelbagai perkara mistik yang berlaku.Pada sebelah malam hari,kami semua berborak di kawasan beranda rumah di tepi sawah padi dan kawasan ladang tebu yang sangat mendamaikan,disitulah ilham aku untuk membukukan perjalanan kami, pada mulanya aku hanya ingin menjadikan catitan ini untuk tatapan ahli keluarga sebagai kenangan tetapi pada akhirnya aku rasa sesuai untuk aku tontonkan untuk tatapan semua orang.Nak dijadikan tajuk sembang kami sekeluarga pada malam itu ialah mengenai kereta yang kami bawa semasa perjalanan kesini sangat berat melampaui berat yang dibawa dan disebabkan itulah masa yang diambil untuk sampai sangat lama,Kereta Abang Mad mengalami banyak masalah yang paling besar pada masa itu tetapi perjalanan itu tetap diteruskan jua,Abang Mad menceritakan bahawa pada ketika itu penyerap hentakan tayar belakang beliau rosak sehingga merosakkan tayar,memang pelik apabila difikirkan semula tetapi itulah orang panggil pengalaman,tanpa kejadian seperti ini,kita tidak akan belajar secara bagaimana menghargai kehidupan,Adam ,lelaki kelahiran sri lanka yang beragama islam itu pula menceritakan bahawa kereta yang dipandu beliau tidak dapat beroperasi seperti biasa,walaupun Honda Stream itu baru sahaja dibeli tahun itu,aku bersyukur kepada Illahi kerana membawa pengalaman ini kepadaku.Malam itu,kami semua sekeluarga lelaki membawa ayahku pergi ke rumah guru Pak Lang Zaki ,menaiki kereta Adam iaitu suami kepada Kak Ani,antara yang ikut serta ialah aku,Abang Mad,Awang,Pak Ngah,Adam,dan Pak Lang Zaki.Apabila dikereta pula masih ada perkara mistik yang berlaku,ayahku menjadi penat dan memerlukan bantuan alat pernafasan yang diberi oleh hospital iaitu Breath Inhaler,walaupun diberi ubat itu,ayahku masih tidak kembali normal,Pak Lang Zaki yang hanya tersenyum berkata tiba-tiba “hampa tok sah risau la,kita teruskan perjalanan ja”,kami pun teruskan perjalanan walaupun masih risau dengan keadaan ayahku pada waktu itu,perjalanan yang hanya mengambil masa sepuluh minit itu membawa kami ke satu kampung petani,dikelilingi sawah padi dan rumah-rumah papan yang tinggi-tinggi,damai sungguh keadaannya,Pak Lang Zaki mengarahkan Adam membelokkan kereta Honda Streamnya ke kanan untuk memasuki kawasan rumah Pak Long,rumah batu yang besar berwarna putih itu berada di tengah-tengah sawah padi itu mengagumkan benak fikiranku,jalan untuk memasuki kawasan rumahnya boleh dikatakan jauh juga kerana mengambil masa lima minit untuk ke perkarangan rumah kerana jalannya bukan tar tetapi batu kerikil yang sangat licin.Sesampainya kami disitu,keadaan ayahku kembali pulih seperti sediakala,hairan sungguh kami semua melihat keadaan itu.


      ”Assalamualaikum,Assalamualaikum”,Abang Mad memberi salam sebelum lampu depan terbuka dan salam disahut”Waalaikummussalam”,lalu pintu terbuka.”Masuklah’,pelawa Pak Long mengajak kami masuk ke rumah beliau.Wah!rumahnya sungguh cantik dengan dekorasi yang sederhana,radio lama terpampang segar diatas televisyen lame sambil didinding tersusun rapi bermacam-macam cakera padat filem Allahyarham P.Ramlee,syiling rumah yang bercirikan itali dan susunan pasu dan bunga hiasan amat menyegarkan minda,kami semua dihidangkan dengan air kopi dan bermacam-macam kuih muih,maklumlah sekarang masih bulan syawal atau raya,ketupat dan lemang juga dihidangkan bersama rendang daging.Pak Lang Zaki memulakan bicara mengenai ayahku itu “macam ni lah Pak Long,kami mai ni dengan hajat,nak mintak tolong pak long perati-peratikan sakit mertuanya Cik Usup nie”,dengan sopan santunnya Pak Lang Zaki memulakan bicara,”laaa,buleh aih,Pak Long nak cakap dulu noh,Pak Long bukan bomoh ka,dukun ka,Pak Long ni orang biasa ja noh”.Kami semua mengerti akan pertuturan Pak Long yang tidak ingin dikenali sebagai bomoh atau dukun itu kerana dia tidak suka dipanggil begitu,kami disuruh bersantap dahulu sebelum berbual,rendang daging itu memang sedap,”Pak Long duduk sorang ka kat sini?” tanya Abang Mad,”iya lah,anak-anak semua dah pi belajaq jauh-jauh,bini pon dah tak ada”,”ni sapa masak semua ni?”,”Pak Long la,ari tu Zaki mai tolong buat lemang ngan ketupat,awat,tak sedap ka?”,”ni lebih daripada sedap dah nie Pak Long” perbualan antara abangku dengan Pak Long membuka mataku,terkedu aku apabila mendengar masakan dan kuih muih ini semuanya dimasak oleh tangan Pak Long kerana kualiti makanannya lebih hebat dari semua makanan yang pernah aku rasai sebelum ini.


