bab 3,sambungan hari raya yang hadir penuh memori
Kisah segala perkara bermula….
Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh:
wad
kenanga 11,itulah yang bermain di fikiranku pada waktu itu.Dua,tiga tapak
menuju ke lobi hospital,aku terpandang beberapa wajah yang sangat aku
kenali,"lah,kak yam,kak nie",aku pergi mendapatkan mereka,"mu
mai naik apa?",tanya kak yam,"naik motor lah,nak naik apa lagi,tiket
belaka habis dah",jawabku selamba dalam loghat kedah.Waktu melawat sudah
hampir tamat,aku harus bingkas bergerak ke wad ayahku,jika tidak tidak sempat
untuk aku melihat keadaan ayahku di atas.Puas aku melilau mencari katil tempat
ayahku di wad kenanga akhirnya jumpa jua di katil no 24,ayahku sudah sihat
sedikit kata abang iparku Awang,aku meminta kebenaran dari ayahku untuk turun
sebentar berjumpa dengan kesemua keluargaku yang sedang menjaga anak mereka di
kawasan taman di perkarangan hospital."Mu dok ngan pak noh malam ni,biar Awang
balik rumah sat",kata Kak Yam,"buleh aih",aku menjawab dengan nada
yang bersemangat.
Habis waktu melawat,aku naik ke
tingkat atas di wad ayahku untuk membuat pas penjaga untuk menjaga ayahku malam
itu.Malam itu,aku berjaga sepanjang malam kerana ayahku yang perlu diurut
setiap tiga atau empat minit sekali kerana angin,doktor yang menjaga ayahku
menyatakan bahawa ayahku asma dan lelah,sayu hatiku melihat ayahku dicucuk
jarum di sekitar badannya,sakit-sakit beliau apabila tiba waktu makan
ubat,tetapi apakan daya,nak sihat tetap digagahi juga untuk melihat ayahku sembuh,terkadang-kadang
ada aku pergi ke tandas untuk mengesat air mata melihat badan ayahku yang
dahulunya gempal menjadi hanya tulang dan kulit sahaja kerana sudah lama tidak
makan nasi akibat daripada bibir dan lelangit mulut yang pecah-pecah akibat
dari ubat sedut penambah pernafasan dan oksigen yang disalurkan setiap masa. Dalam jam dua belas lebih abang Mad sampai di hospital
selepas melalui perjalanan yang memakan masa selama tujuh jam dari
Taiping,beliau juga sedih melihat keadaan ayahku yang sangat teruk,sejam
berbual bersama ayahku dia juga pulang ke kampung kerana sudah penat melalui
perjalanan yang jauh.Aku terjaga dari tidur pada pagi itu selepas dikejutkan
oleh ayahku yang minta diurut badannya yang lenguh-lenguh,aku memandang jam
yang berada di pergelangan tangan kiriku,"Subhanallah,dah jam sepuluh
pagi",bingkas aku bangun dari kerusi dan pergi ke tandas untuk membasuh
mukaku agar segar sedikit badanku yang penat perjalanan semalam masih belum
habis.Seluruh keluargaku hadir ke hospital pada waktu melawat tengah hari itu
membawa makanan yang dipesan pada waktu semalam,ikan masin,nasi putih,air kopi
dan bermacam lagi makanan dihidangkan.Doktor datang ke katil ayahku dan
menyatakan ayahku sudah dibenarkan keluar pada petang itu.Masa yang ditunggu
sudah hampir tiba,abang Mad menunggu ayahku bersama denganku pada petang itu
untuk membawa ayahku pulang ke kampung.Doktor membenarkan ayahku pulang selepas
waktu solat Zuhur.Lega hati ini tidak terkata pada waktu itu kerana ayahku
sudah sihat sedikit dari sebelumnya.Sesampai di rumah,hati ini seakan-akan
tidak mahu pulang,entah mengapa,rasa seakan-akan rumah itu sudah hilang
serinya,berasa perkara yang tidak diingini akan berlaku tidak lama lagi,tekaan
hati ini tidak pernah meleset,ternyata benar perkara yang tidak diingini akan
berlaku,cukup lima jam kami sekeluarga sampai di kampung ayahku mula berasa
sakit semula,ayahku tidak seperti berada di hospital dulu,keadaan kali ini
lebih teruk,ayahku diurut hampir lima orang,nafasnya tersekat-sekat,beliau tidak
boleh lena seperti di hospital,cukup tiga minit ayahku sakit semula,tidak boleh
rehat langsung. Tiap-tiap hari perkara itu
berulang sampai kami sekeluarga tidak boleh tidur kerana menjaga ayah yang
sakit,cukup dua,tiga hari kami sudah berasa lain macam,berbekam sehingga
memakan wang ringgit sehingga 350 ringgit tidak termasuk ubat-ubatan,segala
jenis susu telah diberi,segala ubat telah diberi,segala usaha telah
