Peristiwa tak dijangka berlaku,,,,
Benarlah kata pujangga orang emas dahulu kala,malang tidak berbau.Kami sampai dirumah sekitar jam 12 malam selepas ke rumah Pak Long untuk merawat ayahku,aku yang sedang tidur lena pada malam itu kedengaran bunyi yang riuh Cuma aku diamkan sahaja dan melayan perasaan ngantukku.Aku bangun pagi seperti yang aku ceritakan di bab yang lepas dan selepas mandi serta bersiap,aku terkenang kembali kejadian riuh rendah pada hari semalam,aku kehairanan sendiri,fikiranku bercelaru dengan monolog-monolog yang negatif tetapi aku tepis semuanya kerana aku akan tetap dengan prinsipku iaitu sentiasa bersangka baik.Akhirnya benak fikiranku meletus untuk tahu yang lebih lanjut,aku mundar mandir di kawasan rumah itu,damai,memang damai sekali rasanya.Selajur aku ke kawasan belakang rumah,tidak ada apa yang ganjil di sekitar itu,pohon-pohon petai,rambutan,durian dan bermacam lagi meredupkan keadaan,aku berhenti di satu teduhan pokok rendang dan menghidupkan rokokku,dihatiku masih tecalit rasa hormat kepada orang yang lebih tua dari ku dan aku bertindak baik dengan menjauhi mereka apabila aku merokok,sedang aku asyik menghirup rokokku yang sudah menyala di bibir ini,aku terpandang sesuatu yang pada fikiranku pelik,ianya sekeping zink yang masih elok Cuma terdapat sedikit kesan karat,aku segera menghabiskan rokok itu,aku berjalan semula ke arah depan kawasan rumah dan melihat kearah bumbung,”awat la depa tukaq atap nie malam semalam?”aku bermonolog dalam hati,benarlah sangkaanku,atap yang berada diluar rumah itu adalah atap lama yang dipasang dirumah itu tetapi sekarang sudah ditukar,yang menjadikan ia satu kehairanan ialah hanya satu keping zink yang ditukar,bukan semua zink.Perasaan ingin tahu menembak tepat otakku untuk membuka mulut untuk bertanya,aku pergi ke beranda rumah dan melihat keluarga lelaki disertai ayahku,Abang Mad,Awang,Adam,Pak Long dan Pak Lang Zaki,aku melihat jam di tanganku,tepat jam 9.30 pagi,aku sekali lagi kehairanan “kenapalah Pak Lang ni mai awai sangat ni?”.Aku segera kedapur dan mendapatkan Mak Ngah dan bertanya mengenai segala yang bermain di mindaku saat itu.
Barulah aku tahu mengenai apa yang berlaku pada malam itu,selepas kami pulang jam 12,aku terus tidur,tetapi pada jam 3 pagi,satu angin kencang tanpa hujan telah menyerang rumah itu,terasa seperti taufan yang kuat telah membadai dengan sangat cepat,zink yang lain walaupun tidak dipaku masih tetap melekat pada kayu rumah itu kecuali atap zink yang berada di atas tempat tidur ayahku itu,,zinknya bagai dikopak sesuatu,yang aku dengar riuh rendah malam itu adalah akibat tragedi itu yang telah membangkitkan mereka semua dari tidur kecuali aku,mungkin aku terlalu penat sehingga aku tidak dapat memberi sebarang respon ataupun atas sebab lain Wallahualam dan persoalan mengenai mengapa Pak Lang Zaki tiba awal jugak telah berjaya dirungkai kan,ianya adalah selepas kejadian itu,Abang Mad cepat-cepat pergi memanggil Pak Lang Zaki untuk mendapatkan pertolongan.Khabarnya,pada jam 3 pagi tu,bunyi-bunyian aneh kedengaran dari setiap pelusuk rumah sebelum satu angin kuat membadai rumah itu,aku semakin dalam tekanan untuk mengetahui berita tentang itu,aku nekad bergerak ke arah Abang Mad,aku mendapat berita mengenai kejadian semalam,katanya dia sedar apabila ayahku memanggil namanya dan dia segera bangun,tambahnya lagi dia bangun sebelum tragedi itu,kronologi mengenai tragedi tersebut diterangkan secara ringkas,aku diberitahu bahawa apabila dia hendak pergi memanggil Pak Lang Zaki,keadaan luar rumah adalah seperti biasa,tiada deruman angin kuat,selipar dilihat seperti sebelumnya,daun-daun pokok masih berada pejal di tempatnya,air embun di daun juga tidak menunjukkan sebarang tanda yang pelik.Sesampainya dia di rumah Pak Lang,dia mendapati bahawa Pak Lang sudahpun bangun sebelum pintu rumahnyya diketuk dan sudah tahu mengenai kejadian di rumahku kerana bunyi zink yang jatuh telah membangkitkan dia dari lena,dia telah melihat ditingkap rumahnya dan melihat satu kabus putih yang bergerak laju melintasi rumah itu,dia segera menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum terdengar bunyi ketukan pintu rumahnya.Benarlah bahawa zink yang baru itu ditukar sebaik sahaja kejadian itu dan pada pukul 3 pagi itu juga.
Apabila Pak Lang Zaki sampai dirumah itu,jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi,seperti biasa,dia duduk berhadapan ayahku sambil berbual kosong,ditemani dengan semua keluargaku,hanya segelintir sahaja yang tidur termasuk aku,Pak Lang Zaki telah melihat keadaan ayahku pada ketika itu,ayahku bercakap seperti biasa,Cuma mata kecilnya tidak kelihatan,dia seperti bercakap tanpa melihat,ayahku dibaringkan,matanya telah ditutup oleh Pak Lang Zaki,Pak Lang Zaki telah meminta sepiring minyak masak dan bawang putih untuk digaulkan,selepas semua alatan siap,Pak Lang Zaki menggunakan minyak bawang putih itu untuk disapu ke arah mata ayahku,selebih minyak itu disapu di dada dan diurut di sekitar perut ayahku,keadaan kembali pulih buat masa itu,jarum jam telah berganjak ke jam 6 tanpa mereka sedari,mereka kearah luar rumah di sekitar beranda selepas berbual di dalam rumah pada jam 7 pagi,seteko kopi telah dihidangkan,mereka terus berborak sehingga waktu aku bangkit dari tidur.Sekarang waktu sudah pukul 2 petang,aku yang sentiasa dengan komputer ribaku telah berada di buaian kayu di luar rumah sejak dari jam 12 tengahari tadi,menaip-menaip dan terus menaip,risau jika aku bakal melupakan perkara ini.Aku tercampak dari lamunanku apabila namaku dipanggil berkali-kali untuk makan tengahari,kari ayam,ikan pekasam goreng,kerabu perut,sambal belacan,petai dan sayur pucuk ubi membuatkan selera aku kembali mencanak,sudah lama benar aku tidak merasai keenakkan makanan kampung seperti ini,aku yakin bahawa tidak semua orang dapat menikmati hidangan seperti ini aku diberitahu bahawa hidangan seperti ini merupakan makanan kerabat diraja pada satu masa dahulu,aku sebenarnya sudah tidak mengerti dan tidak ambil peduli tentang semua itu,hidangan yang rigkas itu kalau tidak kena pada orangnya mungkin bakal menjadikan mereka loya atau mula,kerana bau petai dan ikan masin yang pekat serta kari yang likat itu,tetapi bagi budak kampung seperti aku,aku sudah biasa malah makanan ini kuanggapkan sudah terlalu mewah,kami bersantap dengan sangat selera sekali,banyak perkara yang diborakkan,riuh rendah rumah itu seperti pesta,gelak tawa mereka semua sebenarnya menyembunyikan semua kegusaran,aku faham bahawa semuanya adalah untuk mengurangkan tekanan masing-masing serta atas nasihat Pak Lang Zaki yang berpesan agar kami semua lebih ceria untuk memberi satu elemen positif kepada ayahku itu.
Diwaktu usia seperti aku ini,aku sudah melihat berbagai ragam manusia di sekelilingku,samada baik dan tidak baik,sebenarnya yang menjadi kunci kepada pandangan positif hanyalah satu iaitu sentiasa bersikap baik,pesanan ini aku dapat sendiri daripada Pak Lang Zaki”jangan cepat sangat hang ak nilai orang,orang ni ada macam-macam jenis,ada masalah depa sendiri,kalau hang tengok depa ni macam haru ja kalut ja,jangan la pi marah depa,kita tak tau kalau kot-kot depa ada masalah sendiri,hang kena pikiaq yang positif dah lah,kompom hang tenang hati” amanat ringkas yang berisi padat itu menerjah ke pangkal neuron otakku,dengan pantas menghantar isyarat kehati mengenai betapa benarnya penyataan itu tetapi tidak pernah difikirkan olehku,mungkin juga kita semua,kemuliaan seseorang itu tiidak dapat dilihat hanya dari sekujur tubuh sahaja.Selesai makan,kami semua bergotong royong menyiapkan dan membersihkan saki baki kotoran di lantai dan di pinggan,aku mengambil masa yang singkat itu untuk berjumpa dengan Pak Lang Zaki yang sedang dalam perjalanan kembali kerumahnya,sebenarnya aku kagum dengan lelaki ini,aku mahu belajar sesuatu darinya Cuma aku masih malu atau segan.Aku mempelawanya menaiki motor aku untuk kuhantarkan beliau kerumahnya tetapi ditolak dengan alasan rumahnya hanya berada di hadapan itu,memang benar rumahnya sudah tidak jauh Cuma aku sekadar ingin mengambil sel positif dari badannya seperti aura,selepas itu,aku mundar mandir di kawasan sawah dengan motorsikal milik Pak Ngah itu,sekali sekala terlihat anak muda bermain dikawasan sawah dengan girang sekali,sekali sekala juga terlihat ular tedung selar melintas dihadapanku untuk pergi kesawah,fikiranku beranalogi mengenai betapa beraninya anak muda bermain di dalam sawah yang penuh dengan ular kedua berbisa di dunia itu,tetapi itulah yang istimewanya antara golongan bandar dan pendalaman,banyak bezanya yang lebih bersifat positif.