         Selesai kami bersantap,kami terus memulakan bicara mengenai penyakit ayahku itu,Pak Long sebenarnya sudah mengerti mengenai penyakit halus ayahku itu dan memberitahu bahawa dia sudah nampak makhluk halus itu keluar dari kereta sebelum kami membelok untuk memasuki rumahnya,wah!beranalogi fikiranku memutarkan butir-butir percakapan yang sememangnya tidak tercapai dek naluri dan pancaindera kita sebagai manusia biasa tetapi siapalah kita untuk mempersoalkan kebesaran kuasa pencipta alam kita ini,Pak long menanya kami semua selepas itu”ayah hampa nie tadi dia semput kan?epas masuk ja rumah ni dia lega kan?”spontan sahaja pertuturan itu dilafazkan,”ya ya ya,betoi betoi betoi”kami menjawab serentak,ternyata,kebolehan seperti inilah yang dipanggil deria keenam@sixth sense yang dikurniakan hanya kepada sesetengah orang,aku kaku membisu kerana aku hanya ditugaskan untuk membantu ayah aku pada ketika itu,perbualan semakin rancak selepas itu “awat semalam hampa berenti masa dalam perjalanan?hampa berenti kat ipoh kan?”tanya pak Long,”anak-anak lapaq sangat masa tu”,”patotnya hampa tok sah berenti,bawak bekai dari rumah ja,bila hampa berenti,menda tu hampa tau tak dia dok kejaq hampa,hampa berenti lagi cepat la dia sampai kat hampa”perbualan antara a.mad dan pak Long itu sangat rancak kedengaran,berbaur teguran dan nasihat.”la nie la,hampa pi balik,bagi pak hampa minum ayaq ni,tengok dia macamana,kalau tak lega jugak hampa pi panggil zaki ni mai tengok noh”pak Long memberhentikan bicara mengenai bicara itu,kami sekadar mengangguk faham,sejurus sahaja pak Long berkata sedemikian,beliau terus beredar meninggalkan kami lalu masuk ke satu bilik,selepas beberapa detik,kami melihat satu botol air mineral telah berada di tangannya,barulah aku tahu bahawa Pak Long ke dapur untuk mengambil botol itu.Tiba-tiba aku dipanggil dan disuruh membuka penutup botol itu,aku fikirkan bahawa aku hanya watak sampingan yang harus membisu,tetapi akhirnya bisa mencuri perhatian Pak Long,dengan pantas aku membuka penutup botol itu lalu memberikan kepada pak long semula,beberapa potong ayat suci dilafaz dan dihembus kearah botol air mineral itu dan ditutup semula,aq mencapai botol itu dan menyimpannya “ayaq ni hampa jangan langkah,jangan bagi sapa-sapo pon minu  kecuali bappak hampa ni noh”,kami mengiakan sahaja amanat pak long itu,selepas itu,kami menghabiskan saki baki makanan raya yang diperhidangkan kepada kami itu.Kami pulang sejurus selesai semua urusan disitu,keadaan ketika pulang sangat tenang,tidak ada satu masalah pun yang menimpa kami semua,kami tiba di rumah agak lewat,semua ahli keluarga sudah lena dibuai mimpi.Aku segera mencari satu sudut yang sesuai untuk merebahkan badan yang penat ini,tidak sampai lima minit,aku sudah lena didalam mimpiku sendiri.Pagi itu aku sekitar jam 3 pagi aku terdengar bunyi yang riuh rendah di sekitarku,aku berusaha membuka kelopak mataku tetapi gagal kerana aku sangat mengantuk,aku teruskan tidurku semula,sebangunnya aku pada pagi yang cerah itu barulah aku mendapat khabar berita mengenai kejadian riuh rendah pada malam itu….

Khamis, 28 Mac 2013

bab 6,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



destinasi tercapai

Perjalanan yang benar-benar menguji pemandu baru seperti aku akhirnya tiba ke destinasi yang dituju selama 12 jam itu,jam 3.15 pagi kami tiba di perkarangan rumah keluarga mertua Abang Mad walaupun sudah lewat kami tiba, tetapi keluarga mertua Abang Mad ini masih mesra melayan kedatangan kami,Malaysia memang terkenal dengan rakyat yang berbudi bahasa dan peramah.Kami dihidangkan dengan air kopi panas buatan asli dari Perlis,memang sangat sedap kopi yang dihidangkan ini.Ayahku masih sakit pada waktu itu,abang iparku Awang harus dipapah untuk memasuki rumah kerana beliau sudah tidak bermaya lagi.Pak Ngah@ayah mertua Abang Mad juga mempunyai sedikit ilmu yang boleh membantu menahan sakit ayah aku pada waktu itu,lalu dengan pantas Pak Ngah mencapai ayahku dan memegang anggota tubuhnya untuk memeriksa keadaan ayahku ketika itu,memang benar apa yang bermain di fikiranku,ayahku masih membawa makhluk halus itu kemari selepas kenyataan yang diberitahu oleh Pak Ngah.Abang iparku Awang berjaya disedarkan selepas meminum air bacaan ayat Al-Quran yang dibaca oleh Pak Ngah lalu disuruh berehat secukupnya kerana badan abang iparku itu baru sahaja dimasuki makhluk halus dan makhluk halus itu telah menggunakan tenaga abangku itu sepenuhnya,pada malam itu ayahku bisa tidur,kami semua yang kepenatan itu juga tidur dengan tenang.




Aq tidak sedar pukul berapa aku terbangun pada hari itu,yang aku sedar selepas aku membasuh muka,aku lihat jam sudahpun pukul 12,keluargaku yang lain sudah bangun dan melakukan aktiviti seperti memasak,berborak dan macam-macam lagi. “aih dikwang,orang dah siap mandi nak makan tengah hari hang baru nak pi sarapan” sapa Mak Ngah@mak mertua Abang Mad yang sangat mesra dengan aku,”hahaha,letih Mak Ngah aih”,jawabku dengan muka yang tersenyum manja.Disudut tepi beranda kelihatan Abang Mad,Awang,Ayahku dan Pak Ngah sedang berborak,rancak sungguh mereka berborak sehingga tidak kedengaran bunyi bunyian burung berkicau,aku pergi mendapatkan mereka dengan perasaan ingin tahu yang menebal.Rupa-rupanya mereka sedang berborak mengenai rawatan susulan untuk ayahku di satu kawasan yang berhampiran dengan situ,pada tengahari itu,keadaan ayahku berulang semula,beliau meracau dan bertindak tidak tentu arah,kami semua menjauhkan Awang dari situasi itu. Pak Ngah bingkas memanggil seorang rakannya yang hanya bersebelahan dengan rumah Pak Ngah yang bernama Pak Lang Zaki,orangnya muda,berkulit putih dan sempoi,setiap tutur katanya mempersonakan,tidak pernah aku berjumpa dengan orang seperti ini kerana setiap perbualannya menjadikan minda kita berfikir mengenai keunggulan Allah SWT,dia tidak gementar dan cemas dengan segala yang berlaku,dia mengambil segenggam beras bersama lada hitam dan bawang putih lalu digaulkan bersama dan ditumbuk,mulutnya yang berkumat-kamit entah membaca apa terus aku perhatikan dengan teliti,selepas beberapa ketika,bahagian kaki ayahku disapu dengan bahan yang ditumbuk sebentar tadi lalu satu respon positif diterima,ayahku boleh berkomunikasi seperti manusia normal semula tetapi menurut cerita Pak Lang Zaki,ayahku ini tidak akan berada dalam keadaan begini lama kerana dia sangat lemah,dia mengesyorkan untuk membawa ayahku pergi ke rumah gurunya iaitu Pak Long di kawasan dekat dengan Pekan Kangar,gurunya itu pernah menjadi Mufti di Perlis dan diceritakan mempunyai sedikit kelebihan kurniaan Allah.Terfikir aku bagaimana dia menjadi insan yang sebegini,rupa-rupanya gurunya bukan calang-calang orang.

bab 5,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



Perjalanan jauh terpaksa kuredahi..

Suasana dingin dan angin sepoi-sepoi bahasa mengalu-alukan kami untuk bergerak pada pagi itu,jam di papan pemuka kereta menunjukkan bahawa sudah pukul dua setengah petang dan sepatutnya cuaca sudah mulai panas tetapi hari itu bahang kepanasan tidak dirasai langsung,aku menaiki kereta yang berada di tengah antara tiga kereta itu bersama dengan kakakku iaitu Kak Yam dan suaminya iaitu Awang,aku bertindak sebagai pemandu kedua sekiranya berlaku kecemasan yang tidak diingini,kereta pertama merupakan kereta Abang Mad yang bertindak sebagai juru arah kerana dia sudah biasa dengan jalan yang bakal dilalui kerana rumahnya terletak di Taiping dan dia sudah biasa dengan selok belok jalan menuju ke Perlis,kereta itu dinaiki oleh Abang Mad bersama Isterinya iaitu Kak Siti serta ayah,mak tiriku dan anaknya,kereta yang berada di belakang sekali pula ialah kereta Kak Ani dan anak-anak kecil yang lain berserta Kak Lin.Kami semua merasakan perjalanan itu akan lancar seperti yang kita semua inginkan.Setiap kereta diarahkan oleh abangku untuk memasang ayat-ayat suci kedalam pemain audio di dalam kereta masing-masing agar bole dijadikan pendinding kepada kami semua.