dijalankan,semuanya hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja,cuma tinggal satu cara
sahaja lagi,berubat dengan cara tradisional sahaja yang belum dicuba.Akhirnya
kami semua sepakat menggunakan khidmat ustaz-ustaz yang berada
berhampiran,ustaz yang dijemput bukan calang-calang ustaz,ustaz yang dijemput
adalah anak didik ustaz Harun Din dari pusat perubatan as-syifaa, akhirnya benarlah
semua sangkaan kami selama ini. Ustaz yang lebih suka dipanggil Pakcu dengan
nama sebenar beliau adalah Azhar yang datang dari Karak membongkar permulaan
bab ini,segala persoalan kami semua telah terjawab,tetapi masih bermain-main di
fikiran kami beberapa persoalan yang tidak mudah untuk diperjelaskan iaitu
bagaimana cara merawat,siapa angkaranya,bagaimana terjadi,apakah implikasinya,dimana
akar umbinya,dan berbagai lagi persoalan yang akan dicungkil melalui semua pertanyaan
ini.Mesti anda semua tertanya-tanya mengenai apakah penyakit yang terjadi
kepada ayahku sehingga mengheret ustaz Azhar ini ke rumah kami,penyakit ayahku
bukanlah penyakit zaman moden atau penyakit zaman kini contohnya
alzheimeir,angin ahmar,kanser atau sebagainya, tetapi penyakit yang berpunca
daripada benda halus yang lebih sesuai kita klasifikasikan sebagai jin atau
syaitan yang dipanggil pelesit.Benda ini adalah kepunyaan seseorang yang dengki
dan mempunyai hasad dendam dengan keadaan ayahku yang semenjak dua menjak ini
dilimpahi rezeki seperti dapat membina rumah yang baru,membeli lori,dan
pelbagai lagi,ustaz itu memberitahu lagi bahawa jin itu sudah sebati dengan
diri ayah aku kerana sudah lebih empat bulan jin itu memakan isi-isi badan ayahku
dan menutup salur pernafasan ayahku,merosakkan bahagian urat-urat saraf dan
berbagai lagi sehinggakan jin itu tidak boleh dipisahkan dari badan ayahku
secara mudah.
Ustaz itu memulakan rawatan
dengan cara mengeluarkan dahulu punca yang ditanam di kawasan rumahku,kami
semua adik beradik lelaki terpaksa membantu ustaz itu,beliau menyuruh kami
mencangkul tanah di bahagian kanan pintu pagar rumah dan membawa masuk tanah
itu yang diisi di dalam besen lalu dilemparkan di atas plastik yang sudah
disediakan di dalam rumah,ustaz itu menebarkan kain putih di atas tanah itu dan
menyiram kawasan tanah itu dengan air garam,kami semua adik beradik diminta
menghancurkan kesemua tanah-tanah itu dengan tangan kami sendiri,selesai tanah
itu dihancurkan,beliau menyelak kain itu dan menyuruh kami mencari sebarang
benda yang pelik,tiba-tiba abangku terpegang satu botol kaca kecil yang ditutup
rapat,"Hah!inilah bendanya yang kacau korang selama nie",kata ustaz
yang datang kerumah kami itu,selepas disiram air garam,botol itu dipecahkan dan
kami semua dibenarkan membau benda yang terkandung dalam botol itu,"Bau
tanah kubur nie",semua kami menyatakan perkara yang serupa,keadaan ayahku
pada waktu itu boleh diibaratkan sudah pulih sepenuhnya,tetapi malang tidak
berbau.
Malam itu perkara yang sama
berulang semula malahan lagi teruk dari malam sebelumnya,selepas ustaz Azhar
itu,kami mendapatkan khidmat Ustaz lain pula,tetapi semua proses perubatan
dilakukan melalui telefon bimbit sahaja,ustaz itu memberitahu bahawa jin itu
hanya akan menyerang sekiranya badan seseorang itu lemah dan akan menyerang
sesiapa sahaja yang berada di rumah itu,ketika ayahku sakit-sakit,abangku akan
menelefon ustaz itu dan ustaz itu akan melakukan proses rawatan seperti ustaz
itu akan berkomunikasi dengan jin itu dan melakukan tindakan susulan untuk
membuang jin itu dari badan ayahku,walaupun sudah sehari berubat,jin itu hanya
lari sekejap sahaja tetapi akan masuk semula selepas beberapa minit,jadi kami
semua mengambil keputusan drastik untuk menghantar ayah pergi berubat di Perlis
iaitu di negeri yang lebih jauh kerana mengikut makluman ustaz itu,rumah itu
harus dijauhi untuk jangka masa yang lama kerana rumah itu sudah dicemari
dengan satu sumpahan seperti yang dikatakan oleh ustaz Azhar itu,"jika
korang lari dari rumah tu,hantu tu mungkin tak ikot sebab dia kacau kat rumah
tu jer",kata ustaz itu melalui perbualan telefon dengan abangku.
