assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog yang tidak sebebrapa ini,,diharap semua pengunjung dapat menilai dan memberi pandangan bagi setiap entry saya kerana saya masih banyak kurangnya,setiap pandangan akan mengajar saya menjadi yang lebih sempurna dimasa hadapan,sekian terima kasih,enjoy...

Rabu, 27 Mac 2013

bab 2,sambungan hari raya yang hadir penuh memori



Pulang beraya si perantau remaja

      Caie,sahabat yang sekampung denganku juga ingin pulang ke kampung pada hari itu,'alang-alang mencelup pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan',fikiranku bermonolog sendirian,mulutku segera melontarkan kata-kata "aku naik sekali dengan engkaulah Caie,jimat sedikit minyak kita"aku membuka bicara,"Lama dah aku cadang,takut engkau sahaja yang tidak mahu" ,'orang mengantuk disorong bantal',begitulah keadaan diriku pada waktu itu,jadi kami bersepakat untuk pulang bersama pada hari itu bersama-sama.Jam di tangan menunjukkan tepat jam empat petang,masa nampaknya sudah sangat mencemburui kami,waktu sore yang redup ini sangat sesuai jika kami bergerak sekarang, tanpa memikirkan apa-apa kami pun bertolak ke kampung dengan motorsikal yang pada zahirnya nampak sempurna tetapi tiada siapa menyangka bahawa motorsikal yang sedang kami naiki ini mempunyai pelbagai masalah trafik yang kami sendiri tahu seperti cukai jalan yang telah tamat malahan kami juga tidak mempunyai lesen memandu,tetapi apakan daya,jika kami tidak mengambil risiko tidak beraya lah kami jawabnya.Kami meneruskan perjalanan tanpa memikirkan apa-apa masalah pun.


    Sepanjang perjalanan yang sangat lama itu kami sepakat mengikut jalan lebuhraya sebelum kami keluar ke jalan belakang di Gambang tetapi perjalanan itu tidak mudah seperti yang dijangka, kami berdua melalui pelbagai rintangan seumpama minyak motor yang tiba-tiba habis jadi kami berdua terpaksa menuntun motorsikal itu sejauh dua kilometer untuk sampai ke stesen minyak terdekat,hati ini memang sangat marah kerana sebelum ini motorsikal itu tidak pernah buat masalah,nasib baiklah aku ditemani seseorang yang sikapnya tidak mudah marah malah pandai menenangkan hati,"Bulan-bulan puasa ni Tuhan nak uji kita macam-macam"pelat Kelantan dan Terengganu yang sangat pekat itu dituturkan oleh kawanku,kadang-kadang ada pecah perut aku dibuatnya.Sedang aku asyik menunggang selepas mengisi petrol di salah satu stesen petrol yang terdekat dengan tempat motorsikal kami kehabisan minyak itu,tidak sampai empat puluh kilometer tiba-tiba di satu simpang kami terlihat lampu amaran serta kon-kon berwarna jingga yang disusun rapi di tengah dan tepi jalan yang memang kami sudah sangat sinonim dengan lampu itu,menggelabah Caie dibuatnya,JPJ depan mata"macamana ni Mat kita nak buat,JPJ depan tu,cepat-cepat pergi masuk kat perhentian bas tu",menggelabah aku dibuatnya,manakan tidak gelabah,JPJ sedang menunggu di hadapan untuk melakukan sekatan jalan raya."Aduh,kita duduk di sini dahululah sebentar sementara menunggu ‘roadblock’ itu habis ",kataku untuk menenangkan hati kawan yang sudah diselubungi rasa ketakutan.

        Selepas setengah jam kami berehat di perhentian bas itu,samar-samar kami nampak JPJ itu mengemas peralatan sekatan jalan seperti kon-kon,lampu-lampu amaran,menandakan bahawa sekatan jalan raya itu sudah tamat."Hah,Mat,Tuhan nak jugak tolong kita,sekejap sahaja ‘roadblok’ ni",tanpa memikirkan apa-apa,kami pun meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke kampung pada petang itu,sesampainya kami di Temerloh sudah pukul enam setengah petang,"engkau nak berhenti di sini atau engkau mahu pulang bersama dengan aku?”,tanya Caie,kawanku yang pulang bersamaku pada petang itu,"Tidak mengapalah,aku nak berhenti di hospital ini sahaja,lagipun semua ahli keluarga aku ada di sini",kawanku gegas pulang ke kampung selepas meninggalkan aku di hospital itu.


Tiada ulasan :

Catat Ulasan