Malang tidak berbau,jiwaku yang sedang serabut memikirkan bermacam perkara ini tiba-tiba disampuk satu fikiran yang sentiasa bermain di jiwa dan otak,perkara yang aku fikirkan itu tidak lain tidak bukan berkenaan dengan kata-kata ustaz azhar yang datang kerumah kami pada 2 hari yang lalu iaitu “benda ni nak hapuskan satu keluarga korang”,perkara itu seolah-olah bermonolog bersendirian mengatakan perkara-perkara yang negatif yang aku sendiri tidak menginginkannya,selama sejam perjalanan aku masih lagi sukar untuk melelapkan mata biarpun mata ku sudah tidak larat lagi untuk menanggung bebanan yang sebegini berat tetapi entah kenapa aku masih pelik memikirkan keadaan diriku ini.Mulut kami tidak putus membaca ayat-ayat suci Al Quran kerana bimbang perkara yang berlaku berulang semula.Aku tiba-tiba tersentak dari tidurku seakan-akan ada sesuatu yang menyergahku dari pelbagai arah,mata kiri dan kanan seolah-olah telah dipanah satu halilintar yang menggelapkan seluruh pandangan,mulut yang sentiasa mengucapkan ayat-ayat suci sebentar tadi dikunci dengan seketat-ketatnya,aku seakan-akan ingin menjerit sekuat-kuatnya tetapi terhalang,pandanganku tiba-tiba tertumpu kearah satu benda yang entah datang dari mana tetapi masih samar kerana aku baru sahaja bangun dan masih dalam keadaan mamai,bau wangi yang sangat kuat dan percikan air hujan seolah olah membuatkan aku berasa sangat sejuk sehingga berlapis-lapis pakaian yang aku pakai dapat ditembusi angin sejuk itu,lembaga yang sedang merangkak di bahu jalan itu seakan akan satu binatang yang tidak pernah dikelaskan di dalam sebarang buku atau inskripsi di dunia ini,tubuhku menggeletar dan kejang seketika,peluh-peluh mula membasasi badanku,ingin sahaja aku lari dari keadaan ini tetapi tidak terdaya,tubuhku dikunci serta merta seakan-akan seorang manusia yang diletakkan di dalam satu bongkah kecil yang hanya muat-muat tubuhku sahaja,papp!! Terperanjat aku ketika tubuhku dikejutkan dengan satu terjahan yang sangat kuat itu,rupa-rupanya aku tertidur dan bermimpi ngeri sahaja,aku segera menyegarkan diriku dengan menghirup kopi panas yang berada di sebelah tempat dudukku itu,tanpa kusedari aku sudah berada di kawasan Genting Highland dan sudah hampir mahu senja,kereta yang sangat berat itu perlahan-perlahan mendaki bukit yang tinggi itu,ketiga-tiga kereta kami perlahan-lahan mendaki bukit itu tanpa banyak merungut.
Lapar betul rasanya perut ini tetapi aku hanya mendiamkan diri sahaja kerana tidak ingin mengganggu fokus abang iparku yang sedang memandu,kakakku juga sedang lena diulit mimpi,kami semua terlalu penat kerana memori di kampung yang terlalu perit itu.Abang Mad memberi isyarat kekanan untuk masuk ke kawasan rehat Genting Sempah,mungkin naluri hati abangku itu faham akan keinginan perut kami ini yang sudah lapar.Kami memberhentikan kenderaan masing-masing rapat agar mudah untuk berkomunikasi antara kami,ayahku sudah boleh berjalan ketika itu,kami semua berjalan menuju ke bahagian atas untuk mengisi selera kami semua.Wah,berselera sungguh kami semua ketika itu,selepas beberapa minit kami menjamu selera kami semua meneruskan semula perjalanan untuk segera sampai ke destinasi kami di Titi Tinggi,Perlis.Memang benar kata orang,pengalaman adalah guru yang terbaik dan disebabkan itulah aku menganggap semua perkara yang aku lalui ini adalah satu pengalaman yang boleh mengajar aku di masa hadapan untuk menjadi seorang modal insan yang berguna,biarpun bukan untuk negara tetapi sekurang-kurangnya cukup untuk membantu sesiapa yang berada di dalam kesusahan di masa hadapan.


Isi perut,isi minyak,isi angin tayar dan segalanya kami isi untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh itu.Walaupun kurasa sudah dekat dua jam berada di atas kenderaan,tetapi kami masih lagi di dalam negeri Pahang dan masih perlu melalui beberapa buah negeri.Kami sekarang sudah sampai di Genting Highlands dan menuju ke Batang Kali untuk keluar dari negeri Pahang menuju ke Hulu Selangor.Suasana yang sejuk itu membuatkan fikiranku melayang-layang,keadaan berkabus di atas bukit yang diselubungi pokok-pokok yang sudah tua serta penampakan akar-akar rotan yang melilit pokok-pokok berlumba-lumba mendapatkan pancaran matahari sangat menenangkan minda.melalui jalan itu membuatkan hatiku berbicara sendirian”alangkah besar kuasa tuhan”.Masa seakan-akan mencemburui kami,dalam sedar tidak sedar kami sudahpun hampir dengan Hulu Selangor,dan sudahpun masuk pukul tujuh petang.mengikut perancangan kami,kami akan tiba di destinasi padam jam 12.00 malam itu jika tiada aral melintang.Melepasi Hulu Selangor tepat jam 7.30 malam dan ini menunjukkan bahawa kami sudah melalui separuh perjalanan,penat sungguh perjalanan ini,tidak ada hentinya.Satu persatu kampung,desa pekan,bandar kami lalui demi satu impian dan satu tujuan iaitu untuk menyembuhkan penyakit ayahku yang sangat kritikal itu.Kami melalui Kampung Air Panas untuk terus menuju ke pekan Kerling,disitu kami semua berhenti sebentar untuk melepaskan penat lelah dengan membasuh muka di kawasan yang ditepinya terdapat satu aliran air panas yang membuatkan kami semua terpegun dengan alam indah ciptaan tuhan yang sangat menakjubkan,kampung yang damai itu sangat menyegarkan.Perjalanan diteruskan melalui Kerling menuju ke Tanjung Malim bermakna kami semua telah melalui sempadan antara Selangor dan Perak,ini bermakna kami telah melalui 3 buah negeri iaitu negeri Pahang,Selangor,Perak dan terdapat 3 buah negeri lagi kami harus tuju sebelum tiba ke destinasi.