Pada malam hari,kami semua
mengemas barang-barang sendiri termasuk aku,baju-baju telahku semat ke dalam
beg galasku,topi keledarku terpaksa ditinggalkan kerana kereta-kereta sudah
penuh dengan pelbagai barang,kuih-kuih raya seperti rendang daging,sup
tulang,ketupat dan lemang kerana sudah tidak boleh dimakan lagi kerana makanan
itu sudah basi,itupun menjadi salah satu persoalan yang bermain di minda kami
semua kerana pada hari kebiasaan sup tulang itu boleh disimpan selama
berhari-hari lamanya walaupun tidak dipanaskan tetapi pada hari itu sup itu
telah basi walaupun hanya tiga jam dibiarkan,pada malam itu ayah mertua abang
Mad yang berada di Perlis memberitahu bahawa malam itu satu perkara besar akan
berlaku,jin itu akan mengamuk kerana sudah mengetahui niat kami semua untuk
pergi jauh dari rumah itu dan jin itu tidak membenarkan kami beredar dari rumah
itu,untuk tidak membesar-besarkan perkara itu,tidak semua orang diberitahu
kerana khuatir keadaan kucar-kacir akan berlaku,aku dan abang Mad mengarahkan
untuk semua orang pergi tidur di surau yang berada tidak jauh dari rumah kami
agar mereka semua tidak menerima kesan yang akan berlaku malam itu.Sungguh
letih badan kami semua kerana sudah tiga atau empat hari tidak tidur kerana
menjaga ayah kami,pada malam itu semua ahli blok datang kerumah kami kerana
keadaan ayah semakin teruk,mereka semua datang melawat untuk melihat keadaan
ayah kami,kehadiran mereka memang tepat kerana pada malam itu sedang aku dan
abang iparku Awang sedang mengurut belakang badan ayahku badan kami terasa
seperti ditimpa suatu yang berat,mata menjadi kelabu bagai diselubungi
awan,badan lenguh-lenguh di serata tempat,"ah,ni dah berat nie,aku dah tak
tahan dah nie",kata abang iparku itu.
Selang beberapa saat abangku
kejang bagai ditembak satu halilintar lalu serta merta riak wajah dan
personaliti abangku itu berubah,bingkas kami semua memegang anggota badan
abangku itu kerana ketika itu beliau telah dirasuk jin yang berada di dalam
badan ayahku itu,Pak Long Razak bertindak laju dengan membawa ayahku ke surau
untuk mengelakkan ayahku diserang semula,selamatlah ada seorang ahli blokku
yang mesra dipanggil Pak Ngah Cop ada disitu,beliau merupakan salah seorang
pengamal seni mempertahankan diri yang boleh dikatakan mahaguru dan sudah
tersemat pelbagai ilmu didada .Beliau dengan segera bertindak laju dengan
mengawal keadaan yang kucar kacir itu,tingkah laku jin yang merasuk ke dalam
badan abang iparku itu sudah semakin teruk,dia sudah mula meracau dan cuba
melarikan diri,selepas beberapa kali bertempur dengan Pak Ngah Cop barulah
nampak tanda-tanda dia akan menyerah tetapi biasalah syaitan,setiap perkara
yang dituturkan hanyalah dusta belaka,selang beberapa minit selepas dilepaskan
daripada pegangan kami semua,dia bertindak lari dengan sangat kencang cuba
mencari pintu rumah untuk keluar tetapi sempat ditahan oleh beberapa orang yang
berada di rumah itu dan adegan meracau bermula semula,tetapi kali ini semuanya
menjadi lebih teruk,tenaga yang dilepaskan dari dalam badan abang iparku itu
lebih kuat tetapi seperti biasa setiap makhluk Allah pasti ada
kelemahannya,selepas dibacakan beberapa potongan surah Al Quran,keadaan abang
iparku itu semakin lemah dan akhirnya semuanya normal cuma badan abangku itu
menjadi tidak bertenaga akibat daripada rasukan syaitan sebentar tadi.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan