hari raya yang hadir penuh memori
Hasil
nukilan pena muda…..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sidang
pembaca….
Novel sulung karya agung penulis muda ini merupakan salah
satu cerita yang bertujuan ingin menerapkan nilai-nilai murni,kisah ini
merupakan satu kisah yang sesuai dijadikan teladan dan pengajaran kepada semua
pembaca,diharap kisah ini boleh dijadikan satu teladan yang baik untuk
semua,ucapan terima kasih berbanyak-banyak kepada kesemua ahli keluarga Abu
Hasan bin Awang Kechil,keluarga ayah mertua Ahmad Bin Abu Hasan,ustaz-ustaz
yang terlibat,serta nama-nama lain yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam novel ini.Di mana yang
terdapat kesalahan atau sentimen-sentimen yang negatif merupakan suatu
pengajaran dan bukan bertindak sebagai memalukan atau menjatuhkan maruah
seseorang….
Sekapur sireh seulas pinang
Ditengah-tengah kesibukan kota…
Detik-detik jam kedengaran laju
berlalu,hujan renyai-renyai membasahi wajahku,suasana yang hening dengan lampu
jalan yang terang benderang di malam bulan mengambang itu memperlihatkan setiap
pelusuk lorong dan jalan di sekitar jalan Kubang Buaya,Kuantan itu.Nawaitu
dihati hanyalah untuk singgah di sebuah restoran yang menjadi kegilaan orang
ramai di sini iaitu Restoran Mek Siam,restoran ini menjadi sangat terkenal kerana
hidangan nasi lemak yang sangat sedap dan makanan ala thai. Teman serumahku
yang berada di rumah sudah beberapa kali memesan kepadaku dua bungkus nasi
lemak sejak dari senja tadi lagi tetapi acap kali aku terlupa.Sedang aku asyik
menunggang motorsikal menuju ke destinasi yang dirancang, tiba-tiba telefon
bimbit ku berdering”Siapa pula yang menelefon aku malam-malam ni,selalunya tidak
ada pun orang berani kacau aku malam-malam ni”kataku sendirian,bingkas aku
berhenti di bahu jalan untuk menjawab panggilan itu,panggilan itu rupanya dari
kakakku"adik,pak masuk hospital,teruk sangat dah"seakan petir yang
sangat kuat memanah seluruh tubuh badanku kerana kata-kata kakakku yang
ditambah dengan nada yang sedih dan risau itu sangat terkesan dihati ini,itulah
yang menyebabkan aku laju pulang ke rumah sewaku untuk mengemas baju-baju agar
dapat terus pulang ke Temerloh untuk melihat keadaan ayahku yang sedang
dikejarkan ke hospital pada malam itu dengan ambulans dari Felda Purun ke
Hospital Temerloh .Aku meminta bantuan daripada kawanku untuk menghantar aku ke
Terminal Makmur untuk melaksanakan niat aku untuk pulang ke kampung,tiada siapa
yang tahu betapa luluhnya hati yang dirasakan olehku apabila tiket untuk pulang
ke Temerloh pada malam itu sudah habis,kata operator bas itu,musim perayaan ini
tiket-tiket sudah habis dijual dengan cepat malah bas-bas tambahan juga sudah
habis, tiket yang dijual boleh diibaratkan seakan-akan ‘cendawan yang tumbuh
selepas hujan’.
Setelah mati akal bagi mencari cara untuk
pulang pada malam itu aku pun menelefon semula kakakku untuk menyatakan bahawa
tiket sudah habis,"Tak apalah dik,pak dah elok sikit ni,balik esok
lah" kata kakakku yang cuba menenangkan perasaan hati aku.Badan penat yang
bermandi peluh berlari-lari di kawasan terminal tadi segera pulang semula ke
rumah dan cuba untuk melelapkan mata,tetapi entah mengapa,sukar untuk aku
melelapkan mata pada malam itu sehingga waktu sahur,mungkin memikirkan tentang
keadaan kesihatan ayahku yang sedang berada di hospital pada malam
itu,disebabkan khuatir ayahku berseorangan,aku menelefon kakakku untuk bertanyakan
keadaan dan situasi pada masa itu”siapa teman pak kat hospital?”,”Awang jaga
pak dekat sana,sini baik sahaja semua,tak payah risau lah”,barulah lega sedikit
badanku ini.Disekolah,badan aku terasa lemah sahaja,segala ilmu yang dicurahkan
oleh guru boleh diibaratkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja walau
pun aku sedar akan kealpaanku tentang peperiksaan SPM yang sudah tidak lama
lagi bakal menjengah,pukul 11 tengah hari itu namaku dipanggil di pembesar
suara bersama sebilangan lagi nama di sekolah itu untuk menerima sumbangan
netbook dari kerajaan,niat hati ini ingin sahaja menolak setiap panggilan,tetapi
aku pergi jua walaupun badan ini terasa sangat penat untuk melangkah tetapi
tetap kugagahi juga kerana tarikh pengambilan netbook itu sudah dirancang sejak
dua minggu yang lepas.Pukul dua petang,semua perkara
yang berkaitan dengan sekolah sudah tamat,ramai kawan-kawanku yang menginap di
asrama ceria sahaja kerana hari ini hari mereka akan pulang ke kampung untuk
cuti beraya sempena hari raya aidilfitri,aku pun juga gembira tetapi apakan
daya,raya tahun ini aku rasa tidak seperti raya-raya tahun yang sebelumnya
kerana aku harus pulang ke kampung untuk menjaga ayahku yang terlantar sakit di
hospital.Sesudah sampai di rumah aku terus mengemas baju-bajuku ke dalam beg
lalu kucapai topi keledar yang tersusun rapi di tepi meja makan.
nice try,, akak pon ad blog,, try cari,,, najhahyunus.blogspot.com
BalasPadamtq,,ada sambungannyer,,tunggu yek
BalasPadammacam mana nak follw button follow kamu tak jumpe :)nice your blog kalau rajin follow blog saya okay
BalasPadamhttp://nasigorengbuta.blogspot.com/