Melalui Slim River,melepasi Trolak,melintasi pekan Bidor,Tapah dan Gopeng,akhirnya kami sampai ke Bandar Ipoh,jam menunjukkan pukul 10 tengah malam,kami melilau dibandar itu seketika untuk mencari bahan makanan untuk santapan makan malam kami malam itu tetapi lain pula yang berlaku,di dalam kereta yang dinaiki aku terdapat satu peristiwa yang pelik lagi berlaku,secara tiba-tiba abang iparku yang memandu berasa lain macam dan beliau menceritakan kepada kami,beliau menyuruh aku menyentuh telinga kirinya “panasnya telinga abang” tergamam aku apabila memegang telinga kirinya,”cuba pegang belah kanan pula “eh,sejuk pulak”,abangku memberhentikan kenderaan ke bahu jalan,beliau menyuruhku memanggil abang-abangku kerana dia berasa sudah tidak tahan lagi katanya.Abang Mad dan abangku yang lain tiba,keadaan sudah kacau bilau pada masa itu abang iparku pada masa sudah tidak berdaya kerana dimasuki syaitan,memang benar cakap ustaz itu “badan hang lemah dan kurang pendinding amal ibadat senang untuk dimasuki anasir jahat”,minyak yang dibuat sebelum kami bergerak tadi digunakan untuk menyapu semua sendi-sendi di tubuh abang iparku itu,keadaan sudah kembali normal selepas beberapa minit,nyata kuasa Allah tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya.Abang iparku itu sudah tidak berdaya dan hanya baring di tempat duduk belakang,aku yang bertindak sebagai pemandu kedua memulakan tugas dengan memandu kereta itu menuju ke destinasi yang kami semua tuju.Selepas membeli sedikit makanan di kawasan Ipoh,kami semua tetap bersemangat dan sabar dengan ujian Allah ini dan meneruskan perjalanan.Jam ditangan kiriku menunjukkan pukul 11 tengah malam,nyata masa perjalanan yang kami rancang sudah lari,berbagai perkara yang pelik terjadi seperti perjalanan yang bersangkut-sangkut,kereta mengalami berat melampau sehingga menyebabkan kelajuan kereta menurun tiba-tiba,semua ini mungkin angkara syaitan durjana yang tidak serik-serik menyesatkan anak cucu Adam.Tidak mahu berhenti lama di Ipoh,abangku mengemudi kami menuju ke arah susur keluar ke lebuhraya utara-selatan yang dirasakan bakal melajukan perjalanan kami ke perlis,aku yang bertindak sebagai pemandu juga tidak boleh lari dari keadaan itu dan terus mengikut kereta di hadapan menuju ke arah lebuhraya utara-selatan itu.


Perjalanan itu menguji kemahiran pemanduanku,jalannya yang penuh dengan simpang-siur dan berbukit bukau ditambah dengan jarak penglihatan yang kurang kerana waktu malam dan hati yang berdebar sangat mencabar,mahu tidak mahu aku harus teruskan perjalanan agar kami semua tiba ke destinasi seperti yang kami semua impikan.Melalui kawasan yang hanya dikelilingi kawasan hutan itu sangat menyeramkan dan membuatkan banyak perkara yang tidak patut difikir bermain difikiran.Kami melalui di bahagian tepi Kuala Kangsar dan terus menuju ke daerah Changkat Jering serta Bagan Serai,kami semua masih bermain di negeri Perak dan akan melepasi sempadan antara Pulau pinang dan Perak tidak kurang dari 20 kilometer lagi,ini bermakna kami sudah melalui 4 negeri di Malaysia.Melepasi Pulau Pinang,kami semua tidak memasuki kawasan bandar kerana walaupun pada masa itu,kawasan bandar masih sesak dengan ragam manusia yang tidak puas dengan hiburan,negeri pembangkang itu kelihatan sangat meriah dan maju dalam pelbagai aspek,samada pelancongan mahupun ekonomi.”Ah,persetankan ke bandar itu,apa yang dituju masih jauh” bicaraku sendirian di dalam kereta itu dengan kakakku sudah tertidur di sebelah dan abang iparku yang terbaring di belakang,kelihatan lampu-lampu jambatan Pulau Pinang di kawasan Butterworth itu,ada terdetik dihati untuk pergi kesana buat kali kedua kerana keadaan di sana sangat seronok,kali pertama pergi melepasi jambatan Pulau Pinang itu ialah sewaktu pertandingan nasyid peringkat kebangsaan yang aku sertai pada tahun lepas.Perjalanan masih jauh dan aku yakin hanya pemandu-pemandu sahaja yang masih terjaga pada waktu itu dan yang lain sudah tidur didalam kereta masing-masing,iba-tiba aku terdengar suara dari tempat duduk belakang kereta perodua viva itu “ramainya member aku kat rumah”,seakan-akan ombak besar berada di hadapan mata,keadaan yang senyap sunyi itu tiba-tiba terdengar suara seperti abang iparku itu membuatkan aku ketakutan,seakan-akan bukan beliau yang mengungkapkan kata-kata itu dan sudah tidak perlu diterangkan lagi betapa takutnya perasaan aku ketika itu,hanya Allah dan Rasul menjadi sandaran pada masa itu,aku terus-terusan membaca ayat-ayat suci Al-Quran agar tenang hati ini walaupun badan aku sudah menggigil pada ketika itu.Melalui kawasan kelahiran mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu di Kepala Batas keadaan kembali normal seperti sebelumnya,senyap sunyi sahaja dan hanya terdengar deruman enjin kereta dan alunan ayat suci Al-Quran di pembesar suara radio kereta.


Tanpa disedari kami sudah berada di sempadan negeri antara Pulau Pinang dan Kedah,dan hampir dengan kawasan Sungai Petani.Kereta abang Mad berhenti di perhentin rehat dan rawat Sungai petani,mungkin untuk membuang air atau mengisi minyak,aku mengambil keputusan untuk pergi ke tandas dan membuang air kecil,lalu membeli apa-apa yang boleh menghilangkan rasa mengantuk aku ketika memandu nanti,aku membeli air red bull dan sedikit asam.Abang Mad sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan perhentian itu untuk meneruskan perjalanan ke kawasan Gurun.Setibanya kami di Gurun,kami mengambil susur kanan ke Alor Setar dan tidak mengikut susur kiri untuk berpatah balik ke Gerik,perjalanan diteruskan melalui Pendang ke Alor Setar untuk keluar dari kawasan negeri Kedah menuju ke Perlis.Selepas melalui kawasan Alor Setar,kami menuju pula ke kawasan Jitra,jam di papan pemuka kereta dan di tangan menunjukkan jam 1.30 pagi dan ini menunjukkan sudah hari raya Aidilfitri kedua dan membuktikan bahawa hari raya Aidilfitri pertama kami hanya dihabiskan di atas kenderaan.Sesampainya di Jitra kami mengambil keputusan keluar dari kawasan lebuhraya dan mengambil jalan biasa,melepasi tol,kami mengikut arah kereta Abang Mad menuju ke kawasan Changloon yang sinonim dengan panggilan pekan gula kerana disitulah kawasan tanaman tebu gula besar-besaran yang diusahakan seorang usahawan China.Di changloon,keadaan sungguh dingin dan menenangkan kerana di kawasan tepi-tepinya hanyalah tanaman tebu gula,setibanya di satu bulatan kami mengambil susur kiri menuju ke arah Kangar,sejak dari Jitra sebentar tadi sebenarnya kita sudah melepasi negeri Kedah menuju ke Perlis,mata memang sudah kalah ketika ini tetapi memikirkan destinasi yang dituju sudah sangat hampir walaupun masih berbaki 50 kilometer lagi.Dalam 10 kilometer,kami semua memasuki simpang ke kanan untuk pergi ke kawasan Chuping kerana tidak mahu memasuki bandar Kangar yang peenuh dengan lampu isyarat yang dirasakan mampu menjejaskan masa kami untuk segera sampai ke destinasi iaitu di simpang Kampung Ulu Pauh.

