assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog yang tidak sebebrapa ini,,diharap semua pengunjung dapat menilai dan memberi pandangan bagi setiap entry saya kerana saya masih banyak kurangnya,setiap pandangan akan mengajar saya menjadi yang lebih sempurna dimasa hadapan,sekian terima kasih,enjoy...

Rabu, 27 Mac 2013

hari raya yang hadir penuh memori



 Hasil nukilan pena muda…..

                              

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sidang pembaca….

Novel sulung karya agung penulis muda ini merupakan salah satu cerita yang bertujuan ingin menerapkan nilai-nilai murni,kisah ini merupakan satu kisah yang sesuai dijadikan teladan dan pengajaran kepada semua pembaca,diharap kisah ini boleh dijadikan satu teladan yang baik untuk semua,ucapan terima kasih berbanyak-banyak kepada kesemua ahli keluarga Abu Hasan bin Awang Kechil,keluarga ayah mertua Ahmad Bin Abu Hasan,ustaz-ustaz yang terlibat,serta nama-nama lain  yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam novel ini.Di mana yang terdapat kesalahan atau sentimen-sentimen yang negatif merupakan suatu pengajaran dan bukan bertindak sebagai memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang….

                  Sekapur sireh seulas pinang

 








Ditengah-tengah kesibukan kota…

 Detik-detik jam kedengaran laju berlalu,hujan renyai-renyai membasahi wajahku,suasana yang hening dengan lampu jalan yang terang benderang di malam bulan mengambang itu memperlihatkan setiap pelusuk lorong dan jalan di sekitar jalan Kubang Buaya,Kuantan itu.Nawaitu dihati hanyalah untuk singgah di sebuah restoran yang menjadi kegilaan orang ramai di sini iaitu Restoran Mek Siam,restoran ini menjadi sangat terkenal kerana hidangan nasi lemak yang sangat sedap dan makanan ala thai. Teman serumahku yang berada di rumah sudah beberapa kali memesan kepadaku dua bungkus nasi lemak sejak dari senja tadi lagi tetapi acap kali aku terlupa.Sedang aku asyik menunggang motorsikal menuju ke destinasi yang dirancang, tiba-tiba telefon bimbit ku berdering”Siapa pula yang menelefon aku malam-malam ni,selalunya tidak ada pun orang berani kacau aku malam-malam ni”kataku sendirian,bingkas aku berhenti di bahu jalan untuk menjawab panggilan itu,panggilan itu rupanya dari kakakku"adik,pak masuk hospital,teruk sangat dah"seakan petir yang sangat kuat memanah seluruh tubuh badanku kerana kata-kata kakakku yang ditambah dengan nada yang sedih dan risau itu sangat terkesan dihati ini,itulah yang menyebabkan aku laju pulang ke rumah sewaku untuk mengemas baju-baju agar dapat terus pulang ke Temerloh untuk melihat keadaan ayahku yang sedang dikejarkan ke hospital pada malam itu dengan ambulans dari Felda Purun ke Hospital Temerloh .Aku meminta bantuan daripada kawanku untuk menghantar aku ke Terminal Makmur untuk melaksanakan niat aku untuk pulang ke kampung,tiada siapa yang tahu betapa luluhnya hati yang dirasakan olehku apabila tiket untuk pulang ke Temerloh pada malam itu sudah habis,kata operator bas itu,musim perayaan ini tiket-tiket sudah habis dijual dengan cepat malah bas-bas tambahan juga sudah habis, tiket yang dijual boleh diibaratkan seakan-akan ‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’.

   

       Setelah mati akal bagi mencari cara untuk pulang pada malam itu aku pun menelefon semula kakakku untuk menyatakan bahawa tiket sudah habis,"Tak apalah dik,pak dah elok sikit ni,balik esok lah" kata kakakku yang cuba menenangkan perasaan hati aku.Badan penat yang bermandi peluh berlari-lari di kawasan terminal tadi segera pulang semula ke rumah dan cuba untuk melelapkan mata,tetapi entah mengapa,sukar untuk aku melelapkan mata pada malam itu sehingga waktu sahur,mungkin memikirkan tentang keadaan kesihatan ayahku yang sedang berada di hospital pada malam itu,disebabkan khuatir ayahku berseorangan,aku menelefon kakakku untuk bertanyakan keadaan dan situasi pada masa itu”siapa teman pak kat hospital?”,”Awang jaga pak dekat sana,sini baik sahaja semua,tak payah risau lah”,barulah lega sedikit badanku ini.Disekolah,badan aku terasa lemah sahaja,segala ilmu yang dicurahkan oleh guru boleh diibaratkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja walau pun aku sedar akan kealpaanku tentang peperiksaan SPM yang sudah tidak lama lagi bakal menjengah,pukul 11 tengah hari itu namaku dipanggil di pembesar suara bersama sebilangan lagi nama di sekolah itu untuk menerima sumbangan netbook dari kerajaan,niat hati ini ingin sahaja menolak setiap panggilan,tetapi aku pergi jua walaupun badan ini terasa sangat penat untuk melangkah tetapi tetap kugagahi juga kerana tarikh pengambilan netbook itu sudah dirancang sejak dua minggu yang lepas.Pukul dua petang,semua perkara yang berkaitan dengan sekolah sudah tamat,ramai kawan-kawanku yang menginap di asrama ceria sahaja kerana hari ini hari mereka akan pulang ke kampung untuk cuti beraya sempena hari raya aidilfitri,aku pun juga gembira tetapi apakan daya,raya tahun ini aku rasa tidak seperti raya-raya tahun yang sebelumnya kerana aku harus pulang ke kampung untuk menjaga ayahku yang terlantar sakit di hospital.Sesudah sampai di rumah aku terus mengemas baju-bajuku ke dalam beg lalu kucapai topi keledar yang tersusun rapi di tepi meja makan.

3 ulasan :

  1. nice try,, akak pon ad blog,, try cari,,, najhahyunus.blogspot.com

    BalasPadam
  2. tq,,ada sambungannyer,,tunggu yek

    BalasPadam
  3. macam mana nak follw button follow kamu tak jumpe :)nice your blog kalau rajin follow blog saya okay

    http://nasigorengbuta.blogspot.com/

    BalasPadam