Melalui Felda Chuping dan Kampung Batu Tiga,kami sampai di persimpangan Pekan Chuping,di simpang itu kami mengambil susur kiri dan sampai di persimpangan seterusnya kami ambil susur kanan untuk menuju ke kawasan Empangan Timah Tasoh,tetapi masih banyak simpang yang kami perlu lalui,keadaan pada waktu itu memang tidak perlu dikatakan lagi kerana kami semua yang sudah tidak tidur selama beberapa hari dan kurang rehat serta melalui perjalanan yang sangat jauh ini sangat letih dan tidak bermaya,jam tepat menunjukkan jam 2.45,ramalan kami untuk sampai pada jam 12 meleset sama sekali,perjalanan bertambah selama 3 jam dari masa sebenar dan mungkin akan bertambah lagi.Tidak sampai 10 kilometer kami mengambil simpang ke kiri dan terus sampai ke Empangan Timah Tasoh yang hanya 3 atau 4 kilommeter sahaja lagi melalui Kampung Padang Malau,di persimpangan Kampung Padang Malau kami mengambil susur kanan dan destinasi yang kami tuju hanya berbaki 10 kilometer sahaja lagi dan kami semua sudah tidak sabar untuk segera sampai ke destinasi,jalan yang mencabar menyebabkan kami semua pemandu kurang mengantuk kerana harus fokus kepada jalan yang sangat rumit itu,untuk sampai ke destinasi kami masih perlu melalui satu simpang tiga terakhir dan akhirnya kami tiba di simpang tiga itu dan mengambil ke kanan mengikut arah papan tanda menuju ke kawasan Padang Besar.

Rabu, 27 Mac 2013

bab 4,sambungan hari raya yang hadir penuh memori...




Prakarsa yang pragmatik diambil..

      Keadaan hingar bingar yang terjadi membuatkan lebih ramai orang berkunjung ke rumahku,seakan-akan kenduri yang aku rasakan melihat ramai orang dirumahku,anak-anak kecil dan kakak-kakakku sudah berada di surau,dan abang iparku yang baru sahaja dirasuk tadi pun bergerak ke surau untuk menenangkan keadaan rumah itu,jadi tinggallah beberapa orang sahaja yang bertindak mengemas di rumah itu seperti melipat kain baju,menyapu,dan melakukan pelbagai lagi perkara biarpun hati ini berdebar-debar tetapi dengan kalimah Allah bermain di bibir kami semua tabah melakukan,abang Mad yang berada di rumah itu melakukan tindakan susulan yang disuruh oleh ayah mertuanya seperti membuat penghalau jin menggunakan berbagai cara tradisional,semestinya itu semua perlu untuk mengelakkan kami semua yang berada di rumah itu pula yang akan diserang oleh makhluk halus ciptaan pencipta langit dan bumi Allah S.W.T.


     Kira-kira lima genggam beras diambil oleh abang Mad lalu dibacakan ayat-ayat suci Al Quran Al Karim untuk beberapa ketika diatas sejadah menghadap kiblat,bagi kami yang berada di dalam rumah itu hanya hati yang bisa merasakan getaran dan debaran yang dirasakan,mungkin kesemua daripada kami merasakan bahawa kami sedang diperhati,bulu-bulu roma kami tegak,segala pergerakan kami sangkut-sangkut mungkin kerana kerja syaitan durjana yang tidak pernah puas memesongkan anak cucu Adam di atas bumi ini,tetapi tanggungjawab tetap tanggungjawab,semuanya kami laksanakan dengan hati yang sabar dan beringat kepada Allah S.W.T,Kak Siti merupakan isteri kepada abangku Mad yang tolong sekali di dalam rumah itu pada malam itu,Kak Lin pula merupakan kakak kandungku,kami bertiga termasuk Abang Mad sahaja yang berada di rumah itu,baju-baju kotor yang tidak sempat dibasuh di letak di dalam plastik untuk di bawa pergi ke perlis pada keesokan hari,semua kuih-kuih raya di susun di hadapan pintu rumah untuk memudahkan proses pengambilan pada keesokkan paginya,lauk-lauk basi pula terpaksa dibuang,rumah disapu kerana tempoh masa kami pergi agak lama,risau-risau nanti akan masuk ular atau binatang-binatang berbisa lain jika rumah itu tidak dibersihkan.



     Sedang kami asyik mengemas rumah,Abang Mad keluar dari pintu bilik nombor tiga dalam keadaan yang sangat teruk,mukanya sangat pucat,di bibirnya hanya berkumat-kamit ayat suci Al Quran sahaja,matanya seakan buka seakan tutup,peluh penuh membasahi pipi dan seluruh anggota badan,”yang,ambil tuala jap”,dia berbicara kepada Kak Siti,kasihan melihat keadaan itu,kami semua menyuruh beliau berehat,kira-kira setengah jem juga kami menemami beliau berehat di ruang tamu,”payahnya nak buat beras tu,macam-macam halangan ada,kipas bukak nombor lima dah,tapi panas dia tu macam dok dalam api tu,beras tu sat lagi hampa kena ikut aku takbir sekali tau,kena baling setiap penjuru luar dan dalam rumah tu”,kami khusyuk mendengar kata-kata Abang Mad ,tiada sebarang perkataan terpacul dari mulut kami melainkan hanya mengangguk sahaja kerana kami semua tahu,tindakan yang dilakukan adalah untuk kebaikan kami semua.



      Selepas melihat keadaan Abang Mad sudah boleh dikira normal,kami pun membuka mulut berbincang mengenai bagaimana perjalanan pada esok pagi,memang benar perjalanan itu bukan sekejap,dalam ramalan kami dalam sembilan jam mungkin sampai ke perlis,kunci rumah akan diserahkan kepada sahabat ayah yang bernama Cik Lan kerana beliaulah yang akan menguruskan rumah itu semasa ketiadaan kami semua,beliaulah yang akan menjaga ayam,angsa,itik yang dibela oleh ayahku,kereta milik ayahku pula akan diletakkan di rumah Pak Long Aziz kerana beliau merupakan orang yang rapat dengan keluarga kami.tanpa melengahkan masa kami semua meneruskan saki baki kerja yang masih tertinggal di dapur dan membiarkan Abang Mad berehat sebentar sebelum meneruskan saki baki kerja beliau.Ayah yang berada di surau ditemani beberapa orang ahli blok yang bertindak sebagai menjaga keadaan ayah aku pada malam itu,kehadiran seorang tukang urut tempatan yang berada di kawasan kampungku juga sedikit sebanyak membantu keadaan ayahku yang boleh dianggap stabil pada masa itu,kelihatan di surau lebih kurang sepuluh orang yang berada di situ,tidak termasuk ahli keluarga kami yang tidur di bahagian dalamnya.Kami semua terkejut dengan takbir yang entah datang dari mana,rupa-rupanya itu adalah suara abangku membaling beras yang dibaca ayat suci tadi,setiap pelusuk rumah dilemparkan beras sehingga kami juga tidak terlepas dari lemparan beras itu,semua orang yang berada di surau bergegas turun ke rumah kerana menyangka Abang Mad sudah dirasuk tetapi keadaan tenang semula selepas kelibat Abang Mad yang normal hadir dari kegelapan malam menuju ke surau,sekarang tinggallah kami bertiga di dalam rumah itu.


      Sudah setengah jam kami bertiga bersendirian,Abang Mad pulang semula ke rumah itu dan memberitahu kami perkara yang kami tidak sangka dan sememangnya kami tidak ingin tahu;”benda tu ada lagi kat sini,sat ja dia lari,kuang ajar”,kata-kata yang dituturkan itu seolah-olah abangku itu nampak kehadiran makhluk itu,hati kami yang memang sudah sedia takut ini bertambah takut dengan penyataan itu,dengan segera abangku itu menelefon ayah mertuanya yang berada di Perlis untuk mendapatkan lebih banyak cara yang perlu atau wajar digunakan untuk menghalau makhluk itu lebih jauh dari rumah itu agar kami semua boleh pulang ke rumah untuk tidur kerana kami semua juga faham surau itu akan digunakan untuk sembahyang raya pada esok hari jadi kami tidak sanggup untuk mencemari surau itu,kali ini langkah yang sama juga diambil tetapi beras itu harus dicampur dengan lada hitam,garam,bawang putih dan kunyit itu harus ditumbuk sehingga lumat dan dicampur dengan bawang putih yang juga ditumbuk lumat untuk menghasilkan satu campuran beras yang berwarna kekuning-kuningan dan dibaca dengan beberapa potong ayat suci Al Quran,selesai segalanya,beras itu dilempar ke celah-celah kawasan yang tersembunyi tetapi dengan cara yang lebih perlahan iaitu dengan dibaca sebelas kali surah Al Fatihah sebelum dilempar beras itu,proses melempar itu tidak memakan masa yang lama,selesai sahaja proses melempar itu,abangku membuat satu panggilan kepada ayah mertuanya untuk bertanya tentang keadaan rumah itu selepas semua yang dilakukan,tetapi jawapannya tetap hampa kerana ayah mertua beliau menyatakan bahawa makhluk itu semakin dilawan semakin kuat dia,malah si pemiliknya juga akan bertindak jika makhluk itu dilawan menjadikan makhluk itu seakan-akan kebal,ikhtiar akhir yang dilakukan adalah dengan menggunakan clorox iaitu salah satu bahan antibakteria kuat yang mengeluarkan bau yang kuat biasanya digunakan untuk menghilangkan kotoran degil di baju atau seluar,selepas dibaca surah Yasin dan beberapa surah pendek,Abangku mencapai lampu picit miliknya dan mengajak aku mengikutnya menyiram air itu bermula di kawasan kami menggali botol kecil itu sehingga ke kawasan keliling rumah,semasa kami sedang menyiram di bahagian belakang rumah,abangku telah terlanggar sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apakah itu sehingga menyebabkan bekas jahitan daripada luka patah kaki yang berlaku angkara kemalangan dua tahun lepas terkoyak sedikit dan menyebabkan pendarahan yang banyak tetapi berjaya ditutup pendarahan itu dengan daun kapal terbang yang dilenyek dan dilekatkan pada bahagian luka, proses menyiram itu tetap diteruskan untuk memastikan ia dapat disempurnakan pada malam itu juga.Selepas siap,abangku memeriksa luka yang berlaku tadi,seakan-akan luka akibat terkena sesuatu yang tajam,mungkin zink tetapi tiada bunyi kuat yang dirakam,tiada siapa dapat menjawab soalan itu kecuali si penciptanya iaitu Allah S.W.T.Proses akhir yang mungkin menjadi penyelamat kami ada malam itu,pagar yang dibina menggunakan clorox itu mungkin dapat membawa semua keluarga kami kerumah pada malam itu.Abangku menelefon semula ayah mertua beliau dan kali ini ayah beliau hanya menjawab supaya kami banyak-banyak berdoa ke hadrat Illahi agar segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil,jawapan itu sememangnya bukan jawapan yang kami semua inginkan tetapi itu sudah memadai.


   Aku bergerak perlahan memecah arus malam menuju ke surau pada malam yang gelap yang hanya diterangi dengan lampu jalan yang samar-samar sahaja,lampu picit yang dipegang hampir kehabisan bateri,perjalanan yang dilalui pada hari itu menyebabkan badan aku bertambah penat,malam itu aku tidak sempat menjamah sebutir nasi pun.Sesampainya aku di surau segera aku berjumpa dengan Pak Long Razak dan menyatakan bahawa Abang Mad suruh semua balik kerana kata abangku keadaan rumah sudah boleh dikatakan normal,jadi semua ahli keluarga meninggalkan surau dan menuju kerumah semula,.Di rumah,toto-toto sudah dibentangkan untuk menjadi tempat kami tidur pada malam itu,tetapi naluri seorang manusia mestilah ingin mencari kepastian,akhirnya telefon abangku berdering,ustaz yang selalu dihubungi memberitahu bahawa masih ada lagi seekor jin yang dilakukan orang orang asli kerana ayahku telah melakukan sesuatu di kawasan mereka,telefon itu beralih tangan kepada ayahku yang pada masa itu sudah boleh berkata-kata,kami semua mendengar setiap pertanyaan dan jawapan kerana telefon beroperasi secara pembesar suara,aku pun khusyuk mendengar biarpun mata ini sangat berat,”Pak cik ada pergi mana-mana kawasan orang asli tak?”.tanya ustaz itu,”ada,kat Lubuk Perah”,jawab ayahku,”ustaz itu bertanya lagi,”ada buat apa-apa tak?kencing ke,ludah ke?”,”ada,pak cik ludah kat bawah pokok besar,masa tu pak cik pergi tolong hantar barang kawan pak cik,pak cik pergi dengan lori”jawab ayahku selepas beberapa ketika berfikir dan cuba mengingati”,”hah,tu lah pak cik,kita pergi tempat orang kena hormat,jangan buat macam tu,pagi esok,pak cik kena bawak lori pergi balik kat tempat tu dengan lori tu jugak dengan anak beranak pak cik,kena pergi hantar balik benda tu,kalau pak cik dah sampai kat sana pak cik telefon saya semula,pergi dalam pukul sebelas”,jawab ustaz itu sambil memberi arahan.Kami sekelarga membiarkan ayah kami berehat selepas itu dan kami semua pergi kedalam satu bilik dan berbincang seketika mengenai bagaimana nak bergerak ke Perlis dan melaksanakan arahan ustaz itu kerana waktu yang ditetapkan oleh ustaz itu berlanggar dengan waktu kami semua ingin bertolak,”pagi esok lah kita pikiar,aku penat sungguh nie”,tiba-tiba terpacul kata-kata dari mulut Abang Mad,jadi tanpa berkata apa-apa,kami pun terus tidur...........

bab 3,sambungan hari raya yang hadir penuh memori




Kisah segala perkara bermula….


Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh:


    wad kenanga 11,itulah yang bermain di fikiranku pada waktu itu.Dua,tiga tapak menuju ke lobi hospital,aku terpandang beberapa wajah yang sangat aku kenali,"lah,kak yam,kak nie",aku pergi mendapatkan mereka,"mu mai naik apa?",tanya kak yam,"naik motor lah,nak naik apa lagi,tiket belaka habis dah",jawabku selamba dalam loghat kedah.Waktu melawat sudah hampir tamat,aku harus bingkas bergerak ke wad ayahku,jika tidak tidak sempat untuk aku melihat keadaan ayahku di atas.Puas aku melilau mencari katil tempat ayahku di wad kenanga akhirnya jumpa jua di katil no 24,ayahku sudah sihat sedikit kata abang iparku Awang,aku meminta kebenaran dari ayahku untuk turun sebentar berjumpa dengan kesemua keluargaku yang sedang menjaga anak mereka di kawasan taman di perkarangan hospital."Mu dok ngan pak noh malam ni,biar Awang balik rumah sat",kata Kak Yam,"buleh aih",aku menjawab dengan nada yang bersemangat.


      Habis waktu melawat,aku naik ke tingkat atas di wad ayahku untuk membuat pas penjaga untuk menjaga ayahku malam itu.Malam itu,aku berjaga sepanjang malam kerana ayahku yang perlu diurut setiap tiga atau empat minit sekali kerana angin,doktor yang menjaga ayahku menyatakan bahawa ayahku asma dan lelah,sayu hatiku melihat ayahku dicucuk jarum di sekitar badannya,sakit-sakit beliau apabila tiba waktu makan ubat,tetapi apakan daya,nak sihat tetap digagahi juga untuk melihat ayahku sembuh,terkadang-kadang ada aku pergi ke tandas untuk mengesat air mata melihat badan ayahku yang dahulunya gempal menjadi hanya tulang dan kulit sahaja kerana sudah lama tidak makan nasi akibat daripada bibir dan lelangit mulut yang pecah-pecah akibat dari ubat sedut penambah pernafasan dan oksigen yang disalurkan setiap masa.     Dalam jam dua belas lebih abang Mad sampai di hospital selepas melalui perjalanan yang memakan masa selama tujuh jam dari Taiping,beliau juga sedih melihat keadaan ayahku yang sangat teruk,sejam berbual bersama ayahku dia juga pulang ke kampung kerana sudah penat melalui perjalanan yang jauh.Aku terjaga dari tidur pada pagi itu selepas dikejutkan oleh ayahku yang minta diurut badannya yang lenguh-lenguh,aku memandang jam yang berada di pergelangan tangan kiriku,"Subhanallah,dah jam sepuluh pagi",bingkas aku bangun dari kerusi dan pergi ke tandas untuk membasuh mukaku agar segar sedikit badanku yang penat perjalanan semalam masih belum habis.Seluruh keluargaku hadir ke hospital pada waktu melawat tengah hari itu membawa makanan yang dipesan pada waktu semalam,ikan masin,nasi putih,air kopi dan bermacam lagi makanan dihidangkan.Doktor datang ke katil ayahku dan menyatakan ayahku sudah dibenarkan keluar pada petang itu.Masa yang ditunggu sudah hampir tiba,abang Mad menunggu ayahku bersama denganku pada petang itu untuk membawa ayahku pulang ke kampung.Doktor membenarkan ayahku pulang selepas waktu solat Zuhur.Lega hati ini tidak terkata pada waktu itu kerana ayahku sudah sihat sedikit dari sebelumnya.Sesampai di rumah,hati ini seakan-akan tidak mahu pulang,entah mengapa,rasa seakan-akan rumah itu sudah hilang serinya,berasa perkara yang tidak diingini akan berlaku tidak lama lagi,tekaan hati ini tidak pernah meleset,ternyata benar perkara yang tidak diingini akan berlaku,cukup lima jam kami sekeluarga sampai di kampung ayahku mula berasa sakit semula,ayahku tidak seperti berada di hospital dulu,keadaan kali ini lebih teruk,ayahku diurut hampir lima orang,nafasnya tersekat-sekat,beliau tidak boleh lena seperti di hospital,cukup tiga minit ayahku sakit semula,tidak boleh rehat langsung.         Tiap-tiap hari perkara itu berulang sampai kami sekeluarga tidak boleh tidur kerana menjaga ayah yang sakit,cukup dua,tiga hari kami sudah berasa lain macam,berbekam sehingga memakan wang ringgit sehingga 350 ringgit tidak termasuk ubat-ubatan,segala jenis susu telah diberi,segala ubat telah diberi,segala usaha telah dijalankan,semuanya hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja,cuma tinggal satu cara sahaja lagi,berubat dengan cara tradisional sahaja yang belum dicuba.Akhirnya kami semua sepakat menggunakan khidmat ustaz-ustaz yang berada berhampiran,ustaz yang dijemput bukan calang-calang ustaz,ustaz yang dijemput adalah anak didik ustaz Harun Din dari pusat perubatan as-syifaa, akhirnya benarlah semua sangkaan kami selama ini. Ustaz yang lebih suka dipanggil Pakcu dengan nama sebenar beliau adalah Azhar yang datang dari Karak membongkar permulaan bab ini,segala persoalan kami semua telah terjawab,tetapi masih bermain-main di fikiran kami beberapa persoalan yang tidak mudah untuk diperjelaskan iaitu bagaimana cara merawat,siapa angkaranya,bagaimana terjadi,apakah implikasinya,dimana akar umbinya,dan berbagai lagi persoalan yang akan dicungkil melalui semua pertanyaan ini.Mesti anda semua tertanya-tanya mengenai apakah penyakit yang terjadi kepada ayahku sehingga mengheret ustaz Azhar ini ke rumah kami,penyakit ayahku bukanlah penyakit zaman moden atau penyakit zaman kini contohnya alzheimeir,angin ahmar,kanser atau sebagainya, tetapi penyakit yang berpunca daripada benda halus yang lebih sesuai kita klasifikasikan sebagai jin atau syaitan yang dipanggil pelesit.Benda ini adalah kepunyaan seseorang yang dengki dan mempunyai hasad dendam dengan keadaan ayahku yang semenjak dua menjak ini dilimpahi rezeki seperti dapat membina rumah yang baru,membeli lori,dan pelbagai lagi,ustaz itu memberitahu lagi bahawa jin itu sudah sebati dengan diri ayah aku kerana sudah lebih empat bulan jin itu memakan isi-isi badan ayahku dan menutup salur pernafasan ayahku,merosakkan bahagian urat-urat saraf dan berbagai lagi sehinggakan jin itu tidak boleh dipisahkan dari badan ayahku secara mudah. 
     Ustaz itu memulakan rawatan dengan cara mengeluarkan dahulu punca yang ditanam di kawasan rumahku,kami semua adik beradik lelaki terpaksa membantu ustaz itu,beliau menyuruh kami mencangkul tanah di bahagian kanan pintu pagar rumah dan membawa masuk tanah itu yang diisi di dalam besen lalu dilemparkan di atas plastik yang sudah disediakan di dalam rumah,ustaz itu menebarkan kain putih di atas tanah itu dan menyiram kawasan tanah itu dengan air garam,kami semua adik beradik diminta menghancurkan kesemua tanah-tanah itu dengan tangan kami sendiri,selesai tanah itu dihancurkan,beliau menyelak kain itu dan menyuruh kami mencari sebarang benda yang pelik,tiba-tiba abangku terpegang satu botol kaca kecil yang ditutup rapat,"Hah!inilah bendanya yang kacau korang selama nie",kata ustaz yang datang kerumah kami itu,selepas disiram air garam,botol itu dipecahkan dan kami semua dibenarkan membau benda yang terkandung dalam botol itu,"Bau tanah kubur nie",semua kami menyatakan perkara yang serupa,keadaan ayahku pada waktu itu boleh diibaratkan sudah pulih sepenuhnya,tetapi malang tidak berbau.


    Malam itu perkara yang sama berulang semula malahan lagi teruk dari malam sebelumnya,selepas ustaz Azhar itu,kami mendapatkan khidmat Ustaz lain pula,tetapi semua proses perubatan dilakukan melalui telefon bimbit sahaja,ustaz itu memberitahu bahawa jin itu hanya akan menyerang sekiranya badan seseorang itu lemah dan akan menyerang sesiapa sahaja yang berada di rumah itu,ketika ayahku sakit-sakit,abangku akan menelefon ustaz itu dan ustaz itu akan melakukan proses rawatan seperti ustaz itu akan berkomunikasi dengan jin itu dan melakukan tindakan susulan untuk membuang jin itu dari badan ayahku,walaupun sudah sehari berubat,jin itu hanya lari sekejap sahaja tetapi akan masuk semula selepas beberapa minit,jadi kami semua mengambil keputusan drastik untuk menghantar ayah pergi berubat di Perlis iaitu di negeri yang lebih jauh kerana mengikut makluman ustaz itu,rumah itu harus dijauhi untuk jangka masa yang lama kerana rumah itu sudah dicemari dengan satu sumpahan seperti yang dikatakan oleh ustaz Azhar itu,"jika korang lari dari rumah tu,hantu tu mungkin tak ikot sebab dia kacau kat rumah tu jer",kata ustaz itu melalui perbualan telefon dengan abangku.


    Pada malam hari,kami semua mengemas barang-barang sendiri termasuk aku,baju-baju telahku semat ke dalam beg galasku,topi keledarku terpaksa ditinggalkan kerana kereta-kereta sudah penuh dengan pelbagai barang,kuih-kuih raya seperti rendang daging,sup tulang,ketupat dan lemang kerana sudah tidak boleh dimakan lagi kerana makanan itu sudah basi,itupun menjadi salah satu persoalan yang bermain di minda kami semua kerana pada hari kebiasaan sup tulang itu boleh disimpan selama berhari-hari lamanya walaupun tidak dipanaskan tetapi pada hari itu sup itu telah basi walaupun hanya tiga jam dibiarkan,pada malam itu ayah mertua abang Mad yang berada di Perlis memberitahu bahawa malam itu satu perkara besar akan berlaku,jin itu akan mengamuk kerana sudah mengetahui niat kami semua untuk pergi jauh dari rumah itu dan jin itu tidak membenarkan kami beredar dari rumah itu,untuk tidak membesar-besarkan perkara itu,tidak semua orang diberitahu kerana khuatir keadaan kucar-kacir akan berlaku,aku dan abang Mad mengarahkan untuk semua orang pergi tidur di surau yang berada tidak jauh dari rumah kami agar mereka semua tidak menerima kesan yang akan berlaku malam itu.Sungguh letih badan kami semua kerana sudah tiga atau empat hari tidak tidur kerana menjaga ayah kami,pada malam itu semua ahli blok datang kerumah kami kerana keadaan ayah semakin teruk,mereka semua datang melawat untuk melihat keadaan ayah kami,kehadiran mereka memang tepat kerana pada malam itu sedang aku dan abang iparku Awang sedang mengurut belakang badan ayahku badan kami terasa seperti ditimpa suatu yang berat,mata menjadi kelabu bagai diselubungi awan,badan lenguh-lenguh di serata tempat,"ah,ni dah berat nie,aku dah tak tahan dah nie",kata abang iparku itu.


     Selang beberapa saat abangku kejang bagai ditembak satu halilintar lalu serta merta riak wajah dan personaliti abangku itu berubah,bingkas kami semua memegang anggota badan abangku itu kerana ketika itu beliau telah dirasuk jin yang berada di dalam badan ayahku itu,Pak Long Razak bertindak laju dengan membawa ayahku ke surau untuk mengelakkan ayahku diserang semula,selamatlah ada seorang ahli blokku yang mesra dipanggil Pak Ngah Cop ada disitu,beliau merupakan salah seorang pengamal seni mempertahankan diri yang boleh dikatakan mahaguru dan sudah tersemat pelbagai ilmu didada .Beliau dengan segera bertindak laju dengan mengawal keadaan yang kucar kacir itu,tingkah laku jin yang merasuk ke dalam badan abang iparku itu sudah semakin teruk,dia sudah mula meracau dan cuba melarikan diri,selepas beberapa kali bertempur dengan Pak Ngah Cop barulah nampak tanda-tanda dia akan menyerah tetapi biasalah syaitan,setiap perkara yang dituturkan hanyalah dusta belaka,selang beberapa minit selepas dilepaskan daripada pegangan kami semua,dia bertindak lari dengan sangat kencang cuba mencari pintu rumah untuk keluar tetapi sempat ditahan oleh beberapa orang yang berada di rumah itu dan adegan meracau bermula semula,tetapi kali ini semuanya menjadi lebih teruk,tenaga yang dilepaskan dari dalam badan abang iparku itu lebih kuat tetapi seperti biasa setiap makhluk Allah pasti ada kelemahannya,selepas dibacakan beberapa potongan surah Al Quran,keadaan abang iparku itu semakin lemah dan akhirnya semuanya normal cuma badan abangku itu menjadi tidak bertenaga akibat daripada rasukan syaitan sebentar tadi.